ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Ogos 17, 2024 -Sabtu

 
  PCG MENCATATKAN PAT SEBANYAK RM809 JUTA PADA 2Q 2024

Friday 16/08/2024



Table

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Mazuin Ismail

 

· PAT kumulatif untuk 1H 2024 sebanyak RM1.5 bilion
· Dividen interim sebanyak RM800 juta
 
KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) mencatatkan Keuntungan Selepas Cukai (PAT) sebanyak RM809 juta untuk suku kedua Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2024. Pada suku tersebut, pendapatan meningkat sebanyak 3% berbanding 1Q 2024 kepada RM7.7 bilion, didorong oleh jumlah jualan yang lebih tinggi dalam segmen Baja & Metanol Kumpulan dan sumbangan yang lebih tinggi daripada segmen Kimia Khusus.
 
Sektor petrokimia terus dibebani lebihan bekalan petrokimia global, kadar pertumbuhan rendah dan ketidakstabilan geopolitik di samping prospek ekonomi makro yang tidak menentu. Harga produk olefin tertentu kekal tinggi berikutan kekurangan bekalan sementara yang berpunca daripada gangguan logistik dan penutupan penyelenggaraan loji di rantau Asia Pasifik, manakala ketersediaan bekalan memberi impak pada harga urea, propilena dan monoetilena glikol. Penekanan margin disebabkan oleh kos yang tinggi untuk tenaga, bahan mentah kimia dan operasi lain terus menimbulkan cabaran, terutamanya bagi pengeluar hiliran.
 
Untuk separuh pertama FY2024 secara kumulatif, pendapatan Kumpulan meningkat 4% tahun ke tahun kepada RM15.2 bilion berikutan sumbangan yang lebih tinggi daripada segmen Kimia Khusus di samping impak pertukaran mata wang asing yang positif. Pendapatan Sebelum Faedah, Pencukaian, Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) meningkat 6% tahun ke tahun kepada RM2.3 bilion dan PAT meningkat 29% berbanding 1H 2023 kepada RM1.5 bilion. PCG mengumumkan pembayaran dividen interim sebanyak RM800 juta yang mewakili 55% daripada Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Tanpa Kawalan (PATANCI) 1H 2024.

Sorotan Utama 2Q 2024 Berbanding 1Q 2024
· Pendapatan meningkat 3% kepada RM7.7 bilion (1Q 2024: RM7.5 bilion) berikutan jumlah jualan yang lebih tinggi.
· EBITDA menurun 4% kepada RM1.1 bilion (1Q 2024: RM1.2 bilion) disebabkan oleh kos operasi loji yang lebih tinggi daripada entiti usaha sama. Margin EBITDA pula menurun kepada 14% (1Q 2024: 16%).
· Keuntungan Selepas Cukai (PAT) meningkat sebanyak 15% kepada RM809 juta (1Q 2024: RM703 juta) terutamanya disebabkan pendapatan lain yang berkaitan dengan penilaian semula pemiutang, di mana sebahagiannya diimbangi oleh kerugian pertukaran mata wang asing tidak direalisasi untuk penilaian semula pinjaman pemegang saham kepada sebuah syarikat usaha sama.
· Dividen interim sebanyak 10 sen sesaham telah diisytiharkan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024. Dividen berjumlah RM800 juta akan dibayar pada September 2024.
· Kadar penggunaan loji meningkat kepada 89% (1Q 2024: 87%) pada suku tersebut yang turut menyumbang kepada peningkatan marginal dalam jumlah pengeluaran.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Mazuin Ismail mengulas, “Landskap perniagaan kini menjadi semakin kompleks, dan industri kimia terkesan dengan ketidaktentuan yang berpanjangan di mana kita perlu mengharungi lebihan kapasiti dan permintaan rendah untuk tempoh yang lama. PCG kekal teguh melaksanakan inisiatif-inisiatif kecemerlangan perniagaan kami untuk mengekalkan kecekapan dan keuntungan di samping memastikan strategi untuk mengekalkan kesinambungan masa hadapan Syarikat, yang merangkumi pelan penyahkarbonan, masih kekal mengikut jadual yang dirancang.”
 
“Untuk bahagian operasi menjelang separuh kedua tahun 2024 ini, kami mempunyai beberapa aktiviti pemulihan dan penyelenggaraan loji yang dijadualkan, di mana tumpuan segera kami adalah untuk melaksanakan aktiviti ini dengan selamat. Selain itu, kami juga menantikan operasi komersial loji usaha sama kami, PCG PCC Oxyalkylates di Kertih, Terengganu.”
 
“Dalam beberapa bulan akan datang, kami menjangkakan segmen Olefin & Derivatif akan lebih perlahan berikutan susulan bekalan selaras dengan pengakhiran penutupan serantau, sementara permintaan hiliran kekal rendah. Urea dijangka akan lebih kukuh berikutan peningkatan aplikasi pertanian, sementara ketersediaan bekalan metanol terus memberi impak kepada metanol.”
 
Segmen Kimia Khusus dijangka akan mengalami pemulihan terhad pada separuh kedua tahun ini berikutan keadaan pasaran global yang tidak menentu dengan ketegangan geopolitik yang berterusan dan pemulihan yang kekal perlahan dalam permintaan pasaran. Cabaran dijangka berterusan dalam sektor pembangunan dan pembinaan, sementara sektor automotif menunjukkan tanda-tanda permintaan yang mendatar untuk separuh kedua 2024 walaupun terdapat peningkatan tertentu dalam sektor barangan pengguna,” akhirinya.

Mengenai PETRONAS Chemicals Group Berhad
 
PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) merupakan pengeluar bahan kimia bersepadu terulung di Malaysia dan antara yang terbesar di Asia Tenggara. Ia mengendalikan 19 tapak pengeluaran bertaraf dunia di Malaysia, Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara. Dengan jumlah kapasiti pengeluaran gabungan sebanyak 15.4 juta tan metrik setahun (mtpa), aktiviti perniagaan utama PCG melibatkan pengeluaran, pemasaran dan penjualan beraneka produk kimia, termasuk olefin, polimer, baja, metanol serta bahan kimia dan produk derivatif asas yang lain.
 
Disenaraikan di Bursa Malaysia dengan lebih daripada tiga dekad pengalaman dalam industri bahan kimia, PCG telah ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Kumpulan PETRONAS untuk memaksimumkan nilai daripada sumber gas asli Malaysia.
 
PCG komited untuk memastikan amalan perniagaannya selaras dengan piawaian yang diiktiraf di peringkat global bagi amalan Ekonomi, Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus (EESG). PCG kini disenaraikan dalam Indeks FTSE4 Good Bursa Malaysia (F4GBM) dan Indeks Dunia Kelestarian™ Dow Jones.
 
Maklumat lanjut berkenaan PCG boleh didapati di www.petronaschemicals.com.my
 
SUMBER: PETRONAS CHEMICALS GROUP BERHAD (PCG)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT & RSVP SILA HUBUNGI:

Nama: Yogeswari Thangavelu
Perhubungan Media & Komunikasi, Jabatan Komunikasi Strategik & Pentadbiran
PETRONAS CHEMICALS GROUP BERHAD (PCG)
Tel: +(603) 2331 5000 (GL), +(603) 23926434 (DL) M : (6) 017 2000919
E-mel : yogeswari.thangavel@petronas.com 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.