ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Ogos 20, 2024 -Selasa

 
  JASMINE BEGUM DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI MIMOS

Tuesday 20/08/2024



Table

Jasmine Begum Dilantik Sebagai Pengerusi MIMOS
 

BUKIT JALIL, 20 Ogos (Bernama) -- MIMOS Berhad mengumumkan pelantikan Dr Jasmine Begum sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif baharunya, berkuat kuasa 8 Ogos 2024, menggantikan Dato’ Sri Ibrahim Ahmad yang telah berkhidmat sebagai Pengerusi MIMOS sejak 1 Julai 2022 sehingga 15 Ogos 2023.
 
Kini, Dr. Jasmine mengetuai Urusan Korporat dan Hal Ehwal Undang-Undang di Microsoft untuk rantau ASEAN, menangani isu-isu teknologi rentas disiplin, dasar, dan masyarakat. Dengan kerjaya yang cemerlang selama lebih 30 tahun, beliau telah menerima pengiktirafan dalam bidang undang-undang, dasar, peraturan, geostrategi, dan komunikasi. Sebelum menyertai Microsoft, Dr. Jasmine pernah memegang jawatan kepimpinan di Dell, UNDP, dan Pejabat Eksekutif Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.
 
Beliau telah mencapai pencapaian yang signifikan dalam kerjayanya, termasuk menjadi rakyat Malaysia pertama yang dilantik ke dalam Kumpulan Penasihat Pelbagai Pemegang Kepentingan (Multistakeholder Advisory Group, MAG) Forum Tadbir Urus Internet (Internet Governance Forum, IGF) oleh Setiausaha Agung PBB. Kejayaan cemerlangnya turut diiktiraf melalui anugerah berprestij seperti Anugerah Pemimpin Wanita Tan Sri Napsiah Omar oleh Institut Pengurusan Wanita (Women’s Institute of Management,WIM) dan Anugerah Kepimpinan Global untuk Kecemerlangan ICT. Penghormatan ini mengiktiraf sumbangan luar biasa beliau dalam memajukan dasar ketercapaian, mempromosikan wanita dalam bidang teknologi, dan membentuk landskap dasar serta peraturan untuk teknologi termaju. Dr. Jasmine juga merupakan penasihat kepada pelbagai Agensi Ekonomi Digital di rantau ini serta Pertubuhan Pelbagai Hala dan Antarabangsa.
 
Dr. Jasmine memiliki dwi ijazah dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Kuala Lumpur, melanjutkan pengajian pascasiswazah di UK, dan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang perniagaan dan hak asasi manusia. Beliau telah diterima sebagai peguam di beberapa bidang kuasa. Kini, beliau berkhidmat sebagai Profesor Adjung di beberapa universiti di rantau ini dan telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah oleh UNITAR International University atas kepimpinan dan sumbangan cemerlangnya dalam Dasar Awam dan Tadbir Urus.
 
MIMOS yakin bahawa pengetahuan luas Dr. Jasmine dalam bidang teknologi, dasar, dan hal ehwal global, ditambah dengan keupayaannya yang terbukti dalam memimpin organisasi yang kompleks, akan memainkan peranan penting dalam membawa MIMOS ke puncak kejayaan yang baru. Wawasan dan kecerdikan strategiknya akan menjadi aset berharga ketika MIMOS meneroka landskap dinamik kemajuan teknologi dan berusaha untuk memperluas impaknya di Malaysia dan di arena global. 
 
Mengenai MIMOS Berhad

MIMOS adalah agensi strategik di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan pusat inovasi dalam teknologi Semikonduktor, Mikroelektronik dan ICT, yang menyumbang kepada pertumbuhan sosio-ekonomi Malaysia melalui platform, produk dan penyelesaian teknologi yang boleh dipatenkan. Sejak penubuhannya, MIMOS telah memfailkan lebih daripada 1,300 paten dalam pelbagai domain teknologi dan merentasi bidang sosio-ekonomi utama yang memacu perkembangan transformasi digital Malaysia ke arena antarabangsa.

Sebagai pusat kecemerlangan penyelidikan, aktiviti R&D MIMOS kini tertumpu pada Semikonduktor & Penyelidikan Filem Nipis (Semiconductor & Thin Film Research), Elektronik Lanjutan & Sistem Terbenam (Advanced Electronics & Embedded Systems), Teknologi Pembuatan (Manufacturing Technology) dan teknologi Negara Bestari (Smart Nation). MIMOS terus meningkatkan kerjasamanya dengan rakan kongsi strategik sedia ada, meneroka peluang baharu dengan bakal rakan kongsi, dan membangunkan syarikat teknologi baharu dan organisasi usaha niaga teknologi berorientasikan perniagaan. MIMOS juga mengekalkan R&D teknologi canggihnya, meneroka pembangunan keusahawanan teknologi global, dan memupuk sikap amanah, inovasi dan prestasi tinggi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mimos.my.

SUMBER: MIMOS Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 

Komunikasi Korporat kami
Nama: Muriani Mat Zin
Ketua Jabatan, Komunikasi Korporat
E-mel: muriani@mimos.my
 
Nama: Patricia Liew
Pengurus, Komunikasi Korporat
E-mel: patricia.liew@mimos.my
 
Nama: Laurence Sebastian
Penolong Pengurus, Komunikasi Korporat
E-mel: laurence@mimos.my
 
Nama: Nurazuin Wahab
Penolong Pengurus, Komunikasi Korporat
E-mel: nurazuin.wahab@mimos.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.