ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Ogos 22, 2024 -Khamis

 
  KHABAR GEMBIRA: MARY KAY INC. DINOBATKAN SEKALI SEBAGAI JENAMA JUALAN LANGSUNG PENJAGAAN KULIT DAN KOSMETIK BERWARNA #1 DI DUNIA

Tuesday 20/08/2024




Table

Kami sangat teruja untuk mengumumkan bahawa Mary Kay Inc., jenama kecantikan ikonik dan syarikat keusahawanan global, telah diiktiraf sekali lagi oleh Euromonitor International sebagai jenama Jualan Langsung No. 1 untuk Penjagaan Kulit dan Kosmetik Warna di Seluruh Dunia. (Grafik: Mary Kay Inc.)


DALLAS, 20 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kami berasa berbesar hati: jenama kecantikan ikonik dan syarikat keusahawanan global Mary Kay Inc. Sekali lagi telah dinobatkan sebagai Jenama Jualan Langsung Penjagaan Kulit dan Kosmetik Berwarna #1 di Dunia* oleh Euromonitor International.

Euromonitor International ialah pembekal terulung untuk kercerdasan perniagaan global, analisis pasaran dan pemahaman pengguna dengan lebih 50 tahun pengalaman menjalankan penyelidikan pasaran merentasi lebih 100 negara. Pengiktirafan mereka terhadap Mary Kay bukan sahaja membuktikan kualiti jenama tersebut yang tiada tandingan malah kehadiran jenama tersebut yang meluas dan terus berkembang di pentas global.

Sebagai tambahan kepada penghormatan global itu, Mary Kay telah dinpbatkan jenama #1 Produk Solekan Wajah dan Bibir di Amerika Latin*, Jenama Kosmetik Berwarna #1 di Mexico*, #1 Jenama Jualan Langsung Produk Kecantikan dan Penjagaan Diri di Mexico*, dan jenama Penjagaan Kulit #1 di Kazakhstan*.

“Pengasas kami dan nenek saya, Mary Kay Ash, mengajar kami agar jangan pernah berpuas hati dengan kejayaan kami,” kata Ryan Rogers, Ketua Pegawai Eksekutif Mary Kay. “Saya tahu dia akan berbangga seperti kami kerana Mary Kay telah menerima penghormatan berprestij ini sekali lagi. Penarafan ini mencerminkan dengan jelas komitmen kami dalam mementingkan kualiti dan inovasi serta komuniti perunding kecantikan bebas kami yang luar biasa yang menjadi penggerak di sebalik kejayaan kami.”

Portfolio produk Mary Kay disukai di seluruh dunia kerana ia termasuk rejim penjagaan kulit yang memenuhi pelbagai keperluan untuk lelaki dan wanita, inklusif untuk semua peringkat umur. Produk berwarna syarikat juga merangkumi pelbagai warna kulit. Beberapa produk kegemaran peminat menyumbang kepada status #1 Mary Kay, termasuk TimeWise® Miracle Set®, Penjagaan Kulit Mary Kay®, Penanggal Solekan Mata Tanpa Minyak Mary Kay®, Pembayang Mata Mary Kay Chromafusion®, Mary Kay® Ultimate Mascara™, Gincu Separa Matte Gel Mary Kay®, Glos Bibir Mary Kay Unlimited® dan Celak Kalis Air Mary Kay®. Produk Mary Kay boleh didapati melalui perunding kecantikan bebas yang menawarkan perkhidmatan peribadi dalam talian, melalui media sosial dan bersemuka.

Mary Kay mempunyai komitmen bertahun-tahun untuk memajukan kesihatan kulit, penyelidikan dan pembangunan serta pemakanan. Jenama itu memiliki lebih daripada 1,600 paten produk, teknologi dan reka bentuk pembungkusan dalam portfolio global.

* “Sumber Euromonitor International Limited; Beauty and Personal Care 2024 Edition, value sales at RSP, 2023 data”

Perihal Mary Kay

Nanti. Sekarang. Sentiasa. Salah satu perintis asal, Mary Kay Ash mengasaskan jenama kecantikan impiannya di Texas pada tahun 1963 dengan satu matlamat: untuk memperkaya kehidupan wanita. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat global dengan berjuta-juta ahli jualan bebas di lebih daripada 35 negara. Selama 60 tahun, peluang Mary Kay telah memperkasakan wanita untuk menentukan masa depan mereka sendiri melalui pendidikan, bimbingan, advokasi dan inovasi. Mary Kay berdedikasi menumpukan pada sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit, kosmetik warna, suplemen pemakanan dan wangian canggih. Mary Kay percaya dalam memelihara planet kita untuk generasi akan datang, melindungi wanita yang terjejas akibat kanser dan penderaan domestik serta menggalakkan belia untuk mengikuti impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, temui kami pada FacebookInstagram, dan LinkedIn, atau ikuti kami pada Twitter.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54110401/en

Maklumat Perhubungan

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber: Mary Kay Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.