ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Ogos 23, 2024 -Jumaat

 
  BOOMI MENGESAHKAN KOMITMEN TERHADAP KESELAMATAN DENGAN KEJAYAAN PENILAIAN SEMULA IRAP UNTUK SELURUH PLATFORM PERUSAHAAN

Wednesday 21/08/2024



Table
Boomi Mengesahkan Komitmen terhadap Keselamatan dengan Kejayaan Penilaian Semula IRAP untuk Seluruh Platform Perusahaan (Grafik: Business Wire)

Boomi menyempurnakan penilaian semula secara bebas untuk kawalan keselamatan awan di bawah rangka kerja IRAP Kerajaan Australia

SYDNEY, 21 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi™, peneraju integrasi dan automasi pintar, pada hari ini mengumumkan kejayaan penilaian semula Platform Perusahaan Boomi di bawah rangka kerja IRAP Kerajaan Australia. Penilaian ini mengesahkan bahawa keseluruhan platform memenuhi kawalan tahap klasifikasi yang DILINDUNGI.

Penilaian dikendalikan dalam Program Penilai Berdaftar Keselamatan Maklumat (IRAP) Direktorat Isyarat Australia (ASD), rangka kerja bersama yang diiktiraf oleh agensi Kerajaan Australia untuk menilai postur keselamatan vendor.

“Dengan suhu persekitaran keselamatan Australia yang semakin meningkat, mengekalkan standard yang ketat untuk perlindungan data dan keselamatan siber yang ditetapkan di bawah rangka kerja IRAP adalah lebih kritikal berbanding sebelum ini, terutamanya apabila kerjasama silang agensi dan global menjadi lebih diperlukan bagi mengurangkan risiko,” kata David Irecki, Ketua Pegawai Teknologi (CTO) untuk Asia-Pasifik dan Jepun di Boomi.

“Pencapaian Boomi dalam penilaian IRAP mengukuhkan lagi komitmen kami menyediakan tahap keselamatan dan perlindungan data paling tinggi untuk organisasi Australia, secara khususnya dalam sektor kerajaan dan infrastruktur kritikal. Pencapaian ini menegaskan dedikasi kami dalam usaha memenuhi keperluan yang ketat untuk mengendalikan maklumat sensitif, terutama pada masa kerajaan menghadapi ancaman yang semakin meningkat pada peringkat tempatan dan global," kata Carl Siva, Ketua Pegawai Maklumat dan Keselamatan.

Penilaian pada tahap DILINDUNGI mengiktiraf keupayaan Boomi untuk menyediakan kawalan keselamatan menyeluruh dalam reka bentuk sistem dan keberkesanan operasi merentasi platform integrasi sebagai perkhidmatan (iPaaS). Perkhidmatan platform yang baharu dinilai termasuk Perkhidmatan Awan Terurus, Pengurusan B2B/EDI dan Penyiaran Acara, dengan Integrasi, Pengurusan API, Hab Data dan pengurusan aliran kerja Flow dinilai semula sebagai "berkesan".

Postur keselamatan Boomi yang teguh untuk menyimpan, memproses dan menyampaikan maklumat bukan sahaja memenuhi keperluan ketat rangka kerja IRAP Kerajaan Australia tetapi juga membenarkan agensi kerajaan membeli mana-mana perkhidmatan Platform Perusahaan Boomi tanpa perlu melengkapkan penilaian masing-masing yang dilakukan secara bebas, menjimatkan masa dan sumber anggota profesional sektor awam. Selanjutnya, ini menyokong jangkauan komersial, dengan beberapa perusahaan Australia mengiktiraf IRAP sebagai standard emas untuk keselamatan awan.

Sumber Tambahan

· Sila dengar daripada pelanggan global kami
· Layari penyelesaian dalam Boomi Discover
· Ketahui lebih lanjut di Boomi Compliance
· Ikuti Boomi dalam X (Twitter), LinkedIn, Facebook dan YouTube

Maklumat Tentang Boomi

Boomi, peneraju integrasi dan automasi pintar, membantu organisasi di seluruh dunia mengautomasikan dan memperkemas proses kritikal untuk mencapai hasil perniagaan dengan lebih pantas. Memanfaatkan keupayaan AI lanjutan, Platform Perusahaan Boomi menghubungkan sistem dengan lancar dan menguruskan aliran data dengan pengurusan API, integrasi, pengurusan data dan perancangan AI dalam satu penyelesaian menyeluruh. Dengan pangkalan pelanggan melebihi 20,000 syarikat di seluruh dunia dan rangkaian 800+ rakan kongsi yang berkembang pesat, Boomi merevolusikan cara perusahaan pelbagai saiz mencapai ketangkasan perniagaan dan kecemerlangan operasi. Ketahui lebih lanjut di boomi.com.

© 2024 Boomi, LP. Boomi, logo ‘B’ dan Boomiverse ialah tanda dagangan Boomi, LP atau anak syarikat atau syarikat gabungan masing-masing. Hak cipta terpelihara. Nama atau tanda lain mungkin merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54110573/en

Individu untuk Dihubungi
Media:
Jasmine Ee
Ketua Perhubungan Pempengaruh, APJ
jasmine.ee@boomi.com
 
Sumber: Boomi

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.