ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Ogos 24, 2024 -Sabtu

 
  MCMC KOMITED TERUSKAN PENGGUNAAN INTERNET SELAMAT

Wednesday 21/08/2024



Table

 
CYBERJAYA, 21 Ogos (Bernama) -- Satu Mesyuarat Gerakan Pengguna Negeri (GPN) Bilangan 1 Tahun 2024 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sabah telah diadakan baru-baru ini bertempat di Hotel Livingston, Sandakan.
 
MCMC Negeri Sabah telah dijemput untuk memberikan taklimat berkaitan inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh MCMC.
 
Dalam sesi tersebut, perkongsian berkenaan inisiatif pembangunan infrastruktur kerajaan melalui MCMC, inisiatif pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
 
Antara kandungan perkongsian tersebut adalah mengenai isu-isu talian internet/telefon dan syarikat kurier serta taklimat keselamatan penggunaan internet. Sesi tersebut telah menerima maklum balas yang baik daripada ahli mesyuarat yang hadir.
 
MCMC akan terus komited untuk memperkasa masyarakat melalui inisiatif digital yang inovatif, memastikan akses komunikasi yang menyeluruh, dan mempromosikan penggunaan teknologi secara bertanggungjawab demi kemajuan negara.
 
#MCMC
  
Sumber : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC)
Tel: 03 86 88 80 00
Faks: 03 86 88 10 00
E-mel : scd@mcmc.gov.my
Laman Web : www.mcmc.gov.my


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.