ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Ogos 23, 2024 -Jumaat

 
  AT&S MALAYSIA MENGALU-ALUKAN MENTERI MITI KE KAMPUS KULIM

Thursday 22/08/2024



Table

AT&S Malaysia Mengalu-Alukan Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz ke Kampus Kulim


KULIM, 22 Ogos (Bernama) -- AT&S Malaysia dengan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Maji, buat kali pertama. Ketibaan mereka disambut mesra dan kemudiannya dibawa untuk lawatan sekitar kilang pembuatan canggih AT&S yang pertama di Asia Tenggara, yang terletak di Taman Teknologi Tinggi Kulim.

Delegasi yang dikunjungi seramai 30 ahli tersebut itu disambut oleh Naib Presiden Eksekutif Unit Perniagaan Mikroelektronik AT&S dan Ahli Lembaga Pengarah, Ingolf Schroeder, Naib Presiden Kanan AT&S dan Pengarah Urusan Malaysia, ChenJiang Phua, dan Naib Presiden Kanan Operasi, Joseph Paton Ireland, di Bangunan Pentadbiran AT&S yang setinggi tujuh tingkat.

Menteri MITI, Tengku Zafrul, setelah menyaksikan skala kilang pembuatan substrat IC pertama yang bertaraf tinggi di Malaysia berkata, “Kami mengalu-alukan kepercayaan AT&S yang berterusan terhadap dasar perindustrian kami yang jelas. Kami berkongsi kebanggaan AT&S dalam memperkenalkan teknologi substrat yang baharu, teramat maju dan canggih ke Malaysia. Saya yakin pemindahan teknologi ini akan memberi limpahan ekonomi yang positif bagi bakat tempatan dan PKS kita, kerana mereka membantu membentuk Malaysia menjadi 'Lembah Silikon Mikroelektronik di Timur'.”

Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Sikh Shamsul, berkata, "Sungguh luar biasa untuk melihat sejauh mana AT&S telah berkembang hanya dalam masa tiga tahun. Daripada majlis pecah tanah kepada kemudahan pembuatan termaju ini, mereka bakal mewujudkan lebih 3,000 peluang pekerjaan yang berkemahiran tinggi. Ini adalah bukti kerja keras dan dedikasi mereka. MIDA akan sentiasa menyokong AT&S dengan permulaan mereka ini yang akan terus menghasilkan impak yang besar di Malaysia."

Schroeder, ketika mengalu-alukan tetamu kehormat, berkata, "Kunjungan hormat pertama Menteri MITI dan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA ke fasiliti pembuatan substrat IC mewah pertama di Malaysia menandakan lembaran bersejarah bagi Malaysia, MITI dan AT&S. Lawatan ini seterusnya menekankan komitmen bersama kami untuk meningkatkan daya saing sektor E&E di Malaysia, membangunkan bakat tempatan untuk industri terkemuka ini, dan membina rantaian bekalan tempatan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia."

Phua, menambah, "AT&S Malaysia telah disokong dengan baik oleh MITI dan MIDA sejak permulaan projek ini sehingga ia disiapkan. Mereka memainkan peranan penting dalam memudahkan urusan di antara kami dan pihak berkuasa yang membantu kami menavigasi operasi kami secara lancar di negara yang baharu. Kami akan mengekalkan kerjasama yang rapat dengan MITI dan MIDA untuk langkah seterusnya iaitu pengeluaran substrat IC yang canggih bagi pemproses dan pemecut pusat data AMD berprestasi tinggi."

Kilang pembuatan terbaharu AT&S di Kulim dilengkapi dengan kemudahan canggih dan dibina mengikut standard kualiti yang tertinggi, sistem kitar semula dan kemampanan. Ia kini menjurus ke arah pembuatan volum tinggi menjelang akhir tahun fiskal 2024/25.
 
SUMBER: Junzi Communications 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama: Gerald Reischl
Vice President Corporate Communications
Tel: +43 3842 200 4252 / +43 664 8859 2452
E-mel: g.reischl@ats.net
 
Nama: Ruth Foo
Senior Corporate Affairs & Communications Manager Malaysia
Tel: +6012 8922883
E-mel: ruth.foo@my.ats.net 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.