ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Ogos 26, 2024 -Isnin

 
  TINJAUAN PENGOPERASIAN MENARA JENDELA DI KAMPUNG MATANOI, KENINGAU, SABAH

Monday 26/08/2024



Table


CYBERJAYA, 26 Ogos (Bernama) -- Jika penduduk Kampung Matanoi, Keningau, Sabah sebelum ini terpaksa berhadapan dengan masalah komunikasi yang menyukarkan urusan seharian, kini dengan siapnya menara komunikasi di kampung berkenaan, kehidupan mereka telah berubah dan jauh lebih baik.
 
Dibina di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan mula beroperasi sejak Ogos 2024 yang lalu, penduduk kini bukan sahaja berupaya untuk mendapatkan maklumat terkini bahkan juga melaksanakan urusan seharian dengan lebih lancar. Pembinaan menara berkenaan secara tidak langsung meningkatkan mobiliti penduduk. Kegembiraan jelas terpancar pada wajah mereka.
 
MCMC sentiasa komited untuk memastikan capaian Internet yang berkualiti demi kemaslahatan penduduk.
 
#MCMC
              
SUMBER: Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC)
Tel: 03 86 88 80 00
Faks: 03 86 88 10 00
E-mel : scd@mcmc.gov.my
Laman Web : www.mcmc.gov.my   

--BERNAMA  
      

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.