ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

September 01, 2024 -Ahad

 
  SIRI UJIAN KUALITI PERKHIDMATAN SELULAR DITERUSKAN DI MELAKA

Tuesday 27/08/2024



MELAKA, 27 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini telah menjalankan ujian kualiti perkhidmatan selular bersama Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka, YB Datuk Fairul Nizam bin Roslan untuk menilai prestasi perkhidmatan rangkaian mudah alih dan kualiti Internet di Melaka.

Ujian ini merupakan siri ketiga, yang mana ujian sama telah dijalankan sebelum ini pada 16 Julai 2024 dan 13 Ogos 2024 di laluan utama antara daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Pada siri kali ini, laluan – laluan yang diuji meliputi kawasan Durian Tunggal, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Jalan Penghulu Abbas, Dataran Pahlawan, Kota Laksamana, Klebang, Pulau Gadong, dan Paya Rumput, meliputi perjalanan sejauh 62 kilometer.

Laluan–laluan ini dipilih berdasarkan kepentingannya sebagai laluan perhubungan utama antara daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan daerah Jasin, serta berdasarkan laporan – laporan aduan yang diterima mengenai kualiti perkhidmatan rangkaian mudah alih di kawasan – kawasan ini.

Sesi ujian tersebut melibatkan penyertaan penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih iaitu CelcomDigi, Maxis, Unifi Mobile (TM), YES (YTL) dan U Mobile serta turut disertai oleh pihak media. Hadir sama ke sesi ujian tersebut ialah Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka, YB Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem; Pengarah MCMC Pejabat Negeri Melaka, Syed Isa Sheikh Alsagoff dan wakil – wakil penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih.

Sepanjang ujian tersebut sejumlah satu (1) panggilan terputus telah direkodkan.

Sehubungan dengan itu, pihak penyedia perkhidmatan yang berkaitan telah diminta untuk mengambil tindakan segera dan selanjutnya melaporkan kerja – kerja penambahbaikan yang dilaksanakan kepada Kerajaan Negeri Melaka melalui MCMC. MCMC akan terus memantau perkara ini bagi memastikan isu - isu yang dikenal pasti dapat ditangani dengan segera dan berkesan demi keselesaan penduduk.

Sementara itu, YB Datuk Fairul Nizam turut meninjau kemajuan pembinaan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang baharu iaitu di NADI Lorong Pandan, Kota Laksamana. NADI baharu ini merupakan salah satu daripada sembilan NADI yang sedang dibangunkan di Melaka di bawah inisiatif ‘Satu DUN Satu NADI.’

NADI merupakan salah satu inisiatif pemberian perkhidmatan sejagat yang dilaksanakan oleh Kerajaan melalui MCMC. Sehingga kini, sebanyak 30 NADI telah beroperasi di Negeri Melaka sejak tahun 2009.
 
KOMUNIKASI KORPORAT MCMC 

SUMBER : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

Tel : 03 86 88 80 00
Faks : 03 86 88 10 00
E-mel : scd@mcmc.gov.my
Laman Web : www.mcmc.gov.my

--BERNAMA​


           

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.