ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Ogos 28, 2024 -Rabu

 
  ANUGERAH SAINTIS MUDA NEGARA : LIMA KATEGORI BAHARU DIPERKENALKAN

Tuesday 27/08/2024



Table

Anugerah Saintis Muda Negara : Lima Kategori Baharu Diperkenalkan


PUTRAJAYA, 27 Ogos (Bernama) -- Sebanyak lima (5) kategori baharu diperkenalkan bagi Anugerah Saintis Muda Negara (ASMN) pada tahun 2024 berbanding dua (2) pada penganugerahan sebelum ini. Lima kategori utama iaitu ASMN kategori Biologi, Fizik, Kimia, Perubatan dan Kejuruteraan.
 
Anugerah Saintis Negara merupakan inisiatif Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi mengiktiraf serta menghargai kerja dan pencapaian yang cemerlang oleh saintis muda dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) STI negara. Anugerah ini menggalakkan penjanaan pengetahuan baharu dalam bidang sains untuk memastikan Malaysia berdaya saing dengan negara luar terutamanya dalam bidang R&D.
 
Selain itu penganugerahan ini merupakan satu persediaan untuk menghadapi cabaran-cabaran masa hadapan dengan mengetengahkan hasil penyelidikan berpotensi dalam menyelesaikan masalah seharian. Menerusinya, Malaysia mampu melahirkan saintis-saintis muda negara yang mempunyai daya cipta tinggi dalam meningkatkan ekonomi negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan makmur selaras konsep Malaysia MADANI.

Pada tahun 2023, sebanyak 18 pencalonan bagi Anugerah Saintis Muda Negara telah diterima di mana sebanyak 11 pencalonan adalah bagi kategori Sains Fizikal dan 7 pencalonan adalah dalam bidang Sains Hayat.
 
Penganugerahan Anugerah Saintis Muda Negara 2023 kategori Sains Hayat telah diberikan kepada kajian bertajuk Nurturing A Green Future: Unleashing the Power of Graphitic Carbon Nitride-Based Photocatalyst for Efficient Artificial Photosynthesis in Revolutionizing Malaysia's Sustainable Energy Generation and Circular Economy oleh YBrs. Chm. Dr. Mohamad Azuwa Bin Mohamed daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Manakala kajian bertajuk Advancing Translational Research in Snake Venom Toxinology: Pioneering a Holistic Approach to Combat Snakebite Envenoming in Southeast Asia bagi Anugerah Saintis Muda Negara 2023 kategori Sains Fizikal dimenangi oleh YBrs. Prof. Madya. Dr. Tan Kae Yi dari Universiti Malaya.
 
Pendaftaran calon untuk anugerah-anugerah ini telah dibuka dan boleh dibuat menerusi lamab web www.mosti.gov.my sehingga 13 September 2024.

Disediakan oleh:
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
27 OGOS 2024

SUMBER: KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
E-mel: enquiry@mosti.gov.my


--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.