ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Ogos 29, 2024 -Khamis

 
  PENGEMBARAAN YANG MENYERONOKKAN DAN PENUH KELAZATAN DI DALAM DUNIA MAKANAN JEPUN MALAH KANAK-KANAK BOLEH MENIKMATINYA; PENGALAMAN MAKANAN YANG DIPILIH DENGAN TELITI YANG DISYORKAN OLEH KAKITANGAN MALAYSIA DI HOTEL PANGSAPURI NO. 1, MIMARU

Wednesday 28/08/2024

AsiaNet 0200337

TOKYO, 28 Ogos, 2024 /Kyodo JBN/ --

Cosmos Hotel Management Co., Ltd., yang mengendalikan hotel pangsapuri No. 1 Jepun "MIMARU," akan mengadakan pertunjukan di pameran pelancongan "MATTA Fair September 2024," yang akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia, dari Jumaat, 6 September hingga Ahad, 8 September, 2024. Menginap di MIMARU bermakna menikmati satu perjalanan yang sepenuhnya. Memandangkan syarikat itu mahu keluarga rakyat Malaysia untuk mengalami satu perjalanan yang menakjubkan, kakitangan Malaysia di MIMARU telah mengumpulkan satu pilihan makanan Jepun yang disyorkan berdasarkan kepada tiga tema: "Merasai pengalaman makanan Jepun," "ramen Popular yang Terbaik," dan "Menikmatinya Bersama Kanak-kanak."

Kakitangan di MIMARU sentiasa bersedia untuk mengesyorkan restoran-restoran kepada tetamu yang bersesuaian dengan minat mereka dengan sempurna. Ia hanya memerlukan satu gigitan untuk membuatkan mereka rasa jatuh cinta dengan keindahan dan kelazatan dunia makanan Jepun dan membuatkan mereka ingin tahu secara lebih mendalam lagi. Masa makan berkeluarga akan menjadi satu acara yang mencabar dan menyeronokkan semasa perjalanan itu.

1. Alami makanan Jepun
Makanan ruji di Jepun adalah nasi, dan terdapat banyak hidangan nasi, termasuk sushi. Satu daripada cadangan syarikat itu ialah "donburi" (mangkuk nasi). Terdapat banyak restoran istimewa, seperti oyakodon (mangkuk ayam dan telur), gyudon (mangkuk daging lembu) dengan daging lembu dan sup yang manis dan pedas, dan ebi-katsudon (mangkuk potongan udang yang digoreng). Baru-baru ini, "onigiri" (bebola nasi) telah menjadi sangat popular di seluruh dunia. Ia dibuat daripada nasi yang disumbat dengan pelbagai bahan dan membungkusnya dengan rumpai laut. Di kedai-kedai serbaneka, harganya adalah berpatutan pada sekitar 4-6 MYR (130-200 JPY) bagi setiap satu.
2. Ramen popular yang terbaik
Ramen, yang telah mendapat perhatian dari seluruh dunia, amat menarik bagi penggemar makanan kerana kepelbagaiannya yang mengikut wilayah. Hokkaido terkenal dengan rasa miso yang dihiasi dengan mentega dan jagung, manakala Kanto terkenal dengan rasa kicap tradisionalnya. Selain itu, kepejalan dan ketebalan mi itu juga berbeza. Baru-baru ini, terdapat satu peningkatan di dalam jenis baharu ramen yang menggunakan resipi sup rahsia, mi dan bahan-bahan buatan sendiri. Satu contoh yang popular ialah ramen garam yuzu. Tetamu boleh menikmati semangkuk ramen yang inovatif yang menyerlahkan keterampilan orang Jepun. Di bandar raya utama Jepun, kedai-kedai ramen dari seluruh negara boleh ditemui, dan untuk membandingkan pelbagai jenis yang berlainan itu akan menjadi sebahagian daripada keseronokan dalam perjalanan itu.
3. Seronok bersama anak-anak
Dua manisan popular yang telah lama wujud di Jepun ialah taiyaki dan ais kisar. Taiyaki berbentuk ikan diisi dengan pes atau krim kacang merah, malah sesetengah kedai makan tradisional memanggangnya satu demi satu di atas arang. Ais kisar yang dicampur dengan matcha adalah satu makanan istimewa yang menakjubkan secara visual. Jika tetamu ingin menjamu selera secara bersantai bersama anak-anak mereka, syarikat itu mengesyorkan sebuah restoran sushi yang menggunakan penghantar automatik di mana mereka boleh memilih manisan dan satu hidangan ala carte, atau sebuah restoran keluarga yang lebih mencabar dengan sebuah menu yang pelbagai dan di mana makanannya dihantar oleh sebuah robot.
 
Syarikat itu berharap pelawat ke Jepun akan menikmati penginapan bersama keluarga dan rakan mereka di MIMARU, sebuah hotel pangsapuri yang menawarkan bilik-bilik tetamu yang luas yang dilengkapi dengan dapur yang serba lengkap, yang terletak di Tokyo, Kyoto dan Osaka. Kira-kira 80% daripada pelawat ke Jepun adalah berkeluarga, dan kira-kira 400,000 tetamu antarabangsa menginap di MIMARU pada setiap tahun (Tahun Kewangan 2023: Keputusan untuk tempoh April hingga Mac).

7 sebab utama mengapa pengunjung memilih MIMARU
- 27 hartanah di tiga bandar raya popular Tokyo, Osaka dan Kyoto
- Bilik-bilik yang luas (kira-kira 40 m2 hingga 100 m2). Ruang yang secukupnya untuk keluarga dan sahabat handai.
- Bilik dengan sebuah dapur dan sebuah ruang tamu/ruang makan. Kemudahan dobi di kawasan umum juga disediakan.
- Perkhidmatan mesra oleh kakitangan yang boleh bertutur bahasa Inggeris, dari 35 negara atau wilayah.
- Tiga hartanah MIMARU disenaraikan di dalam Trip Advisor "20 Utama Hotel Terbaik Pelancong Asing di Jepun" selama dua tahun berturut-turut (*).
- Satu juta tontonan pada kandungan Instagram rasmi MIMARU yang mempamerkan banyak cara untuk menikmati Jepun.
- Lokasi yang selesa. Ia mengambil masa kira-kira 7 jam dengan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Tokyo (Narita atau Haneda) dan kira-kira 6 jam ke Lapangan Terbang Kansai. Ia mengambil masa kira-kira 1 jam dari lapangan terbang ke mana-mana lokasi MIMARU.
 

(*) Tiga lokasi MIMARU Tokyo telah dipilih di dalam senarai “Diundi oleh Pencinta Pelancongan” Hotel-hotel Terbaik Pelancong Asing di Jepun" pada 2019 dan 2020.
 
Foto-foto Bilik: https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M107482/202408225251/_prw_PI4fl_5GIs9F6x.png

 
Lokasi MIMARU: https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M107482/202408225251/_prw_PI5fl_dkaWPmzD.jpg

 
Untuk setiap gambar, sila layari pautan di bawah:
https://kyodonewsprwire.jp/release/202408225251?p=images   
 
Maklumat mengenai Cosmos Hotel Management Co., Ltd.
- Ibu pejabat: Minato Ward, Tokyo
- Presiden: Hideki Fujioka
 
Laman web MIMARU: https://mimaruhotels.com/hotel/
Instagram: https://www.instagram.com/mimaruhotels/
 
 
Sumber: Cosmos Hotel Management Co., Ltd.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.