ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

September 03, 2024 -Selasa

 
  WASPADA TERHADAP SMS YANG MENGANDUNGI KANDUNGAN TERLARANG

Monday 02/09/2024



CYBERJAYA, 2 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 September 2024, arahan larangan terhadap kandungan terlarang dalam mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) akan dikuatkuasakan. Kandungan terlarang ini termasuk pautan (hyperlink), permintaan maklumat peribadi, dan nombor telefon untuk dihubungi (callback number). 

Penguatkuasaan ini bertujuan untuk melindungi pengguna daripada risiko penipuan melibatkan perkhidmatan SMS yang sering dieksploitasi oleh penjenayah dengan menyamar sebagai pihak berwibawa, termasuk entiti awam dan swasta, untuk memperdaya orang ramai.

Sehubungan itu, MCMC menggesa orang ramai untuk sentiasa berwaspada terhadap SMS yang mengandungi kandungan terlarang tersebut. SMS yang mengandungi elemen-elemen ini wajar dianggap sebagai berisiko tinggi dan berpotensi besar mengandungi unsur penipuan.

Orang ramai yang masih menerima SMS sedemikian boleh mengemukakan aduan kepada MCMC melalui laman sesawang aduan.mcmc.gov.my dengan menyertakan maklumat seperti nombor telefon atau kod ringkas penghantar, nombor telefon penerima, lokasi penerimaan, serta tangkapan skrin SMS yang diterima.

MCMC juga ingin mengingatkan orang ramai untuk turut berwaspada terhadap mesej serupa yang dihantar melalui platform komunikasi lain seperti Google RCS, Apple iMessage, serta aplikasi pesanan seperti WhatsApp dan Telegram. Mesej yang mencurigakan dan berpotensi menipu boleh dilaporkan terus kepada penyedia platform yang terlibat atau kepada MCMC untuk tindakan selanjutnya.

SUMBER: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
Tel : 03-8688 8000
Faks : 03-8688 1000
Emel : scd@mcmc.gov.my 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.