ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

September 04, 2024 -Rabu

 
  YILI MELAPORKAN HASIL SEPARUH PERTAMA TAHUN KEWANGAN 2024 SEBANYAK 59.9 BILION YUAN DENGAN PERTUMBUHAN 19% TAHUN KE TAHUN DALAM KEUNTUNGAN BERSIH YANG DIATRIBUT KEPADA SYARIKAT INDUK

Tuesday 03/09/2024




Table


Yili melaporkan hasil Separuh Pertama Tahun Kewangan 2024 sebanyak 59.9 bilion yuan dengan Pertumbuhan 19% Tahun ke Tahun dalam keuntungan bersih yang diatribut kepada Syarikat Induk itu.
 

HOHHOT, China, 3 Sept., 2024 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 29 Ogos, Kumpulan Yili (600887.SS) telah mengeluarkan laporan Separuh Pertama Tahun Kewangan 2024 mereka. Dalam tempoh pelaporan itu, syarikat berkenaan terus mengukuhkan kepimpinan perindustrian mereka dengan sejumlah hasil sebanyak 59.915 bilion yuan ($8.45 bilion). Dengan rekod pertumbuhan paling tinggi sebanyak 19.44% Tahun ke Tahun dalam keuntungan bersih yang boleh diatribut kepada syarikat induk itu yang berjumlah 7.531 bilion yuan ($1.06 bilion), ia telah mencatatkan satu rekod baharu di kalangan syarikat tenusu di Asia.
 
Dalam Laporan 20 Teratas Tenusu Global 2024 yang diterbitkan oleh Rabobank, Yili sekali lagi memperoleh tempat di kalangan lima teratas di peringkat global, dengan teguh menduduki tempat kepimpinan tertinggi mereka di dalam industri tenusu Asia buat tahun ke-11 berturut-turut.
 
Dalam Separuh Pertama Tahun Kewangan 2024, perniagaan susu cair syarikat itu telah mencatatkan hasil sebanyak 36.887 bilion yuan ($5.20 bilion), dengan terus menerajui industri itu dari segi skala perniagaan dan bahagian pasaran. Hasil yang dijana daripada perniagaan susu tepung dan perniagaan lain yang berkaitan meningkat sebanyak 7.31% Tahun ke Tahun dan berjumlah 14.509 bilion yuan ($2.05 bilion), dengan jualan keseluruhannya mengatasi pasaran domestik. Perniagaan aiskrim mencapai hasil sebanyak 7.322 bilion yuan ($1.03 bilion), dengan menduduki tempat teratas di dalam segmen pasaran dari segi skala perniagaan dan bahagian pasaran selama 29 tahun berturut-turut.
 
Sementara itu, syarikat berkenaan mengukuhkan komitmen ke dalam usaha inovasi mereka, dengan secara aktif mengejar strategi pertumbuhan yang pelbagai untuk menggalakkan bidang-bidang baharu di dalam pembangunan. Dalam tempoh pelaporan itu, produk baharu utama Yili menyumbang sebanyak 15.2% daripada jumlah hasil mereka. Perniagaan minuman air menggandakan hasil keseluruhan Tahun ke Tahun, dengan memacukan momentum perniagaan yang mapan. 
 
Sambil mengukuhkan kehadiran mereka di dalam pasaran domestik, strategi pengantarabangsaan Yili juga telah mencapai kemajuan yang ketara, dengan hasil luar negara merekodkan pertumbuhan 4% Tahun ke Tahun pada Separuh Pertama Tahun Kewangan 2024. Dengan 81 pangkalan pengeluaran di seluruh dunia, produk Yili telah dieksport ke lebih 60 buah negara dan wilayah.
 
Pada Julai 2024, beberapa produk teras Yili telah mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA)  Amerika Syarikat dan mendarat di pasaran tempatan untuk dijual, termasuk yogurt AMBPOMIAL, minuman susu Youngfun dan aiskrim Chocliz. Berikutan itu, Yili telah melancarkan kedai induk mereka yang pertama di Amerika Syarikat di Los Angeles. Di Thailand dan Indonesia, jenama aiskrim Kumpulan itu seperti Cremo dan Joyday terus mendahului di dalam pasaran dengan pertumbuhan tertinggi. 
 
Dengan memanfaatkan pertumbuhan mereka yang kukuh, Yili juga berpegang kepada pembangunan lestari dan menggalakkan penyepaduan nilai komersial dan sosial. Pada Mei 2024, Yili telah mengeluarkan laporan perakaunan nilai ESG yang pertama di dunia dalam industri makanan. Laporan itu menunjukkan bahawa pada 2023, sumbangan luaran Yili berjumlah 280 juta yuan ($39.48 juta) dan operasi mereka mencetuskan satu nilai impak positif sebanyak 6.805 bilion yuan ($0.96 bilion).
 
Dalam penarafan ESG 2024 MSCI, syarikat itu telah mencapai satu kejayaan penting dengan satu penarafan AA, yang menandakan peningkatan empat tahun berturut-turut.
 
Dengan mengintegrasikan SDG PBB ke dalam strategi mereka, syarikat itu secara aktif melibatkan ahli-ahli "Perikatan Karbon Sifar Bersih" dan rakan-rakan merentasi rantaian perindustrian itu untuk menggalakkan pengurangan jejak karbon dan pemuliharaan air.
 
Sumber: Kumpulan Yili

Kapsyen: Yili melaporkan hasil Separuh Pertama Tahun Kewangan 2024 sebanyak 59.9 bilion yuan dengan Pertumbuhan 19% Tahun ke Tahun dalam keuntungan bersih yang diatribut kepada Syarikat Induk itu.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.