ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

September 04, 2024 -Rabu

 
  PASIR KUMBAHAN KUCING DAERAH CHINA UTARA MEMASTIKAN KUALITI HIDUP YANG LEBIH BAIK UNTUK KUCING

Tuesday 03/09/2024

AsiaNet 0200353

HOHHOT, China, 3 Sept., 2024 /Xinhua-AsiaNet/--

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, memelihara seekor kucing telah menjadi satu pilihan bagi ramai orang di seluruh dunia. Terdapat satu keutamaan yang semakin meningkat bagi kucing-kucing ini untuk menikmati persekitaran hidup yang sihat. Firma-firma di sebuah daerah di China utara telah membuat kemajuan yang berterusan di dalam pasaran khusus bagi produk pasir kumbahan kucing, untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Di sebuah makmal, Wang Xiaoli dan rakan-rakannya telah membangunkan produk mineral yang rendah habuk dan ringan, dengan menggunakan bentonit. Di bengkel itu, dengan memasukkan bijih mineral ke dalam satu barisan pengeluaran hijau, dan melalui satu siri proses pembuatan automatik, satu bekas pasir kumbahan kucing, yang sekecil milet, boleh dihasilkan.

Senario ini menawarkan sekilas pandang mengenai penyelidikan dan pengeluaran Chifeng Menghong New Materials Co., Ltd., sebuah pengeluar pasir kumbahan kucing yang berpangkalan di Daerah Ningcheng, di Wilayah Autonomi Inner Mongolia di China utara.

"Kami memperkenalkan teknologi baharu dan bahan-bahan yang berfungsi untuk meningkatkan kegumpalan pasir kumbahan bentonit dan fungsi penyerapan bau supaya kucing dapat hidup dengan sihat di dalam persekitaran yang rendah habuk," kata Wang, seorang juruteknik di syarikat itu. 

Daerah itu mempunyai output pengeluaran pasir kumbahan kucing tahunan sebanyak 1.5 juta tan dengan kira-kira 1,100 orang terlibat di dalam industri itu pada tahun 2023, dengan nilai output sebanyak 900 juta yuan (kira-kira 126 juta dolar AS) dan hasil cukai sebanyak 70 juta yuan, demikian menurut pihak berkuasa tempatan.

Sepanjang dua dekad yang lalu, Ningcheng telah menyaksikan perkembangan pesat dan berinovatif di dalam industri pasir kumbahan kucing. 

Zhang Yongsheng, pengurus besar bagi Ningcheng County Chongai Pet Products Co., Ltd. berkata syarikat itu pernah membuat baja kimia, manakala sebuah pelanggan Jepun telah menghubungi bekas pengurus kilang itu pada 2002, dengan keinginan untuk menggunakan bentonit yang diperolehi secara tempatan bagi pengeluaran pasir kumbahan kucing. Percubaan itu terbukti berjaya, yang membawa kepada penubuhan barisan pengeluaran pasir kumbahan kucing yang pertama di daerah itu.

"Ia adalah satu perniagaan yang baik kerana bentonit di sini adalah berkualiti tinggi. Ia membentuk gumpalan pepejal dan mudah untuk dicedok dan dibersihkan," kata Zhang. "Sejak itu kami telah berusaha untuk menyelidik dan membangunkan lebih banyak produk pasir kumbahan kucing." 

Kini pasir kumbahan kucing dengan wangian buah-buahan memenuhi udara di makmalnya, dan banyak produk telah dieksport ke Jepun, Republik Korea dan negara dan wilayah lain.

Terdapat 32 syarikat pasir kumbahan kucing di daerah itu pada masa ini. Syarikat-syarikat ini aktif di dalam penyelidikan dan telah membesarkan saluran jualan, meningkatkan kualiti pembuatan, dan mematuhi piawaian antarabangsa, antara lain. 

"Syarikat-syarikat ini berupaya untuk menghasilkan pasir kumbahan kucing yang dibuat khusus dengan pelbagai jenis dan bau," kata Zhang Haixuan, ketua bagi Daerah Ningcheng. "Produk bentonit termasuk pasir kumbahan kucing yang dikeluarkan di daerah itu telah dieksport ke 106 buah negara seperti Finland, Rusia dan Malaysia."

Dong Wenjun, seorang profesor di Pusat Pengajian Sains dan Kejuruteraan Bahan, Universiti Sains dan Teknologi Beijing, berkata: "Pasir kumbahan kucing yang dihasilkan di Ningcheng telah diubah kepada produk dengan nilai tambah yang lebih tinggi, dengan ciri-ciri seperti keberatan yang lebih ringan, peleraian air dan pelbagai bau-bauan." 

Menurut satu laporan industri, pasaran penggunaan haiwan peliharaan bandar (anjing dan kucing) di China berkembang kepada 279.3 bilion yuan pada 2023, meningkat 3.2 peratus tahun ke tahun. Skala pasaran kucing dan bilangan kucing peliharaan masing-masing menyaksikan pertumbuhan 6 peratus dan 6.8 peratus.

Zhang Yongsheng berkata semakin ramai orang muda telah menjadi pemilik haiwan peliharaan, dan mereka memberi lebih tumpuan kepada kesihatan dan keselesaan haiwan peliharaan mereka. 

"Kami berusaha untuk menyediakan kepada pelanggan kami dengan produk yang lebih hijau dan sihat serta memastikan kucing mereka mempunyai kualiti hidup yang lebih baik," kata beliau.

Sumber: Pusat Berita & Maklumat Agensi Berita Xinhua cawangan Inner Mongolia

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.