ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

September 04, 2024 -Rabu

 
  QIANHAI MENCAPAI KEPUTUSAN NYATA DALAM INOVASI INSTITUSI PADA ULANG TAHUN KETIGA BAGI RANCANGAN QIANHAI

Tuesday 03/09/2024

AsiaNet 0200356

SHENZHEN, China, 3 Sept., 2024 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada September 2021, Rancangan untuk Mendalami Pembaharuan dan Pembukaan Secara Komprehensif bagi Zon Kerjasama Industri Perkhidmatan Moden Qianhai Shenzhen-Hong Kong (Rancangan Qianhai) telah dikeluarkan untuk menggariskan pembangunan masa depan bagi Qianhai. Sepanjang tiga tahun yang lalu, Qianhai, sebuah hab untuk pembukaan peringkat tinggi, telah mengorak langkah ke hadapan dengan pembaharuan dan inovasi serta menyampaikan hasil yang nyata, seperti yang dizahirkan oleh Pihak Berkuasa bagi Zon Kerjasama Industri Perkhidmatan Moden Qianhai Shenzhen-Hong Kong baru-baru ini.

Melalui pembaharuan dan pembukaan, Qianhai menyasarkan untuk menjadi sebuah enjin baharu bagi pembinaan Kawasan Greater Bay (GBA) Guangdong-Hong Kong-Macau dan Zon Demonstrasi Perintis Shenzhen. Inovasi institusi adalah satu daripada ciri-ciri tersendiri bagi Qianhai. Sehingga kini, Qianhai telah secara beransur-ansur menubuhkan "Model Qianhai" untuk inovasi institusi dalam bidang utama seperti kemudahan pelaburan, kemudahan perdagangan, keterbukaan dan inovasi kewangan, dan inovasi undang-undang. 

Satu rentetan bagi langkah-langkah inovatif telah dilancarkan, seperti sistem pengesahan pentadbiran untuk pendaftaran perniagaan, satu lesen bersepadu, satu sistem pendaftaran penggantungan untuk perniagaan, dan Stesen e-Perkhidmatan Qianhai Hong Kong-Macau. Statistik terkini menunjukkan bahawa Qianhai telah melancarkan 241 pencapaian inovasi institusi baharu sejak 2021, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 835, dengan 36 daripadanya dipromosikan di seluruh negara, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 94. Menurut indeks inovasi institusi bagi zon perintis perdagangan bebas China yang dikeluarkan oleh Universiti Sun Yat-sen, Qianhai telah menduduki tempat pertama selama tiga tahun berturut-turut.

Inovasi di dalam bidang kewangan dilihat sebagai satu daripada inovasi institusi dengan ciri-ciri Qianhai yang paling tipikal. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, satu siri dasar inovasi kewangan telah dilaksanakan di sini, yang meliputi aspek seperti kewangan untuk mata pencarian rakyat, kesalinghubungan bagi pasaran kewangan, pembangunan industri kewangan moden, kemudahan bagi perdagangan dan pelaburan merentas sempadan, dan kerjasama yang dipertingkatkan di dalam pengawalan kewangan. 

"Suasana perniagaan kewangan yang mendalam di Qianhai membolehkan kami untuk mencari peluang-peluang kerjasama dan mencapai kejayaan yang menguntungkan semua pihak," kata Pan Rui, Presiden bagi Kumpulan WeLab di China. "Dengan kejayaan pelaksanaan bagi pelbagai kes inovasi kewangan, Qianhai telah menjadi sebuah destinasi pilihan bagi penduduk dan perusahaan Hong Kong untuk ke utara. Semakin ramai penduduk dan perusahaan Hong Kong telah berkumpul di Shenzhen untuk pembangunan. Lebih ramai bakat kewangan dari Hong Kong telah memilih untuk menetap di Qianhai, bagi menyumbang kepada pembangunan masa depan mereka," kata beliau.

"Dasar Pinjaman Perusahaan Hong Kong baharu menyediakan satu saluran pembiayaan rentas sempadan yang baharu untuk perusahaan kecil dan mikro (PKS) seperti kami bagi mencari pembangunan di Qianhai. Pada masa lalu, rekod operasi dan kredit bagi ibu pejabat di Hong Kong tidak boleh digunakan untuk menyokong cawangan Qianhai kami dalam membuat pinjaman bank. Dengan pelaksanaan dasar Pinjaman Perusahaan Hong Kong dan kerjasama penyiasatan kredit rentas sempadan Shenzhen-Hong Kong, ia telah membuka saluran baharu untuk pinjaman bank," kata You Zunni, ketua bagi Gangshun (Shenzhen) International Trade Co., Ltd. 

LAiPIC adalah juga merupakan satu daripada penerima manfaat bagi inovasi institusi di Qianhai. Sebagai tindak balas kepada Pelan Tindakan Kepulangan yang dilancarkan oleh Qianhai, syarikat itu telah memindahkan pejabat mereka kembali ke Qianhai pada 2019. Walau bagaimanapun, LAiPIC menghadapi beberapa kesukaran semasa dalam perjalanan pulang. Pada masa itu, syarikat-syarikat digital dan kreatif seperti LAiPIC tidak boleh disenaraikan di bawah industri kebudayaan atau industri teknologi. Akibatnya, syarikat itu tidak berhak untuk mendapat sebarang bentuk sokongan dasar. Bagi menangani masalah ini, pihak berkuasa yang berkaitan di Qianhai telah menjalankan penyelidikan di tapak di syarikat itu dan secara inovatif merumuskan pelbagai dasar untuk industri digital dan kreatif.

"Ketika industri itu berkembang pesat, LAiPIC mungkin tidak seperti sekarang tanpa sokongan berharga atau pelepasan dasar sokongan yang tepat pada masanya," kata Quan Xinghui, pengasas bersama bagi LAiPIC. Apabila syarikat itu menghadapi cerutan semasa pembangunan pesat mereka, pelaksanaan pantas dan cekap bagi dasar ini membolehkannya untuk menetapkan satu penanda aras, yang dengan ketara memajukan pertumbuhan industri itu.

Pencapaian inovasi institusi Qianhai di dalam bidang utama seperti undang-undang, kewangan dan hal ehwal kerajaan telah menunjukkan kelebihan mereka di dalam inovasi institusi. Inovasi ini bukan sahaja membantu Qianhai mempercepatkan pendalaman pembaharuan mereka yang menyeluruh tetapi juga menyediakan momentum baharu bagi Qianhai untuk memajukan pendalaman pembaharuan yang menyeluruh di Kawasan Greater Bay dan juga China. "Qianhai mempunyai kelebihan dasar yang tiada tandingan, dan kami juga berharap perusahaan di Qianhai akan terus mendapat manfaat daripadanya dan menerima peluang yang lebih besar," kata Pan Rui semasa temu bual itu.

Sumber: Pihak Berkuasa bagi Zon Kerjasama Industri Perkhidmatan Moden Qianhai Shenzhen-Hong Kong

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.