ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

September 04, 2024 -Rabu

 
  KOLABORASI TDA BERSAMA KDN DALAM PERSIDANGAN KESELAMATAN NEGARA 2024

Tuesday 03/09/2024




Table

"Persidangan Keselamatan Negara 2024 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Turut hadir bersama pada persidangan tersebut, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YBhg. Datuk Ruji Ubi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, Bahagian Perolehan Kerajaan (GPD) - Kementerian Kewangan, YBhg Dato' Indera Ab Rahim Ab Rahman, barisan TKSU KDN, Pengerusi TDA, YB Sim Tze Tzin, Ketua Pegawai Eksekutif TDA, YBrs Dr Sharoul Jambari dan barisan tenaga kerja TDA."


PUTRAJAYA, 3 Sept (Bernama) -- Technology Depository Agency Berhad (TDA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia, dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN), telah menganjurkan Persidangan Keselamatan Dalam Negara 2024 pada 2 September 2024 dengan tema “Keselamatan Negara Tidak Dikompromi.” Persidangan ini bertujuan mengenal pasti ancaman utama terhadap keselamatan dan ketenteraman di Malaysia berdasarkan data yang terkini, serta merangka pembangunan plan strategik bagi tahun 2026 sehingga 2030.
 
TDA memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan negara menjadi keutamaan dengan memupuk kerjasama dan pemindahan pengetahuan mengenai keselamatan di Malaysia melalui Program Kolaborasi Industri. Inisiatif ini memanfaatkan kepakaran Kementerian Dalam Negeri, MINDEF, MKN dan agensi – agensi yang melibatkan keselamatan negara meliputi darat, laut dan udara dalam penganjuran persidangan dengan menekankan elemen-elemen kluster seperti Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Keselamatan Sempadan Negara, Keselamatan Siber, dan Keselamatan Sosial, di mana kehadiran terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi keselamatan dalam negara.
 
Persidangan ini bukan sekadar tentang kerjasama antara TDA dan KDN; ia mewakili visi bersama Kementerian Dalam Negeri untuk memastikan keselamatan negara dipertingkatan di masa depan. Dengan berkolaborasi bersama pelbagai kementerian, jabatan, agensi, institusi dan industri tempatan, kita berhasrat persidangan ini memberi ruang strategik dalam memperkukuhkan keselamatan Negara dengan mengambilkira pelbagai aspek termasuk dalam pembangunan teknologi dan industri tempatan." kata Ketua Pegawai Eksekutif TDA, Dr. Sharoul Jambari.
 
Kerjasama antara TDA dan KDN ini dijangka akan memberi impak yang signifikan, selari visi dan misi Kerajaan, dalam usaha memastikan keselamatan, keamanan dan ketenteraman awam ditingkatkan bagi tempoh 2026 hingga 2030.

Technology Depository Agency (TDA)
Your Preferred Collaboration Partner
 
Technology Depository Agency (TDA) adalah sebuah agensi kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Kewangan (MOF) yang ditubuhkan untuk memainkan peranan penting dalam memacu agenda negara mengenai pertumbuhan ekonomi melalui kemajuan teknologi dan pembangunan industri. TDA mencapai matlamat ini melalui dua mandat: Program Kerjasama Industri (ICP) dan Program Kontrak Berasaskan Prestasi (PBC).

SUMBER: Technology Depository Agency (TDA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Irlan Norris Ishak
Jawatan: Ketua Jabatan, Pengurusan Korporat
Emel: irlan@tda.my
 
Nama: Ain Razali
Jawatan: Ketua Unit, Komunikasi Korporat
Emel:
ain@tda.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.