ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

September 05, 2024 -Khamis

 
  DANA PEMBANGUNAN ARAB SAUDI MERAIKAN 50 TAHUN IMPAK GLOBAL DENGAN LEBIH $20 BILION DALAM BENTUK SUMBANGAN PEMBANGUNAN

Wednesday 04/09/2024




Table

Dana Pembangunan Arab Saudi Meraikan 50 Tahun Impak Global dengan Lebih $20 Bilion dalam Bentuk Sumbangan Pembangunan (Foto: AETOSWire)


RIYADH, Arab Saudi, 4 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dana Pembangunan Arab Saudi (SFD) meraikan ulang tahun ke-50 di Riyadh pada hari ini, di bawah tema "50 Tahun Impak Global." Acara itu menghimpunkan rakan kongsi pembangunan utama untuk melihat kembali sumbangan penting SFD kepada pembangunan mampan di seluruh dunia. Sepanjang tempoh lima dekad yang lalu, SFD telah memperuntukkan lebih $20 bilion, membiayai lebih daripada 800 projek dan program pembangunan dalam sektor penting, termasuk infrastruktur sosial (pendidikan, penjagaan kesihatan, air dan kumbahan, serta pembangunan perumahan dan bandar), komunikasi dan pengangkutan (jalan raya, jalan kereta api, lapangan terbang dan pelabuhan), tenaga, pertanian, perlombongan dan industri, dan lain-lain.

Sejak penubuhan dana itu pada tahun 1974, SFD telah menjadi cabang pembangunan antarabangsa Kerajaan Arab Saudi dan memberikan sokongan kritikal kepada lebih 100 negara membangun di seluruh dunia. Dengan tumpuan kuat kepada menyokong negara mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), SFD telah memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan mampan di Negara Termundur (LDC) dan Negara Membangun Pulau Kecil (SIDS).

Semasa acara itu, Pengerusi SFD Tuan Yang Terutama Ahmed Al-Khateeb menekankan kepentingan kerjasama dalam memacu pembangunan global. Beliau mengetengahkan bahawa kejayaan SFD berakar umbi dalam perkongsian dana itu, dengan 27 projek dan program pembangunan di 23 negara membangun pada tahun 2023 yang dibiayai bersama pembiaya lain. Beliau juga menegaskan keperluan menjalinkan perkongsian baharu dan mengukuhkan hubungan sedia ada bagi mewujudkan dunia yang setiap individu berpeluang mencapai potensi penuh masing-masing.

Melihat kembali pencapaian penting ini, Ketua Pegawai Eksekutif SFD, Sultan bin Abdulrahman Al-Marshad, menyatakan: “Apabila kami meraikan lima dekad usaha berimpak ini, kami komited, pada masa ini berbanding sebelum ini, dalam usaha menyokong negara membangun dalam perjalanan masing-masing menuju kebergantungan diri dan kebingkasan dari segi ekonomi. Matlamat kami ialah untuk memastikan bahawa semua kanak-kanak boleh pergi ke sekolah, menjadikan pendidikan bukan satu keistimewaan tetapi sesuatu yang mesti diperuntukkan kepada setiap kanak-kanak, membolehkan setiap keluarga mendapat akses kepada penjagaan kesihatan dan perkhidmatan asas penting. Begitu juga, kami memberikan tumpuan kepada pembangunan infrastruktur yang kritikal, seperti membina jalan raya dan meningkatkan lapangan terbang dan pelabuhan, supaya negara boleh berkembang maju dan terlibat dalam aktiviti ekonomi dan perdagangan. Usaha ini bukan sekadar mengenai pembiayaan; tetapi usaha ini merangkumi penambahbaikan kehidupan dengan ketara, mencipta peluang, memperkasa komuniti dan membina masa depan yang lebih makmur.”

Selain acara Gala Ulang Tahun ke-50 itu, upacara menandatangani perjanjian baharu oleh SFD dan Asian Development Bank (ADB) yang bernilai $25 juta untuk pembiayaan bersama projek pembangunan tenaga boleh baharu di Kepulauan Solomon juga diadakan. Ini menandakan projek pertama untuk SFD di Kepulauan Solomon. Matlamat utama projek ini ialah untuk membangunkan infrastruktur tenaga boleh baharu, mengurangkan pergantungan pada bahan api fosil dan menggalakkan pembangunan mampan di rantau itu.

Perjanjian ini terhasil berdasarkan impak transformatif SFD selama 50 tahun melalui projek pembangunan yang telah menjangkaui Afrika, Asia dan Pasifik, Amerika Latin dan kepulauan Caribbean, serta Eropah Timur.

Ini termasuk projek utama seperti Empangan Metolong di Lesotho, yang menerima pembiayaan sebanyak $25 juta dan kini menyediakan air yang boleh diminum kepada 280,000 penduduk, meningkatkan keselamatan air serta kebersihan dan kesihatan awam di rantau itu. Ini hanya satu daripada 433 projek di seluruh Afrika, dengan jumlah pembiayaan sebanyak $11.5 bilion, yang memberikan tumpuan kepada bidang kritikal seperti infrastruktur dan keselamatan air.

Di Asia, SFD telah membiayai 271 projek dengan jumlah pembiayaan sebanyak $7.8 bilion. Satu contoh paling ketara ialah sumbangan SFD kepada Projek Tenaga Hidro Empangan Mohmand di Pakistan, yang menelan belanja keseluruhan sebanyak $240 juta. Projek itu menyumbang kepada keselamatan tenaga negara dan kebingkasan banjir dengan menjana 800 megawatt tenaga boleh baharu dan menyimpan 1.6 juta meter padu air.

Di Amerika Latin dan kepulauan Caribbean, SFD telah membiayai 21 projek, berjumlah $951 juta. Ini termasuk memulihkan Sistem Air dan Kumbahan di Havana, Cuba, projek yang SFD telah memperuntukkan $35 juta untuk meningkatkan infrastruktur awam. Satu lagi inisiatif penting ialah pembinaan semula Hospital St. Jude di Saint Lucia, menelan belanja pembiayaan sebanyak $75 juta, yang akan menyumbang bagi penyediaan perkhidmatan kesihatan berkualiti tinggi kepada rakyat di kemudahan moden dan canggih serta menyediakan bekalan dan kelengkapan perubatan mencukupi untuk membantu keberkesanan operasi hospital.

Di Eropah Timur, SFD telah menyumbang kepada 14 projek dengan jumlah pelaburan sebanyak $303 juta. Inisiatif utama ialah pembinaan Jalan Raya Tirana-Elbasan-Chokos-Chalf-Ploce, apabila SFD memperuntukkan sebanyak $73.8 juta bagi membina semula jalan raya dan jambatan penting, sekali gus merangsangkan aktiviti ekonomi serantau.

Semasa acara yang diraikan itu berlangsung, penceramah yang dihormati berkongsi pandangan tentang peranan penting SFD dalam pembangunan global dan memimpin perkongsian kritikal serta tindakan dan respons secara kolektif. Penceramah utama termasuk:

  • Duli Yang Teramat Mulia Putera Turki bin Faisal Al Saud, Pengasas dan Pemegang Amanah Yayasan Raja Faisal
  • Tuan Yang Terutama Ahmed bin Aqeel Al-Khateeb, Pengerusi Lembaga Pengarah SFD
  • Tuan Yang Terutama Akinwumi Adesina, Presiden African Development Bank Group
  • Tuan Yang Terutama Muhammad Al Jasser, Pengerusi Islamic Development Bank
Pemimpin pembangunan global ini menekankan komitmen SFD untuk memupuk pertumbuhan mampan di negara dan komuniti yang mempunyai keperluan pembangunan yang paling mendesak.

Gala tersebut dihadiri oleh lebih daripada 500 individu, termasuk para menteri, ketua organisasi serantau dan antarabangsa, duta, wakil organisasi dan tetamu terhormat lain.

Memandangkan SFD melihat ke arah masa depan, dana ini mengesahkan misi dan ikrar untuk memacu usaha pembangunan antarabangsa, bagi pihak Kerajaan Arab Saudi dan menyumbang kepada kestabilan global, kemajuan sosial dan kemakmuran ekonomi untuk generasi akan datang.

Catatan kepada editor
  • Untuk maklumat tambahan, sila hubungi kami di media@sfd.gov.sa
  • Sila akses kit media, termasuk cagaran daripada ulang tahun itu, melalui pautan berikut: kit media
*Sumber: AETOSWire

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54116297/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Abeer Alqahtani
E-mel: aalqahtani@apcoworldwide.com
Nombor Telefon Bimbit: +966580089661
 
Sumber: Dana Pembangunan Arab Saudi

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.