ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 15, 2024 -Jumaat

 
  PERMULAAN SOAL SELIDIK PENGALAMAN PENGGUNA TERHADAP PROSES PENDAFTARAN AKAUN CONSUMER REDRESS PORTAL (CRP)

Monday 09/09/2024



CYBERJAYA, 9 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan Soal Selidik Pengalaman Pengguna terhadap saluran utama penyelesaian aduan pengguna MCMC yang dikenali Consumer Redress Portal (CRP). Objektif utama soal selidik ini adalah untuk mengukur tahap kepuasan pengguna terhadap pengalaman semasa melakukan proses pendaftaran akaun di portal CRP dan mendapatkan maklum balas pengguna bagi penambahbaikan portal CRP. Pemberitahuan mengenai soal selidik ini telah disiarkan di laman sesawang dan platform media sosial MCMC.

CRP berfungsi sebagai paltform bagi pengguna menyelesaikan pertikaian aduan yang telah disalurkan kepada penyedia perkhidmatan, yang dianggap tidak diselesaikan dengan wajar. Penilaian semula aduan bertujuan untuk mencapai penyelesaian di peringkat forum industri dan MCMC, serta semakan pematuhan penyedia perkhidmatan terhadap peraturan kawal selia yang terpakai.
 
Soal selidik kajian ini akan dilaksanakan bermula dari 9 September hingga 6 Oktober 2024 melalui platform dalam talian. MCMC telah mengenal pasti individu mengikut kriteria yang ditentukan bagi menyertai soal selidik ini berdasarkan data sistem aduan sedia ada.

Bagi melindungi data yang dikumpul melalui soal selidik ini, pengguna disarankan untuk membuat tetapan privasi pada peranti yang digunakan. Data soal selidik yang dikumpul akan disimpan serta dilindungi dengan selamat oleh MCMC.
 
Adalah dimaklumkan bahawa tujuan soal selidik ini adalah untuk pengumpulan data sahaja. Data peribadi seperti nama penuh, maklumat kad kredit/debit, atau butiran bank tidak akan diguna pakai bagi sesi soal selidik ini. Tiada transaksi yang melibatkan wang serta jualan bagi sesi ini. Penyertaan adalah secara sukarela; namun begitu, kerjasama daripada orang ramai amat dihargai.
 
Sebarang perubahan pada tempoh soal selidik akan diumumkan di laman sesawang MCMC: www.mcmc.gov.my.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC HQ, MCMC Tower 1, Jalan IMPACT, Cyber 6,
63000 Cyberjaya, Selangor
(Perhatian: Jabatan Perlindungan Pengguna – aduanskmm@mcmc.gov.my) Tel: +603 8688 8000 Hotline: 1800 188 030 

SUMBER: Malaysian Communications and Multimedia Commission MCMC
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC)
Tel : 03-8688 8000
Faks : 03-8688 1000
E-mel : scd@mcmc.gov.my   

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.