ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

September 09, 2024 -Isnin

 
  FESTIVAL SELANGOR @BATU LAUT 2024 RUNGKAI RAHSIA SERUMPUN ETNIK SELANGOR

Monday 09/09/2024



TANJUNG SEPAT, Selangor, 9 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor, bersama Kelab Iltizam Selangor dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor telah menganjurkan Festival Selangor @Batu Laut 2024 pada 6 September hingga 8 September 2024 bertempat di Dataran Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat, Kuala Langat, Selangor. Festival Selangor yang julung-julung kali diadakan ini memperlihatkan keunikan budaya dan kepelbagaian kaum yang terdapat di negeri Selangor seperti budaya masyarakat Jawa, Bugis, Mendailing, Banjar, Melayu, Orang Asli, Cina, India dan sebagainya.

Antara pengisian utama festival ini adalah Pertandingan Keroncong Antarabangsa Malaysia, Pertandingan Bintang Asli Remaja Peringkat Negeri Selangor, pelbagai aktiviti Mencungkil Bakat, Himpunan dan Pertandingan Silat, Sukan Rakyat, Fun Run/Fun Ride, Batu Laut Culture Warrior, Demonstrasi/Pertandingan Makanan Tradisi, Simulasi Perkahwinan Etnik Negeri Selangor, Pasar Saloma, Jualan Ehsan Rahmah, Jualan Agro Madani, Pertandingan Sukan Layar, Perkhemahan Pengakap dan Glamping Budaya dan Pameran/Demonstrasi Interaktif Agensi Persekutuan, Negeri, Swasta dan Persatuan Kebudayaan.

Festival ini turut dimeriahkan dengan persembahan muzik seperti Keroncong dan Gordang Sembilan, Pertandingan Busana Tradisional, Pertandingan Memasak Masakan Tradisi, Demonstrasi Pembuatan Wau Kapal, Simulasi Perkahwinan Tradisi Etnik Jawa, Bugis, Banjar, Mendailing dan Orang Asli Mah Meri.

Festival ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada pelbagai agensi kerajaan persekutuan, negeri, agensi swasta, dan persatuan seni budaya dari seluruh Negeri Selangor. Antara agensi persekutuan dan negeri yang telah terlibat seperti Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Majlis Perbandaran Kuala Langat, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor, Tourism Malaysia, Tourism Selangor, Jabatan Penyiaran Negeri Selangor (RTM), Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK), Tenaga Nasional Berhad (TNB) Hospital Banting, Jabatan Kesihatan Kuala Langat, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, SPD Events Asia, RangkaiaN Hotel Sri Malaysia dan Kaydan Ahmad Resources.

Dengan penganjuran Festival Selangor @Batu Laut 2024 sebegini, ia dapat menjadi satu platform untuk pertemuan NGO Seni Budaya, penyemarakkan, pemeliharaan dan pemuliharaan seni dan budaya serumpun dan unik di Negeri Selangor. Festival ini juga diharapkan mampu menjadi hub seni budaya Negeri Selangor yang akan dapat menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa ke Negeri Selangor sekaligus menaikkan ekonomi Negeri Selangor melalui Industri Pelancongan Budaya” ujar Mohd Amran bin Mohd Haris, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dalam kenyataannya.
 
Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari laman sesawang JKKN iaitu www.jkkn.gov.my ataupun boleh layari facebook JKKN melalui pautan www.facebook.com/mysenibudaya.
 
Bersama ini dikemukakan pautan gambar pengisian untuk makluman https://drive.google.com/drive/folders/1H0dV9S3-ibVMvN31lEVD5vPVL5DKlQIf?usp=drive_link.

LAMPIRAN

Dikeluarkan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Tel: 03-2614 8200  Faks: 03-2697 0786

Laman Sesawang: www.jkkn.gov.my  E-mel: ukk@jkkn.gov.my

Platform Media Sosial Rasmi JKKN:
Facebook: @Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan @mysenibudaya
Instagram, Twitter & YouTube: Mysenibudaya
 
SUMBER: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Mazidah binti Mustapha
Pengarah
Unit Komunikasi Korporat, JKKN
Tel: 03-2614 8200 / 012-952 2095
Emel: mazidah@jkkn.gov.my

Nama: Nik Mohd Fadly bin Nik Mat
Penolong Pengarah
Unit Komunikasi Korporat, JKKN
Tel: 03-2614 8200 / 013-382 2115
Emel: nikfadly@jkkn.gov.my
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.