ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

September 13, 2024 -Jumaat

 
  TOSHIBA MEMULAKAN PENGHANTARAN SAMPEL IC PEMACU GET UNTUK MOTOR DC AUTOMOTIF DIBERUS YANG AKAN MENYUMBANG KEPADA PENGECILAN SAIZ KELENGKAPAN

Wednesday 11/09/2024




Table

Toshiba: TB9103FTG, IC pemacu get untuk motor DC dengan berus automotif. (Grafik: Business Wire)


KAWASAKI, Jepun, 11 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") telah mula menyediakan sampel kejuruteraan "TB9103FTG," IC pemacu get[1] untuk motor DC automotif diberus, termasuk motor selak[2] dan motor kunci[3] di pintu belakang kuasa dan pintu gelangsar kuasa dan motor pacuan untuk tingkap kuasa dan tempat duduk kuasa.

Bahagian kereta yang dahulunya dilaraskan secara manual kini sebahagian besarnya telah menggunakan kuasa elektrik, sekali gus telah meningkatkan permintaan untuk motor elektrik dan bilangan yang disepadukan ke dalam kenderaan. Bilangan pemacu yang digunakan dalam motor juga telah meningkat, mendorong langkah untuk mengecilkan saiz dan menyepadukan keseluruhan sistem. Terdapat juga beberapa penggunaan motor yang tidak memerlukan kawalan kelajuan putaran dan pemacu dengan fungsi dan prestasi mudah diperlukan untuk penggunaan ini.

TB9103FTG menawarkan fungsi dan prestasi pemacu get yang diperkemas untuk motor DC berus yang tidak memerlukan kawalan kelajuan, membuka jalan kepada reka bentuk lebih kompak. IC pemacu get ini mempunyai litar pam cas terbina dalam[4] yang memastikan voltan diperlukan untuk menjana kuasa MOSFET luaran bagi pemacuan motor. IC ini juga mempunyai fungsi pemantauan get yang menghalang penjanaan lebihan arus melalui kawalan automatik pemasaan keluaran isyarat get ke MOSFET luaran bahagian tinggi dan bahagian rendah.

IC baharu juga boleh digunakan sebagai satu saluran jambatan H atau dua saluran separuh jambatan. Selain penggunaan sebagai pemacu motor, IC ini boleh digabungkan dengan MOSFET luaran untuk menggantikan geganti mekanikal dan suis mekanikal lain, menyumbang kepada pengendalian senyap dan keandalan kelengkapan lebih tinggi.

TB9103FTG ditempatkan dalam pakej P-VQFN24-0404-0.50-003 4.0mm×4.0mm (tipikal) dan menyumbang kepada pengecilan saiz kelengkapan.

Catatan:
[1] Pemacu untuk memacu MOSFET.
[2] Motor yang digunakan dalam sistem untuk menahan pintu supaya terus tertutup.
[3] Motor yang digunakan dalam sistem untuk mengunci dan membuka kunci pintu bersama pengendalian utama bagi mencegah jenayah.
[4] Litar yang menggunakan kapasitor dan suis untuk meningkatkan voltan.

Penggunaan

Kelengkapan automatif

  • Memacu motor selak dan motor kunci untuk pintu belakang kuasa dan pintu gelangsar kuasa, serta memacu motor untuk tingkap, tempat duduk kuasa dan sebagainya
Ciri Produk
  • Fungsi dan prestasi yang diminimumkan untuk menyokong pengecilan saiz
  • Pakej kecil
  • Kuasa rendah semasa tunggu sedia dengan fungsi tidur terbina dalam
  • Boleh dikendalikan sebagai pemacu get untuk satu saluran jambatan H atau dua saluran separuh jambatan
Spesifikasi Utama

Table
 
Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang produk baharu.
TB9103FTG

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai produk IC pemacu motor DC automotif diberus Toshiba.
IC Pemacu Motor DC Automotif Diberus

* Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan mungkin merupakan tanda dagangan syarikat masing-masing.
*Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat hubungan, adalah yang terkini pada tarikh pengumuman tetapi tertakluk kepada perubahan tanpa notis diberikan terdahulu.

Maklumat Tentang Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation, pembekal terkemuka bagi penyelesaian semikonduktor dan storan termaju, memanfaatkan lebih setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan kepada pelanggan dan rakan perniagaan semikonduktor diskret, sistem LSI dan produk HDD yang luar biasa.

Tenaga kerja syarikat seramai 19,400 di seluruh dunia berkongsi keazaman untuk memaksimumkan nilai produk dan menggalakkan kerjasama erat dengan pelanggan dalam penciptaan nilai bersama dan pasaran baharu. Syarikat berharap dapat membina dan menyumbang kepada masa depan yang lebih baik untuk orang ramai di mana-mana sahaja.

Ketahui lebih lanjut tentang TDSC di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/54117192/en
 
Individu untuk Dihubungi

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Analog & Automotif
Tel: +81-44-548-2219
Hubungi Kami

Pertanyaan Media:
Chiaki Nagasawa
Jabatan Pemasaran Digital
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.