ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

September 14, 2024 -Sabtu

 
  INDEKS KOMPREHENSIF KLUSTER PELABUHAN MARIN BERTARAF DUNIA 2024 DIKELUARKAN - SATU PENANDA ARAS BAHARU BAGI INOVASI, PENYEPADUAN DAN PEMBANGUNAN UNTUK PELABUHAN GLOBAL DAN INDUSTRI PERKAPALAN

Wednesday 11/09/2024

AsiaNet 0200376

Table
Laporan Indeks Pembangunan Kluster Pelabuhan Marin Bertaraf Dunia 

QINGDAO, China, Sept. 11, 2024 /Xinhua-AsiaNet/--

Persidangan Penggalakan mengenai Membina Kluster Pelabuhan Marin Bertaraf Dunia dan Koridor Logistik Antarabangsa telah diadakan di Qingdao pada 27 Ogos, 2024, di mana Indeks Komprehensif Kluster Pelabuhan Marin Bertaraf Dunia 2024 telah dikeluarkan.

Menurut Laporan Indeks Pembangunan Kluster Pelabuhan Marin Bertaraf Dunia yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China, kluster-kluster pelabuhan China telah muncul sebagai peneraju di dalam industri global itu. Berdasarkan kepada petunjuk komprehensif, Kluster Pelabuhan Pusat bagi Delta Sungai Yangtze, Kluster Pelabuhan bagi Wilayah Shandong, Kluster Pelabuhan Selatan bagi Delta Sungai Yangtze dan Kluster Pelabuhan bagi Delta Sungai Mutiara telah bergabung dengan Kluster Pelabuhan Teluk Tokyo di Jepun dan Kluster Pelabuhan New York-New Jersey di Amerika Syarikat, yang disenaraikan di antara kluster pelabuhan marin bertaraf dunia peringkat teratas. Dengan operasi yang cekap, infrastruktur termaju dan keupayaan perkhidmatan yang bersepadu, kluster pelabuhan China telah menjadi rangkaian penting yang paling sistematik di dunia bagi pelabuhan berkait, yang meningkatkan daya saing antarabangsa mereka.

Indeks Komoditi Pukal Pelabuhan Xinhua · Shandong memberi tumpuan kepada perdagangan dan edaran komoditi pukal, dan telah menjalani peningkatan yang berterusan untuk mewujudkan satu sistem komprehensif yang merangkumi indeks harga, indeks inventori, dan indeks logistik masuk dan keluar. Indeks ini telah memudahkan dwi peredaran bagi komoditi pukal di dalam pasaran domestik dan antarabangsa, meningkatkan daya ketahanan dan keselamatan bagi rantaian perindustrian dan bekalan. Pada tahun 2024, Indeks Komoditi Pukal Pelabuhan Xinhua · Shandong telah diperkayakan lagi untuk memasukkan satu indeks aktiviti bagi kapasiti tangki minyak mentah, yang menggambarkan dengan tepat penyimpanan dan pengangkutan minyak mentah di pelabuhan dan menyediakan satu rujukan bernilai bagi pemain pasaran yang terlibat di dalam aktiviti perdagangan.

"Indeks Perdagangan Melalui Laut RCEP" menganalisis arah aliran dan perubahan struktur di dalam perdagangan melalui laut RCEP, dan secara objektif menunjukkan arah aliran perdagangan global. Indeks itu menunjukkan bahawa pada tahun 2023, eksport kargo China menyumbang 14.2% daripada jumlah global, mengukuhkan kedudukan mereka sebagai negara perdagangan kargo terbesar selama tujuh tahun berturut-turut. China menyumbang satu pertiga daripada peningkatan jumlah perdagangan global melalui laut, mengukuhkan peranan mereka sebagai sebuah "penstabil" perdagangan global yang konsisten. Pada tahun 2024, Indeks itu berada pada 102.3, meningkat sedikit sebanyak 0.9 daripada tahun sebelumnya, untuk mencapai nilai tertinggi dalam tempoh enam tahun yang lalu.

Sumber: Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.