ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

September 18, 2024 -Rabu

 
  SCF MENGAMBIL ALIH NEWPARK FLUIDS SYSTEMS

Tuesday 17/09/2024



HOUSTON, 17 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SCF Partners, Inc. (“SCF”) dengan sukacitanya mengumumkan pengambilalihan perniagaan Newpark Fluids Systems (“NFS”), penyedia penyelesaian global terkemuka yang memberikan tumpuan secara eksklusif kepada minyak & gas dan bendalir geoterma, daripada Newpark Resources Inc. (NYSE: NR). Newpark Fluids Systems menyediakan rangkaian penuh produk penggerudian & penyiapan serta perkhidmatan teknikal berkaitan yang dibantu oleh rangkaian perisian pemodelan digital berinovatif, rantaian bekalan dan infrastruktur global untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti prestasi pelanggan kami.

Ketua Pegawai Eksekutif Newpark Fluid Systems, David Paterson, mengulas, "Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan SCF. Perkongsian baharu ini akan menjadi sumber penciptaan nilai yang besar untuk kedua-dua pelanggan kami dan keseluruhan pasukan Newpark Fluids Systems. Kini rancangan pertumbuhan strategik global kami akan dipercepatkan di bawah lembaga pengarah baharu dan tertumpu bersama pengalaman tenaga dan komitmen yang besar. Rekod kejayaan SCF yang tidak ada bandingannya dalam industri perkhidmatan tenaga global memberikan peluang menarik sambil kami melihat masa depan.”

Deviyani Misra-Godwin, Pengarah di SCF Partners, menyatakan, “Selama lebih 25 tahun, Newpark Fluids Systems telah mengekalkan kedudukan utama dalam penggerudian dan penyiapan ruang bendalir di seluruh dunia, menambah baik prestasi pelanggan dengan menyediakan kualiti perkhidmatan terunggul dalam industri. Jejak global, prestasi keselamatan kuartil tertinggi, portfolio teknologi terkemuka dan kedudukan unggul dalam ruang geoterma yang semakin meningkat Newpark Fluid Systems akan mempercepat kejayaan dalam landskap tenaga yang sentiasa berkembang. Bersama-sama dengan pasukan kepimpinan, kami berharap dapat mencipta nilai yang luar biasa untuk pelanggan dan pekerja kami dalam fasa pertumbuhan seterusnya ini.”

Vinson & Elkins LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada SCF dalam transaksi tersebut.

Maklumat Tentang Newpark Fluids Systems

Newpark Fluids Systems menyediakan produk bendalir penggerudian dan penyiapan serta perkhidmatan teknikal berkaitan kepada pelanggan untuk projek minyak, gas asli dan geoterma terutamanya di Amerika Utara, Eropah, Timur Tengah dan Afrika, serta negara tertentu di Asia Pasifik. NFS menggunakan pendekatan tertumpu kepada bendalir dan jangkauan global, serta pengetahuan setempat untuk menambah baik kecekapan & produktiviti operasi pelanggan di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.newpark.com.

Maklumat Tentang SCF Partners

Ditubuhkan pada tahun 1989, SCF menyediakan modal ekuiti dan bantuan pertumbuhan strategik untuk membina dan mengembangkan syarikat perkhidmatan tenaga, kelengkapan dan teknologi terkemuka yang beroperasi di seluruh dunia. SCF telah melabur di lebih daripada 80 syarikat platform dan membuat lebih daripada 400 pengambilalihan tambahan untuk membangunkan 18 syarikat perkhidmatan dan kelengkapan tenaga tersenarai awam sepanjang sejarah penubuhannya. Firma itu beribu pejabat di Houston, Texas dan mempunyai pejabat di Aberdeen dan Australia. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.scfpartners.com.

Maklumat Tentang Newpark Resources

Newpark Resources, Inc. ialah syarikat penyelesaian akses tapak yang membuat, menjual dan menyewa produk pengalasan komposit mampan yang terunggul dalam industri, bersama-sama dengan rangkaian perkhidmatan penuh, termasuk perancangan, logistik dan pemulihan. Maklumat tambahan boleh didapati di www.newpark.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54122034/en


Individu untuk Dihubungi
Paul Bateman
pbateman@scfpartners.com
 
Sumber: SCF Partners 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.