ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

September 27, 2024 -Jumaat

 
  LAWATAN KERJA PENGERUSI MCMC YBHG TAN SRI MOHAMAD SALIM BIN FATEH DIN KE PULAU PINANG DAN PERLIS

Thursday 19/09/2024



Table

 

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Pengerusi MCMC, YBhg. Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din telah mengadakan lawatan kerja ke Pulau Pinang dan Perlis bagi memberi fokus kepada usaha memperkukuh infrastruktur komunikasi di kedua-dua negeri tersebut.
 
Dalam lawatan ini, YBhg. Tan Sri Pengerusi telah mengadakan sesi perbincangan yang mendalam bersama wakil-wakil Pejabat Negeri Pulau Pinang dan Perlis bagi mengenal pasti cabaran serta isu-isu semasa yang dihadapi oleh penduduk, khususnya dalam aspek infrastruktur telekomunikasi, kesalinghubungan, dan liputan Internet.
 
Perbincangan tersebut turut memberi tumpuan kepada perkembangan terkini pelaksanaan inisiatif NADI, yang bertujuan memperluas akses  dan memajukan ekosistem ekonomi di peringkat negeri.
 
Selain itu, situasi banjir di Pulau Pinang dan Perlis turut dibincangkan, dengan fokus kepada langkah-langkah memastikan kesalinghubungan di kawasan terjejas kekal beroperasi agar penduduk dapat terus berkomunikasi dengan pihak berkuasa dan menerima bantuan.
 
#MCMC

SUMBER: Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC)
Tel: 03 86 88 80 00
Faks: 03 86 88 10 00
E-mel : scd@mcmc.gov.my
Laman Web : www.mcmc.gov.my           

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.