ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

September 27, 2024 -Jumaat

 
  KENYATAAN MEDIA INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA BERKENAAN RESOLUSI PERHIMPUNAN AGUNG PBB

Thursday 19/09/2024



KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mengalu-alukan penerimaan Resolusi Perhimpunan Agung PBB yang menggesa Israel berundur ke sempadan sebelum 1967. 
 
Resolusi ini sejajar dengan prinsip undang-undang antarabangsa dan menyokong Ketetapan Penasihat ICJ baru-baru ini pada 19 Julai 2024, yang mengesahkan larangan sejagat terhadap pemerolehan wilayah secara paksa.
 
Walaupun ini merupakan langkah penting ke arah keadilan, IKIM mengesyorkan semua pihak untuk meneruskan tindakan berani bercakap benar kepada kuasa zalim tersebut, dan secara bijak melancarkan penentangan positif yang berasaskan ilmu terhadap tindakan-tindakan zalim yang berterusan rejim Zionis.
 
IKIM menggesa masyarakat Islam antarabangsa bersama bangsa-bangsa lain yang prihatin untuk memastikan resolusi ini membawa kepada tindakan yang berkesan dan tidak menjadi simbolik semata-mata. 
 
Masyarakat dunia sebagai keturunan Bani Adam mesti kekal bersatu dalam memastikan Israel bertanggungjawab dan menguatkuasakan keputusan penting ini.
 
IKIM juga memuji pendirian kukuh yang diambil oleh negara-negara OIC, termasuk Malaysia, dalam mengundi menyokong resolusi itu. 

Pendirian kukuh ini mencerminkan komitmen berterusan Perdana Menteri Malaysia dan Kerajaan Malaysia untuk menangani kezaliman terhadap rakyat Palestin. Aspirasi kita untuk menjadi sebuah negara yang bertamadun mestilah termasuk membantu pihak yang memerlukan sokongan kita, walaupun di negara yang jauh.
 
Sokongan ini mengisyaratkan komitmen kita bersama untuk menegakkan keadilan dan membina dunia antarabangsa yang lebih tertib demi masa depan bersama umat manusia.
 
YBHG. PROF. MADYA DATO’ DR. MOHAMED AZAM MOHAMED ADIL
KETUA PENGARAH
INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)
 
19 September 2024 

Sumber: INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
UNIT PERHUBUNGAN KORPORAT
Nama: Hajah Nik Hasnah binti Ismail
Tel: 016-219 5345
E-mel: nikhasnah@ikim.gov.my 

Nama: Sharuzi bin Ismail
Tel: 010-402 6200
E-mel: jie@ikim.gov.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.