ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 01, 2024 -Selasa

 
  FESTIVAL PELANCONGAN BUDAYA: FESTIVAL CAKLEMPONG 2024

Monday 30/09/2024



Table

Tetamu kehormat, YTM Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri , Tunku Besar Tampin, YB Puan Nicole Tan Lee Koon Pengerusi J/ kuasa Pelancongan, Kebudayaan & Kesenian Negeri Sembilan dan YBrs. Encik Mohd Amran bin Mohd Haris, Ketua Pengarah JKKN bergambar bersama artis jemputan dan kumpulan persembahan selepas Majlis Perasmian Festival Caklempong 2024


SEREMBAN, 30 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan dan Majlis Kebudayaan Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Pelancongan Budaya : Festival Caklempong 2024 bermula pada 27 hingga 29 September 2024 bertempat di GEMBOX Nilai, Negeri Sembilan.
 
Festival Caklempong 2024 merupakan platform utama dalam mempromosi dan mempertingkatkan kesedaran, pengetahuan masyarakat terhadap kepentingan seni budaya dalam kehidupan serta dapat meningkatkan kefahaman dan aprisiasi seni masyarakat ke arah pembentukan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu.
 
Memperluaskan skop pelaksanaan program dan tidak hanya memfokus kepada Caklempong sahaja malah melibatkan pelbagai kesenian dan kebudayaan merangkumi makanan tradisi, persembahan pentas, kraftangan, memberi pendedahan dan peluang penggiat seni peringkat negeri untuk menyertai acara persembahan dan pertandingan – pertandingan yang dianjurkan. Program ini juga berperanan sebagai pusat rujukan dalam menghasilkan karya kreatif, inovatif, berkualiti dan berprestij.
 
Festival Caklempong 2024 telah menyediakan peluang dan ruang berkarya kepada semua pemain industri daripada setiap peringkat. Ini dapat dilihat melalui persembahan gabungan dan juga penglibatan peserta di dalam pertandingan - pertandingan yang melibatkan pelajar Sekolah, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta penggiat seni khususnya dalam bidang Caklempong. Program ini juga akan menjadi satu asas mendekatkan khalayak seni budaya dengan pemimpin setempat dalam menjayakan falsafah Malaysia MADANI yang diinspirasikan oleh kerajaan perpaduan.
 
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YTM Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri , Tunku Besar Tampin. Program ini turut dihadiri oleh YB Puan Nicole Tan Lee Koon Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan & Kesenian Negeri Sembilan mewakili YAB Menteri Besar dan YBrs. Encik Mohd Amran bin Mohd Haris, Ketua Pengarah JKKN mewakili MOTAC.
 
Festival Caklempong kali ini telah menampilkan pelbagai acara seni dan budaya untuk dinikmati oleh masyarakat tempatan dan para pelancong. Antara aktiviti menarik yang dilaksanakan sempena Festival Caklempong ini ialah Pertandingan Caklempong Kreatif, Pertandingan Caklempong Solo, Pertandingan Pa’Chik Formasi Berirama, Pertandingan Ratu Telepuk, Pertandingan Tarian Rampaian Seri Sembilan, Battle of the Buskers, Peraduan Mewarna Kanak – Kanak, Pertandingan Busana Kitar Semula, Hot Air Balloon dan banyak lagi.
 
Menariknya lagi, Festival Caklempong ini turut membawakan Nismilan Fiesta Food yang menyajikan makanan – makanan Negeri Sembilan dan juga Makan Viral. Selain itu,  Telepuk Pound Fitness, Program Buang Sampah Dapat Duit, Jualan Rahmah Madani dan juga BMAX Championship (TAMIYA).
 
Pada sebelah malam, merupakan acara kemuncak iaitu Konsert Caklempong Extravaganza berkonsepkan Orkestra Caklempong  yang membawakan lima puluh (50) orang pemuzik caklempong untuk membuat persembahan. Persembahan ini dibahagikan kepada empat (4) segemen yang berdurasi 1 jam 30 minit iaitu Segmen Irama Malaysia, Segmen Tarian Kreatif, Segmen Kontemporari dan juga Segmen Nusantara. Konsert ini turut dimeriahkan oleh Artis Jemputan terkenal iaitu Datuk Zainal Abidin, Baby Shima, Suki Low dan Northern Anthem. 
 
Harapan agar Festival Caklempong 2024 ini berjaya menarik jumlah pelancong seramai mungkin baik domestik mahupun antarabangsa selain mengangkat kesenian setempat di Negeri Sembilan sebagai salah satu destinasi utama pelancongan di negara ini. Justeru, dalam usaha penganjuran ini untuk menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia dan seterusnya meningkatkan lagi skor pelancongan di peringkat antarabangsa.
 
Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari media sosial JKKN melalui pautan www.facebook.com/mysenibudaya dan laman web JKKN.

Pautan bahan-bahan promosi melalui https://drive.google.com/drive/folders/12JTTgTtm_wwqOoN1dI66NGROAjl7nvz0?usp=drive_link

Dikeluarkan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Tel: 03-2614 8200  Faks: 03-2697 0786
Laman Sesawang: www.jkkn.gov.my  E-mel: ukk@jkkn.gov.my

Platform Media Sosial Rasmi JKKN:
Facebook: @Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan @mysenibudaya
Instagram, Twitter & YouTube: @mysenibudaya 

SUMBER: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Mazidah Binti Mustapha
Pengarah
Unit Komunikasi Korporat, JKKN
Tel: 03-2614 8200 / 012-952 2095
E-mel: mazidah@jkkn.gov.my 

Nama: Saidatul Aina Binti Jamaluddin
Pegawai
Unit Komunikasi Korporat,
JKKN Negeri Sembilan
Tel: 06-7636308 / 013-3636528
E-mel: aina@jkkn.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.