ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 01, 2024 -Selasa

 
  TANAH SUCI BAGI KONFUSIANISME SELATAN MENANDAKAN ULANG TAHUN KE-2575 KELAHIRAN CONFUCIUS DENGAN RITUAL KONTEMPORARI

Monday 30/09/2024

AsiaNet 020046

Table
Upacara peringatan Confucius itu telah diadakan di Dataran Budaya Confucius di Bandar raya Quzhou di timur Wilayah Zhejiang, China pada 28 September. 

QUZHOU, China, 30 Sept., 2024 /Xinhua-AsiaNet/--

28 September menandakan ulang tahun ke-2575 kelahiran ahli falsafah Cina yang dihormati, Confucius. Upacara penuh adat itu, yang bertujuan untuk menghormati orang bijak dan menghormati ritual serta mempromosikan pemujaan Confucius di seluruh negara untuk mencapai keharmonian sejagat, telah berlangsung di bandar raya Quzhou, di timur China, yang terletak di Wilayah Zhejiang.

"Tahun ini, upacara pemujaan Confucius itu, buat pertama kalinya, bergerak melangkaui batasan tokong nenek moyang itu dan telah berlangsung di Dataran Kebudayaan Confucius yang terletak di hadapan tokong itu," kata Sheng Xiongsheng, pengarah bagi Pusat Perkembangan Konfusianisme Selatan Quzhou. "Dengan berbuat demikian, ia telah membuka penyertaan kepada wakil dari pelbagai sektor masyarakat di ruang awam bandar raya itu, sekali gus membolehkan orang ramai untuk mengambil bahagian di dalam menghormati dan memuja Confucius."

Selain menyatakan rasa hormat dan kekaguman terhadap Confucius dan budaya tradisional melalui ritual, upacara pada tahun ini juga melancarkan satu inisiatif dalam talian untuk pemujaan Confucius, yang telah menarik penyertaan meluas daripada individu dari seluruh dunia dan dari semua lapisan masyarakat, menurut Sheng.

Quzhou, dengan sejarahnya yang panjang dan warisan kebudayaan yang kaya, terkenal sebagai pintu masuk sebelah tenggara dan tanah suci bagi Konfusianisme selatan disebabkan oleh statusnya sebagai tempat nenek moyang dan kampung halaman sekunder bagi Confucius dan keturunannya.

Pada tahun 1129 Masihi, Kong Duanyou, keturunan langsung ke-48 bagi Confucius, telah mengiringi Maharaja Gaozong dari Dinasti Song dalam penghijrahan beliau ke wilayah Zhejiang, di mana mereka kemudian menerima kebenaran diraja untuk mewujudkan sebuah tokong keluarga di Quzhou.

Sepanjang lebih 800 tahun sejak itu, keturunan Confucius secara aktif mempromosikan penyatuan budaya Confucian ke dalam struktur kebudayaan wilayah itu di tebing selatan Sungai Yangtze, yang telah mencetuskan kebangkitan Konfusianisme selatan yang terkenal itu. Usaha mereka telah memberi sumbangan besar kepada penyebaran dan perkembangan Konfusianisme di selatan China.

Tradisi pemujaan Confucius itu berasal dari Dinasti Han dan telah diturunkan melalui generasi secara berturutan. Menjelang zaman dinasti Ming dan Qing, skala ritual itu telah mencapai kemuncaknya, untuk menjadi satu upacara kebangsaan yang besar yang dikenali sebagai satu upacara besar bagi negara itu. Pada tahun 2004, Quzhou menghidupkan semula tradisi upacara pemujaan Confucius yang terhenti itu, yang telah tidak diteruskan selama bertahun-tahun.

Berbeza dengan upacara pemujaan Confucius tradisional, upacara pemujaan Confucius di Quzhou menonjol kerana pendekatannya yang kontemporari dan bersifat realistik. Peserta mengenakan pakaian moden dan mematuhi etika moden, menggantikan pemberian tiga jenis ternakan yang tradisional itu dengan pemberian lima jenis bijirin. Upacara itu juga menggantikan muzik dan tarian tradisional dengan bacaan petikan Analeks Confucius. Pendekatan yang kontemporari dan mudah diakses ini, yang dikenali sebagai pemujaan Confucius yang kontemporari dan berorientasikan rakyat, menekankan kepentingan menyesuaikan upacara dengan masa kini. Ia menggalakkan pengabaian upacara lapuk, menggalakkan pemakaian pakaian moden, dan menegakkan intipati falsafah Konfusianisme. 

Pada Mei 2011, upacara pemujaan Confucius di Quzhou telah secara rasminya dimasukkan ke dalam kumpulan ketiga bagi senarai warisan kebudayaan tidak ketara negara China.

Perlu diingat bahawa upacara pemujaan Confucius pada tahun ini di Quzhou telah, buat pertama kalinya, menjadi satu acara venue kecil bagi Festival Budaya Confucius Antarabangsa China. Ia telah melalui peningkatan inovatif yang seterusnya dari segi kandungan dan format.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Quzhou, sebagai tempat kelahiran bagi Konfusianisme Selatan dan satu komponen penting bagi warisan kebudayaan Dinasti Song Zhejiang, telah komited untuk menghidupkan semula warisan kebudayaan tradisional mereka dan menggalakkan transformasi moden Konfusianisme.

Melalui inisiatif yang berinovatif seperti upacara pemujaan Confucius dan musim Konfusianisme Selatan, Quzhou telah berjaya mewujudkan jenama bandar bagi sebuah tanah suci bagi Konfusianisme selatan dan sebuah tanah yang beretika.

Usaha ini bukan sahaja telah meningkatkan tahap tamadun dan reputasi bagi bandar raya itu tetapi juga menyuntik dorongan baharu ke dalam pembangunan ekonomi serantau yang berkualiti tinggi. Dengan menyepadukan Konfusianisme Selatan ke dalam kehidupan moden, Quzhou menunjukkan sepenuhnya kepentingan kontemporari dan praktikal bagi warisan kebudayaan ini.
 
Sumber: Pusat Perkembangan Budaya Konfusianisme Selatan Quzhou

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.