ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 03, 2024 -Khamis

 
  UBIQUBE MEMPERKUKUH LEMBAGA PENGARAH DENGAN EKSEKUTIF AWAN DAN KESELAMATAN BERPENGALAMAN UNTUK MEMACU VISI AGILEOPS DAN PENGEMBANGAN GLOBAL

Wednesday 02/10/2024



DUBLIN, 2 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- UBiqube, sebuah syarikat peneraju dalam awan hibrid dan automasi infrastruktur keselamatan hari ini mengumumkan pelantikan dua eksekutif yang berpengalaman, Jean-David Lehmann-Charley dan Ahmed Guetari sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu. Kedua-dua pemimpin tersebut membawa kepakaran yang luas dalam rangkaian, keselamatan dan teknologi awan dengan rekod prestasi yang terbukti dalam memacu inovasi dan pertumbuhan dalam industri penyedia perkhidmatan.

Penyertaan mereka bertepatan dengan detik penting bagi UBiqube yang sedang melakukan perjalanan Agile Ops dan melaksanakan penyelesaian berskala dan automatik untuk amalan CloudOps, NetOps dan SecOps. Mereka akan menyertai pengarah kami yang tidak asing lagi daripada NTT dan Fujitsu dan melengkapkan lembaga pengarah dengan kemahiran yang relevan untuk memacu penggunaan inovasi UBiqube.

Jean-David Lehmann-Charley merupakan Naib Presiden Jualan Serantau, ekosistem Cortex bagi EMEA dan Latam untuk Palo Alto Networks. Beliau membawa lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang jualan yang kompleks, secara langsung dan tidak langsung, dalam pasaran rangkaian & keselamatan di seluruh EMEA dan Latam di Palo Alto dan sebelum itu di Juniper. Jean-David merupakan pemimpin jualan keusahawanan. Kepakaran dan kepintaran beliau dalam bidang itu akan menjadi unsur penting bagi tadbir urus UBiqube. “Saya mengalu-alukan peluang untuk menyumbang kepada pertumbuhan dan reputasi UBiqube sebagai penyedia penyelesaian automasi awan Hibrid,” kata Jean-David. “Dalam industri yang terkenal dengan kerumitan dan alatan yang semakin bertambah, saya teruja melihat UBiqube yang fokus terhadap penyelesaian yang memudahkan operasi Awan dan Keselamatan melalui automasi. Ia merupakan usaha penting demi memastikan infrastruktur IT bersedia untuk mengharungi 'Tsunami AI' yang akan datang.

Ahmed Guetari merupakan Pengurus Besar dan Naib Presiden produk untuk Pembekal Perkhidmatan di F5. Beliau membawa lebih 20 tahun pengalaman dalam industri bersama Juniper dan kini F5. Ahmed merupakan seorang pemikir strategik yang diiktiraf di seluruh industri yang mempunyai semangat untuk menghasilkan teknologi dengan tujuan. Beliau merupakan ketua produk yang mempunyai kemahiran praktikal dan kepimpinannya terpadu kukuh dalam pemahamannya tentang realiti operasi pelanggannya. Beliau merupakan ahli teknologi bidang yang diperlukan oleh lembaga UBiqube. “Penumpuan paradigma Awan dan rangkaian, kemunculannya sebagai proksi awan dan pertumbuhan pesat pusat data kesemuanya bertujuan untuk menangani keperluan pemprosesan AI yang besar. Aliran transformasi ini memerlukan penyelesaian yang tertumpu pada penskalaan operasi melalui pemudahan dan automasi proses. UBiqube berada di barisan hadapan dalam bidang inovasi ini dan telah membuktikannya kepada pelbagai pelanggan dan kes penggunaan," kata Ahmed. "Saya amat teruja dapat menyertai lembaga pengarah UBiqube dan membantu pasukan membuka lembaran seterusnya dalam pertumbuhan mereka."

Nabil Souli, Ketua Pegawai Eksekutif UBiqube, mengalu-alukan ahli lembaga pengarah yang baharu: "Saya berbesar hati dengan sokongan bagi pelantikan Jean-David dan Ahmed sebagai ahli lembaga pengarah syarikat. Pengalaman dan pengetahuan mereka dalam industri menjadi amat bernilai sedang kami meningkatkan operasi dan terus berkembang ke pasaran global. Bimbingan mereka akan mengukuhkan kerjasama kami dengan penyepadu sistem dan membolehkan kami memacu penggunaan ketangkasan operasi bagi infrastruktur IT yang mampu bertindak balas terhadap cabaran AI."

Perihal UBIqube:
Berpusat di Dublin, Ireland, UBiqube merupakan penyedia terkemuka bagi automasi infrastruktur yang bertujuan untuk memudahkan operasi Cloud, Netops dan Secops dengan ketara. Kami bekerjasama dengan penyepadu sistem terkemuka di seluruh dunia untuk mereka bentuk dan menghasilkan penyelesaian yang disesuaikan yang menangani kerumitan landskap infrastruktur IT yang sentiasa berubah. Ketahui lebih lanjut di www.ubiqube.com.

Hubungan Media:
Colin Fernandes, Ketua Pemasaran
E-mel: cfe@ubiqube.com

SUMBER : UBiqube (Ireland) Limited

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.