ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 05, 2024 -Sabtu

 
  QUANTIOS MENGAMBIL ALIH KLEA; MEMPERCEPAT AUTOMASI DALAM PERKHIDMATAN KORPORAT

Friday 04/10/2024



LONDON, 4 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Quantios, penyedia penyelesaian SaaS global untuk Pengurusan Kekayaan dan Perkhidmatan Korporat, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa syarikat itu telah menyempurnakan pengambilalihan Klea, alat pengurusan entiti undang-undang (LEM) yang dikuasakan AI.

Dipimpin oleh pasukan pengurusan yang sangat berpengalaman, Klea telah membina platform berinovatif untuk menguruskan acara berkanun korporat yang kerap diadakan dengan berkesan bagi pangkalan pelanggan global. Alat kerjasama Klea menyediakan sumber kebenaran tunggal, memperkemas kerja kesetiausahaan korporat untuk pasukan undang-undang dan memberikan akses kepada data entiti dalam masa nyata yang tepat. Beribu pejabat di Belgium, syarikat itu menawarkan kepakaran undang-undang di lebih 100 negara, menjadikannya pelengkap utama kepada jangkauan global bagi penyelesaian SaaS Quantios.

Disokong oleh Hg dan EQT, Quantios komited untuk menerajui transformasi digital bagi penyedia perkhidmatan pengurusan amanah dan korporat (TCSP). Dengan menggabungkan alat pengurusan entiti undang-undang yang didayakan AI Klea bersama perisian Quantios, pasukan undang-undang korporat dan penyedia perkhidmatan berbilang pelanggan kini akan mempunyai akses kepada penyelesaian aliran kerja automatik yang menyeluruh.

“Gabungan Klea dan Quantios mengesahkan komitmen kami untuk mendigitalkan industri TCSP dengan mempercepat keupayaan kami mengautomasikan proses perkhidmatan korporat teras,” kata Guy Harrison, Ketua Pegawai Eksekutif Quantios. “Dipimpin oleh Filip, pasukan Klea telah membina penyelesaian terbaik seumpamanya yang akan meningkatkan kecekapan untuk pelanggan dan pasukan undang-undang korporat kami di seluruh dunia. Kami amat gembira dapat bekerjasama dengan mereka dalam fasa pertumbuhan untuk kita semua yang seterusnya.”

“Kami berbangga menjadi sebahagian daripada Quantios,” ulas Filip Corveleyn, Ketua Pegawai Eksekutif Klea. “Ini membuka pelbagai peluang baharu untuk pelanggan kami dan akan meluaskan kepelbagaian dan kelainan tawaran kami. Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan Guy dan pasukannya bagi memajukan penyelesaian yang dikuasakan AI kami dan memberikan pengalaman pengurusan entiti yang cekap serta tanpa kebimbangan kepada pelanggan.”

Maklumat Tentang Quantios

Quantios ialah penyedia penyelesaian SaaS global untuk industri Perkhidmatan Pengurusan Kekayaan, Amanah dan Korporat. Komited untuk menerajui transformasi digital bagi pelanggan syarikat, Quantios bekerjasama dengan hampir 700 organisasi di seluruh dunia, menyampaikan penyelesaian SaaS yang menyeluruh yang memperkemas proses, memudahkan pematuhan kawal selia dan tadbir urus yang kukuh.

Maklumat Tentang Klea

Klea ialah penyelesaian pengurusan entiti undang-undang berasaskan awan termaju yang mengutamakan kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan profesional yang dipacu teknologi. Platform kerjasama Klea menyediakan sumber kebenaran tunggal, membantu pasukan undang-undang dalaman memperkemas kerja kesetiausahaan korporat, mengakses dalam masa nyata, data entiti yang tepat dan bantuan mengakses daripada rangkaian pakar undang-undang global di lebih 100 negara. Klea berpangkalan di Brussels.

Bahagian untuk Dihubungi

quantios@fivenot10.co.uk

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Sumber: Quantios

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.