ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 12, 2024 -Sabtu

 
  CIMB ISLAMIC AGIH BARANGAN MAKANAN BERNILAI RM100,000 KEPADA 400 KELUARGA ASNAF DI PPR BUKIT JALIL

Tuesday 08/10/2024



Table

(Dari kiri ke kanan) Ahmad Shahriman Mohd Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic; YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama); and Dato’ Dr. Suhaimi Ibrahim, Pengerusi Yayasan Belia Malaysia mengagihkan bakul makanan kepada penerima manfaat di PPR Bukit Jalil. 


Program Bantuan Bakul Makanan CIMB Islamic adalah lanjutan kerjasama berterusan antara CIMB Islamic dan Yayasan Belia Malaysia  


KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- CIMB Islamic Bank Berhad (“CIMB Islamic” atau “Bank”) dengan kerjasama Yayasan Belia Malaysia (“YBM”) mengukuhkan komitmennya dalam memperkasa komuniti asnaf dengan melaksanakan Program Bantuan Bakul Makanan CIMB Islamic. Inisiatif libat urus komuniti berterusan berkenaan bermatlamat untuk mengurangkan beban kewangan keluarga asnaf menerusi agihan bakul makanan. Sebagai sebahagian daripada usaha ini, CIMB Islamic, melalui Zakat Wakalahnya, mengagihkan barang makanan bernilai RM100,000 kepada 400 keluarga asnaf terpilih di Projek Perumahan Rakyat (“PPR”) Bukit Jalil. 
 
Hadir di majlis berkenaan, YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), bersama Ahmad Shahriman Mohd Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic dan Dato’ Dr. Suhaimi Ibrahim, Pengerusi YBM, Rozaidi Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil, Muslim Mustapa, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta sukarelawan daripada CIMB yang telah mengagihkan bakul-bakul makanan yang mengandungi beras, tepung dan minyak masak, termasuk makanan ruji lain kepada penerima manfaat untuk keperluan nutrisi mereka.   

Ahmad Shahriman berkata, “Zakat kekal sebagai satu instrumen kewangan sosial asas dalam usaha meluaskan bantuan kami terhadap golongan asnaf dengan fokus untuk menambah baik kualiti hidup mereka dengan mengurangkan bebanan kewangan, membolehkan mereka memperuntukkan pendapatan ke arah keperluan asas dan memperbaiki kehidupan mereka secara menyeluruh. Menerusi program ini, matlamat kami adalah bagi memastikan setiap keluarga mempunyai akses makanan berkhasiat di samping meringankan beban mereka sambil memupuk semangat kekitaan dan sokongan terhadap golongan memerlukan.”
 
“Kami komited dalam memainkan peranan sebagai institusi kewangan Islamik bertanggungjawab dalam menyampaikan impak positif dan bermakna kepada komuniti di bawah seliaan kami. Ini dilaksanakan menerusi pelbagai inisiatif yang kami terajui sejak beberapa tahun yang lalu yang merangkumi prinsip perantaraan berasaskan nilai,” tambah beliau. 
 
Dato’ Dr. Suhaimi Ibrahim berkata, “Kami berbesar hati kerjasama dengan CIMB Islamic diteruskan melalui inisiatif khidmat masyarakat baharu ini yang diyakini boleh membawa kesan positif terhadap kehidupan seharian komuniti asnaf. Keluarga asnaf sering berdepan kekangan kewangan dalam mendapatkan keperluan makanan asas. Dengan penyediaan barang makanan keperluan ini, matlamatnya adalah bagi menambah baik kehidupan setiap keluarga secara menyeluruh. 

CIMB Islamic telah menerajui pelbagai inisiatif untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan golongan asnaf dan komuniti rentan menerusi program-program seperti CIMB Program K.A.M.I., di bawah Program CIMB Islamic Safe Space, misi bantuan banjir dan Harapan Ramadan. 
 
Bank tersebut juga telah menerajui pelbagai program yang memupuk pertumbuhan kelestarian dan pembangunan golongan rentan, antaranya Program Keusahawanan CIMB Islamic – Taylor’s Program iTEKAD Rider Entrepreneur CIMB Islamic, Program iTAAJIR CIMB Islamic – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (“UIAM”), Program Graduan Agropreneur Melon Manis Terengganu dan CIMB MicroBizReady. Inisiatif-inisiatif ini bertujuan untuk menyalurkan kewangan sosial bagi memperkasa golongan asnaf dan usahawan B40 untuk menambah baik kehidupan dengan menyediakan bimbingan dan latihan agar kemahiran keusahawanan dan daya tahan mereka ditingkatkan, sekali gus menaikkan status sosioekonomi golongan tersebut.
 
Baru-baru ini, CIMB Islamic juga telah menyumbang mesin penuai padi bernilai RM298,000 kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (“LZNK”) di bawah program Smart Sawah Berskala Besar Asnaf (“SBBA”), dengan matlamat meningkatkan kemahiran petani asnaf tempatan dan  mengurangkan kos pengeluaran dan penyumberan luar, sekali gus menangani isu keselamatan makanan nasional.

Tentang CIMB

CIMB Group merupakan sebuah institusi perbankan ASEAN yang terkemuka dan penyedia perkhidmatan kewangan kedua terbesar di Malaysia, mengikut aset. Disenaraikan di Bursa Malaysia melalui CIMB Group Holdings Berhad, CIMB mempunyai permodalan pasaran sekitar RM72.7 bilion setakat 30 Jun 2024. CIMB menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan pengguna, perbankan komersial, perbankan borong, perbankan transaksi, perbankan Islam dan pengurusan aset. Berpusat di Kuala Lumpur, CIMB beroperasi di lapan negara ASEAN (Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Kemboja, Vietnam, Myanmar dan
Filipina).
 
Di luar ASEAN, CIMB Group turut beroperasi di pasaran China, Hong Kong dan UK. CIMB mempunyai salah satu rangkaian cawangan perbankan yang terluas di ASEAN dengan 594 buah cawangan dan sekitar 33,000 orang pekerja setakat 30 Jun 2024. Unit perbankan pelaburan CIMB merupakan salah sebuah bank pelaburan terbesar yang berpusat di Asia Pasifik, bersama dengan unit perbendaharaan & pasaran dan perbankan korporat yang dinobatkan anugerah yang membentuk francais perbankan borong terkemuka Kumpulan. CIMB juga memegang 92.5% saham di Bank CIMB Niaga, Indonesia dan 94.8% saham di CIMB Thai,Thailand.


SUMBER : CIMB Group

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Anis Azharuddin / Kelvin Jude Muthu
Kumpulan Komunikasi Korporat 
CIMB Group Holdings Berhad
E-mel : anis.azharuddin@cimb.com / kelvinjude.muthu@cimb.com 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.