ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 12, 2024 -Sabtu

 
  QIANDONGNAN MELIHAT LONJAKAN DI DALAM PELANCONGAN DI SEPANJANG LEBUH RAYA PELANCONGAN LUAR BANDAR 1 CHINA

Thursday 10/10/2024

AsiaNet 0200436

Table 

Lebuh Raya Pelancongan Luar Bandar 1 China


QIANDONGNAN, China, 10 Okt., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- 

Dari Januari hingga Ogos 2024, Lebuh Raya Pelancongan Luar Bandar 1 China telah mengalu-alukan lebih 25 juta orang pelawat dan menjanakan pendapatan pelancongan sebanyak lebih 12 bilion yuan, sekaligus mempamerkan pembangunan pesat di dalam bidang pelancongan di Qiandongnan, demikian menurut data dari Biro Budaya, Sukan, Penyiaran TV, dan Pelancongan bagi Qiandongnan Miao dan Wilayah Autonomi Dong, Wilayah Guizhou.
 
Qiandongnan, yang terletak di barat daya China, dipuji sebagai tempat perlindungan terakhir bagi jiwa-jiwa manusia yang letih lesu disebabkan oleh khazanah ekologi dan kebudayaannya seperti Gunung Yuntai, Perkampungan Xijiang Miao dan Perkampungan Liga Super.
 
Bagi membolehkan pelancong untuk merasai keindahan khazanah ini secara sekaligus, Lebuh Raya Pelancongan Luar Bandar 1 China telah dilancarkan secara bersama oleh Wilayah Qiandongnan dan Geografi Kebangsaan China pada September 2023. Ia bertujuan untuk disepadukan dengan Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macau, yang bertindak sebagai satu langkah penting ke arah kebangkitan luar bandar dan Kerjasama Berpasangan Timur-Barat untuk Pengurangan Kemiskinan. 
  
Dengan jumlah panjang 2,180 kilometer, Lebuh Raya Pelancongan Luar Bandar 1 China merangkumi Laluan Kebudayaan Miao dan Dong, Laluan Pemandangan Kebudayaan dan Semula Jadi dan Laluan Pemandangan Padang Berteres, yang merentasi 16 daerah (bandar raya), yang menampilkan pemandangan semula jadi, perkampungan minoriti dan acara-acara sukan.
 
Sejak pelancaran Lingkaran Pelancongan Butik bagi Kampung Tradisional di Perbandaran Dong, sebahagian daripada Laluan Kebudayaan Miao dan Dong, Kampung Zhaoxing Dong dan 12 kampung di sekitarnya telah mengalu-alukan 787,200 orang pengunjung dan menjanakan pendapatan pelancongan sebanyak 702 juta yuan dari Januari hingga Ogos 2024, yang memberi manfaat kepada penduduk tempatan dan menggalakkan pembangunan ekonomi. 
 
Untuk meneroka lebih lanjut sumber pelancongan di sepanjang Lebuh Raya Pelancongan Luar Bandar 1 China, Qiandongnan telah mewujudkan laluan perjalanan jalan raya premium pertama China bagi wanita dan mewujudkan sebuah sistem perjalanan perlahan di lebuh raya yang mempunyai pemandangan indah di rantau itu. Ia juga telah melancarkan Laluan Pelancongan Perkampungan Tiga Ribu dan Tiga, dan satu rancangan pengembaraan baharu, Berseronok di Qiandongnan, yang menyediakan pengalaman yang pelbagai kepada pelancong.
 
Untuk rancangan masa depan, Qiandongnan akan terus membangunkan pelancongan ke arah matlamat membina sebuah destinasi pelancongan kebudayaan etnik yang bertaraf dunia berdasarkan kepada Lebuh Raya Pelancongan Luar Bandar 1 China. 
 
Sumber: Biro Budaya, Sukan, Penyiaran TV, dan Pelancongan bagi Qiandongnan Miao dan Wilayah Autonomi Dong, Wilayah Guizhou. 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.