ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 11, 2024 -Jumaat

 
  SAMBANOVA DAN CANVASS BEKERJASAMA UNTUK MENYAMPAIKAN PENYELESAIAN AI BERSEPADU SECARA VERTIKAL, INFERENS AI DAN LATIHAN KE RANTAU ASIA SELATAN DAN EMEA

Friday 11/10/2024



Table
SambaNova dan Canvass bakal melancarkan sebuah platform AI yang lengkap, menggabungkan kemampuan perkakasan dan perisian AI SambaNova dengan dengan penyelesaian AI Canvass untuk memfokuskan penyebaran AI. (Grafik: Business Wire) 
 
PALO ALTO, California, 11 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SambaNova, sebuah syarikat AI generatif dengan model terpantas dan cip paling maju, mengumumkan perkongsian dengan Canvass AI (“Canvass”), sebuah syarikat peneraju dalam penyelesaian AI generatif untuk perusahaan, untuk mempercepatkan penerimaan penyelesaian AI yang disatukan secara vertikal, inferens dan latihan ke rantau Asia Selatan, Eropah, Timur Tengah dan Afrika.

Mengulas tentang kerjasama ini Su Le, Ketua Pegawai Pertumbuhan SambaNova berkata, “Seiring dengan evolusi pasaran AI, perusahaan menghadapi tekanan yang semakin meningkat untuk mempercepatkan inisiatif AI. Matlamat kami adalah untuk menyediakan penyelesaian inferens dan latihan AI yang paling pantas dan paling maju, serta disatukan secara vertikal kepada pelanggan. Bekerjasama dengan Canvass AI di Asia Selatan dan EMEA akan membantu kami mencapai matlamat tersebut.”

SambaNova dan Canvass akan menyediakan platform AI yang lengkap, menggabungkan keupayaan perkakasan dan perisian AI SambaNova dengan penyelesaian AI Canvass secara khusus untuk penyebaran AI, termasuk ejen AI, Penyelesaian AI yang disatukan secara vertikal, aliran kerja AI yang telah dibina terlebih dahulu dan alat untuk pelanggan.

Humera Malik, Ketua Eksekutif Canvass turut mengulas, “Kami menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan AI generatif terkini bersama SambaNova, memacu penerimaan AI yang lebih besar di kalangan pelbagai asas pelanggan. Penyelesaian terintegrasi kami yang inovatif dan transformatif memberikan akses cepat kepada peluang pendapatan baharu, kecekapan operasi dan hasil mampan yang boleh diukur melalui AI.”

Maklumat tentang Canvass AI

Canvass AI memperkasakan organisasi dengan memberi mereka kawalan ke atas data mereka, membantu mereka mencapai kecemerlangan operasi. Penyelesaian AI termaju mereka direka khas untuk mudah diakses dan digunakan dengan pantas, membolehkan perusahaan membuat keputusan berprestasi tinggi, kalis masa hadapan operasi mereka dan memenuhi sasaran kemampanan bersih sifar. Dengan sokongan daripada Yamaha Manufacturing, Alphabet's Gradient Ventures dan Kerajaan Kanada, Canvass diiktiraf sebagai inovator AI oleh pelbagai anugerah dan penganalisis industri. Ekosistem rakan kongsi mereka termasuk pemain utama seperti SambaNova, Microsoft, Snowflake dan OpenAI Lab. Kunjungi kami di canvass.io atau hubungi kami di info@canvass.io. Ikuti Canvass AI di LinkedIn dan X.

Maklumat tentang SambaNova Systems

Pelanggan memilih SambaNova untuk melaksanakan keupayaan AI generatif yang canggih dengan pantas dalam perusahaan. Platform AI berskala perusahaan yang direka khas kami ialah tulang belakang teknologi untuk pengkomputeran AI generasi akan datang.

SambaNova Systems, yang beribu pejabat di Palo Alto, California, telah ditubuhkan pada tahun 2017 oleh tokoh industri, serta pakar reka bentuk perkakasan dan perisian daripada Sun/Oracle dan Universiti Stanford. Pelabur termasuk SoftBank Vision Fund 2, dana dan akaun yang diuruskan oleh BlackRock, Intel Capital, GV, Walden International, Temasek, GIC, Redline Capital, Atlantic Bridge Ventures, Celesta dan beberapa pelabur lain. Kunjungi kami di sambanova.ai atau hubungi kami di info@sambanova.ai. Ikuti SambaNova Systems di Linkedin atau X.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54134160/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Butiran Hubungan
Shelly Sofer, Canvass AI
shelly.sofer@canvass.io

Virginia Jamieson, SambaNova Systems
virginia.jamieson@sambanova.ai
650-279-8619

Sumber: SambaNova Systems

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.