ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 15, 2024 -Selasa

 
  INOVASI PEMBANGUNAN APLIKASI MELONJAK DI ASIA PASIFIK

Monday 14/10/2024



Perusahaan beralih kepada penyedia perkhidmatan untuk bantuan menerima guna teknologi, kaedah baharu di tengah-tengah pertumbuhan ekonomi, transformasi digital, menurut laporan ISG Provider Lens

SYDNEY, 14 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Perusahaan di Asia Pasifik dengan pantas menerima guna teknologi pembangunan dan penyelenggaraan (ADM) aplikasi baharu semasa menjalankan transformasi digital, menurut laporan penyelidikan baharu yang diterbitkan pada hari ini oleh Information Services Group (ISG) (Nasdaq: III), firma penyelidikan dan penasihat teknologi global yang terkemuka.

Laporan Perkhidmatan ADM Generasi Akan Datang ISG Provider Lens™ 2024 untuk Asia Pasifik mendapati bahawa pasaran ADM rantau ini berkembang pesat, kebanyakannya dipacu oleh organisasi yang menaik taraf sistem legasi, berhijrah ke awan dan menyepadukan teknologi canggih seperti AI dan ML. Pasaran global untuk perkhidmatan ADM dan infrastruktur meningkat sebanyak 57 peratus pada Q2, sebahagian besar hasilnya disebabkan oleh permintaan yang semakin meningkat dalam pasaran APAC yang sedang pesat membangun, menurut ISG Index™ terkini.

“Pertumbuhan ekonomi yang pesat, digabungkan dengan organisasi yang secara agresif mengejar transformasi perniagaan yang didayakan oleh teknologi, telah memberikan permintaan ADM yang lebih kukuh,” kata Michael Gale, rakan kongsi dan pemimpin serantau, ISG Asia Pacific. “Kemajuan teknologi juga memimpin syarikat untuk melabur dalam keupayaan ADM yang baharu.”

Perusahaan di rantau ini menyasar untuk menjadikan ADM lebih tepat dan cekap dengan menggunakan AI dan automasi, kata laporan itu. Didorong sebahagiannya oleh peralihan kepada kerja dari jauh, perusahaan menerima guna amalan Agile dan DevOps, yang boleh mendayakan pembangunan lebih pantas dan kualiti perisian lebih tinggi. Objektif lain termasuk keselamatan yang dipertingkat, lebih banyak pembuatan keputusan yang dipacu oleh data dan lebih banyak penggunaan pengkomputeran pinggir dalam rangkaian peranti IoT yang semakin berkembang.

Semakin banyak syarikat di Asia Pasifik, tertekan untuk mengembangkan portfolio perisian masing-masing, menggunakan khidmat luaran bagi beberapa fungsi pembangunan aplikasi, kata ISG. Penyedia perkhidmatan mengendalikan kerumitan pembangunan moden berasaskan perkhidmatan mikro dan keperluan kawal selia, membolehkan perusahaan menumpukan kepada matlamat perniagaan teras. Dalam banyak perkara, syarikat menerima pembangunan natif awan, beralih kepada penyedia untuk penyelesaian berskala besar yang boleh digunakan di platform awan utama.

Memandangkan teknologi sentiasa berkembang, serta memaksa perusahaan menyesuaikan diri dengan alatan baharu dan peraturan yang memberi kesan kepada perusahaan berkenaan, banyak syarikat melibatkan penyedia perkhidmatan terurus aplikasi, menurut laporan itu. Rakan kongsi ini memberikan penyelesaian yang menjimatkan kos dan berskala besar yang kebiasaannya merangkumi sokongan pengguna, operasi awan dan perkhidmatan aplikasi. Penyedia perkhidmatan terkemuka di rantau ini menawarkan perkhidmatan setempat dalam pelbagai bahasa, disesuaikan mengikut nuansa kebudayaan.

“Organisasi di Asia Pasifik menghadapi persekitaran IT yang rumit, termasuk awan hibrid, berbilang awan dan komponen legasi,” kata Jan Erik Aase, rakan kongsi dan pemimpin global, Penyelidikan ISG Provider Lens. “Melalui sokongan khidmat luaran sistem ini, perusahaan boleh memberikan tumpuan untuk terus maju dalam transformasi digital.”

Laporan itu juga mengkaji trend lain dalam pasaran ADM Asia Pasifik, termasuk penggabungan dan pengambilalihan dalam kalangan penyedia perkhidmatan dan minat perusahaan yang semakin meningkat dalam kelestarian dan IT hijau.

Untuk mendapatkan lebih banyak cerapan tentang cabaran ADM yang dihadapi oleh perusahaan di Asia Pasifik, termasuk kekurangan AI dan bakat pengkomputeran awan, serta kerumitan pematuhan kawal selia merentasi kepelbagaian negara, bersama-sama dengan nasihat ISG untuk menangani isu ini, lihat taklimat Tumpuan Utama ISG Provider Lens™ di sini.

Laporan Perkhidmatan ADM Generasi Akan Datang ISG Provider Lens™ 2024 untuk Asia Pasifik menilai keupayaan 35 penyedia perkhidmatan merentasi tiga sukuan: Khidmat Luaran bagi Fungsi Pembangunan Aplikasi, Perkhidmatan Terurus Aplikasi dan Jaminan Kualiti Aplikasi Agile

Laporan itu menamakan Accenture, Capgemini, Cognizant, DXC Technology, HCLTech, IBM, Infosys, TCS, Tech Mahindra dan Wipro sebagai Peneraju dalam ketiga-tiga sukuan itu. Laporan itu menamakan LTIMindtree dan Planit masing-masing sebagai Peneraju dalam satu sukuan.

Selain itu, Hitachi Digital Services dinamakan sebagai Bintang yang Sedang Meningkat Naik (Rising Star) — syarikat dengan “portfolio yang memberangsangkan” dan “potensi masa depan yang tinggi” mengikut takrifan ISG — dalam dua sukuan. FPT Software dan LTIMindtree dinamakan sebagai Bintang yang Sedang Meningkat Naik (Rising Stars) masing-masing dalam satu sukuan.

Versi laporan tersuai tersedia daripada Capgemini.

Dalam bahagian pengalaman pelanggan, Persistent Systems dinamakan sebagai Bintang Berprestasi Tinggi ISG CX global untuk tahun 2024 dalam kalangan penyedia perkhidmatan ADM generasi akan datang. Persistent Systems memperoleh skor kepuasan pelanggan tertinggi dalam tinjauan Suara Pelanggan ISG, sebahagian daripada program ISG Star of Excellence™, pengiktirafan kualiti terulung untuk industri perkhidmatan teknologi dan perniagaan.

Laporan Perkhidmatan ADM Generasi Akan Datang ISG Provider Lens™ 2024 untuk Asia Pasifik tersedia kepada pelanggan atau bagi pembelian sekali sahaja di laman web ini.

Maklumat Tentang Penyelidikan ISG Provider Lens

Siri penyelidikan Sukuan ISG Provider Lens™ ialah satu-satunya penilaian penyedia perkhidmatan seumpamanya yang menggabungkan penyelidikan empirikal, serta dipacu data dan analisis pasaran dengan pengalaman dunia sebenar dan pemerhatian pasukan penasihat global ISG. Perusahaan akan menemui banyak data terperinci dan analisis pasaran untuk membantu membimbing pemilihan rakan kongsi penyumberan yang sesuai, manakala penasihat ISG menggunakan laporan untuk mengesahkan pengetahuan pasaran mereka sendiri dan membuat saranan kepada pelanggan perusahaan ISG. Pada masa ini, penyelidikan meliputi penyedia perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan masing-masing secara global, di seluruh Eropah, serta di Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Brazil, United Kingdom, Perancis, Benelux, Jerman, Switzerland, negara Nordik, Australia dan Singapura/Malaysia, dengan pasaran tambahan akan dimasukkan pada masa akan datang. Untuk maklumat lanjut tentang penyelidikan ISG Provider Lens, sila kunjungi laman web ini.

Maklumat Tentang ISG

ISG (Information Services Group) (Nasdaq: III) ialah firma penyelidikan dan penasihat teknologi global yang terkemuka. Rakan kongsi perniagaan yang dipercayai kepada lebih daripada 900 pelanggan, termasuk lebih daripada 75 daripada 100 perusahaan terbaik di dunia, ISG komited untuk membantu syarikat, organisasi sektor awam dan penyedia perkhidmatan dan teknologi mencapai kecemerlangan operasi dan pertumbuhan lebih pantas. Firma tersebut pakar dalam perkhidmatan transformasi digital, termasuk AI, awan dan analisis data; penasihat penyumberan; perkhidmatan tadbir urus dan risiko terurus; perkhidmatan pembawa rangkaian; reka bentuk strategi dan operasi; pengurusan perubahan; risikan pasaran dan penyelidikan dan analisis teknologi. Diasaskan pada tahun 2006 dan berpangkalan di Stamford, Conn., ISG mempunyai lebih daripada 1,600 profesional sedia digital yang beroperasi di lebih 20 negara—pasukan global yang terkenal dengan pemikiran berinovatif, mempengaruhi pasaran, kepakaran industri dan teknologi yang mendalam, serta keupayaan penyelidikan dan analisis bertaraf dunia berdasarkan data pasaran industri yang paling menyeluruh. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.isg-one.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Pihak Media:
Will Thoretz, ISG
+1 203 517 3119
will.thoretz@isg-one.com

Julianna Sheridan, Matter Communications untuk ISG
+1 978 518 4520
isg@matternow.com

Sumber: Information Services Group, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.