ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 16, 2024 -Rabu

 
  ​MYDIN KOMITED LAKSANA KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA, BANTU TINGKATKAN JUALAN PRODUK TEMPATAN

Tuesday 15/10/2024



Table
 
Datuk Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN sedang memberi penerangan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri IGP Razarudin Husain sempena lawatan beliau di MYDIN Subang Jaya, Selangor.


SELANGOR, 15 Okt (Bernama) -- Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) meneruskan komitmen mempromosikan dan memperkasa produk tempatan melalui rak khas produk usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) selari dengan hasrat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Kempen Beli Barangan Malaysia. 

Sebagai rangkaian peruncit dan pemborong halal terbesar tempatan, inisiatif ini bertujuan untuk memberi peluang dan platform kepada usahawan-usahawan IKS dalam memasarkan jenama mereka cawangan pasar raya besar MYDIN di seluruh negara. 

Rak khas ini mempamerkan pelbagai produk tempatan, termasuk makanan, minuman, dan barangan keperluan harian, yang dihasilkan oleh usahawan tempatan. MYDIN percaya bahawa dengan memberikan perhatian khusus kepada produk tempatan, kita dapat membantu meningkatkan daya saing mereka di pasaran dan menyokong pertumbuhan ekonomi negara. 

Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, berkata, "Kami selaku syarikat tempatan amat memahami cabaran yang dialami oleh usahawan tempatan bagi mempromosi produk mereka dan bersaing dengan jenama antarabangsa”.  

“Justeru itu, rak khas yang lengkap dengan produk keluaran IKS setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak  dengan hampir 2,000 jenis stok simpanan unit (SKU) memberi kemudahan kepada pelanggan mengenal pasti dan mendapatkan produk berkualiti tinggi  dengan cita rasa asli yang dihasilkan di negara kita. Ini adalah langkah penting untuk menggalakkan penggunaan produk tempatan dan meningkatkan ekonomi domestik." 

Sempena Kempen Beli Barangan Malaysia, MYDIN menyeru masyarakat untuk menyokong produk tempatan, usaha bersama-sama ini dapat membantu memajukan industri tempatan dan memberi impak positif kepada masyarakat di samping mengurangkan kebergantungan produk luar. 

Mengenai MYDIN
Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) merupakan rangkaian pemborong dan peruncitan terbesar tempatan yang beroperasi sejak Ogos 1957. Dengan slogan Mengapa Bayar Lebih? Belilah Dengan Harga Borong! MYDIN terus menjadi penggerak utama industri peruncitan halal bagi membekalkan pelbagai pilihan produk berkualiti yang berorientasikan polisi harga borong setiap hari. MYDIN kini mempunyai 69 cawangan seluruh negara melibatkan tujuh format perniagaan. Layari laman sesawang rasmi www.mydin.my untuk maklumat lanjut.

Disediakan oleh:
Jabatan Komunikasi Korporat
Mydin Mohamed Holdings Berhad

Sumber: Mydin Mohamed Holdings Berhad 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Ashraf Roslan
Tel: 010 982 2581 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.