ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 18, 2024 -Jumaat

 
  LENOVO DILANTIK SEBAGAI RAKAN KONGSI TEKNOLOGI RASMI FIFA

Thursday 17/10/2024



Table
Lenovo dilantik sebagai Rakan Kongsi Teknologi Rasmi FIFA untuk meningkatkan pengalaman peminat dan siaran global. (Grafik: Business Wire) 
 
· Perjanjian merangkumi Piala Dunia FIFA 2026™dan Piala Dunia Wanita FIFA 2027™ yang diumumkan ketika acara inovasi Tech World tahunan Lenovo
· Lenovo akan menyediakan teknologi kepada FIFA - daripada inovasi AI (Kecerdasan Buatan) hinggalah peranti dan infrastruktur pusat data - untuk meningkatkan pengalaman peminat dan siaran global
·  Lenovo dan FIFA akan memanfaatkan teknologi serta inovasi untuk mengembangkan sukan bola sepak di peringkat global


SEATTLE, 17 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ketika acara inovasi Tech World tahunan Lenovo, Lenovo dan FIFA telah mengumumkan syarikat multinasional tersebut sebagai Rakan Kongsi Teknologi Rasmi FIFA – kategori penajaan tertinggi FIFA. Perjanjian ini merangkumi Piala Dunia FIFA 2026™ di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat, serta Piala Dunia Wanita FIFA 2027™ di Brazil.

Kedua-dua kejohanan ini akan menjadi platform terbaik bagi Lenovo untuk mengembangkan lagi jenama global tersebut dalam kalangan peminat sukan paling popular di dunia dan, lebih penting lagi, menyediakan teknologi berintegrasi dan inovatif yang akan menjadikan bola sepak lebih mudah diakses dan lebih menarik untuk semua orang, mengembangkan sukan ini di seluruh dunia.

Produk, perkhidmatan dan penyelesaian Lenovo, termasuk rangkaian inovasi terbaharu syarikat yang memanfaatkan dan menyokong AI (Kecerdasan Buatan), komputer riba ThinkPad yang ikonik, tablet, telefon bimbit Motorola serta pelayan, akan diintegrasikan dalam kejohanan tahun 2026 dan 2027. Teknologi ini akan meningkatkan pengalaman peminat di stadium, siaran global, memacu analitik yang ditingkatkan, dan mendemokrasikan data di semua negara yang terlibat dalam sukan bola sepak di peringkat global.

Pengerusi dan CEO Lenovo, Yuanqing Yang mengulas: “Sebagai salah sebuah syarikat teknologi terkemuka di dunia, kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan sukan yang paling popular di seluruh dunia ini. Lenovo akan menyokong acara sukan dan hiburan terbesar yang akan mencipta sejarah – acara yang mempunyai ramai penonton, banyak negara yang mengambil bahagian, dan permintaan pemprosesan data serta teknologi seluruh dunia yang luar biasa.”

“Lenovo berbesar hati untuk menyokong visi FIFA dengan memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan kualiti sukan bola sepak, meningkatkan pengalaman peminat di seluruh dunia dan menggalakkan inovasi yang memberikan peluang sama rata kepada semua orang. Kami teruja kerana teknologi canggih dan inovasi AI kami akan menjadi tumpuan utama dalam kejohanan akan datang, kuasa transformatif teknologi yang lebih pintar dapat ditunjukkan kepada seluruh dunia.”

Presiden FIFA, Gianni Infantino menambah: “Di FIFA, kami komited untuk mengembangkan sukan bola sepak di peringkat global dan menjadikan bola sepak mudah diakses oleh semua orang – dan kami teruja untuk mengalu-alukan Lenovo dalam perjalanan kami, serta bekerjasama dengan kami dalam pelaksanaan teknologi, inovasi dan program yang mengembangkan sukan ini. Gabungan data dan teknologi membantu kami memahami peminat dengan lebih baik, dan kami akan menggunakan maklumat ini untuk mencipta pengalaman peminat yang unik dan tidak dapat dilupakan ketika Piala Dunia FIFA 2026 dan Piala Dunia Wanita FIFA 2027.

“Di Lenovo, kami mempunyai rakan kongsi yang akan menyokong kami dalam proses evolusi dan inovasi, dengan melabur dalam teknologi digital dan kecerdasan buatan untuk generasi akan datang.”

Perkongsian penting ini menandakan perjanjian pertama antara Lenovo dengan FIFA dan membina warisan Lenovo dalam pemacuan teknologi yang telah dan terus menyokong teknologi yang menjadi asas bagi kebanyakan acara sukan terkemuka di peringkat global.

Perihal Piala Dunia FIFA 2026™ dan Piala Dunia Wanita FIFA 2027™

Piala Dunia FIFA™ buat pertama kali bakal mencatat sejarah baharu dengan penyertaan 48 buah pasukan dan penganjuran bersama oleh tiga buah negara pada tahun 2026. Amerika Syarikat akan menjadi tuan rumah sekali lagi selepas kejohanan edisi 1994 dengan penyertaan 24 buah pasukan, manakala Mexico pula akan menganjurkan acara peringkat global ini buat kali ketiga pada tahun 2026. Kanada mempunyai sejarah yang membanggakan dalam penganjuran kejohanan wanita dan belia FIFA peringkat tertinggi, termasuk Piala Dunia Wanita FIFA 2015™. Kanada menjadi tuan rumah buat kali pertama pada tahun 2026 untuk kejohanan lelaki senior FIFA.

Piala Dunia Wanita FIFA 2027 akan menjadi edisi kesepuluh kejohanan tersebut dan, seperti di Australia dan Aotearoa New Zealand pada tahun 2023, dijangka akan disertai oleh 32 buah pasukan. Brazil, satu-satunya negara yang telah menyertai setiap edisi Piala Dunia Wanita FIFA™, akan mendapat penghormatan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA pertama yang diadakan di Amerika Selatan.

Perihal Lenovo

Lenovo ialah sebuah syarikat teknologi global dengan hasil pendapatan mencecah AS$57 bilion, tersenarai di tangga ke-248 dalam Fortune Global 500, dan melayani jutaan pelanggan setiap hari dalam 180 buah pasaran. Dengan memberikan tumpuan pada visi berani untuk menyediakan Teknologi yang Lebih Pintar untuk Semua Orang, Lenovo telah mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai pengeluar PC terbesar di dunia dengan portfolio lengkap peranti yang didayakan oleh AI, sedia AI dan dioptimumkan oleh AI (PC, stesen kerja, telefon pintar, tablet), infrastruktur (pelayan, storan, pinggir, pengkomputeran berprestasi tinggi dan infrastruktur yang ditentukan oleh perisian), perisian, penyelesaian dan perkhidmatan. Pelaburan berterusan Lenovo dalam inovasi yang membawa perubahan kepada dunia sedang membina masa depan yang lebih saksama, boleh dipercayai dan lebih pintar untuk semua orang dan di mana-mana sahaja. Lenovo disenaraikan dalam bursa saham Hong Kong di bawah Lenovo Group Limited (HKSE: 992) (ADR: LNVGY). Untuk mengetahui lebih lanjut, layari https://lenovo.com dan baca tentang berita terkini melalui StoryHub kami.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54136679/en
 

Maklumat Hubungan
Charlotte West – cwest@lenovo.com, +44 7825 605720
Stuart Gill – sgill@lenovo.com, +44 7917 437 532
Zeno Group - lenovowwcorp@zenogroup.com
 
Sumber: Lenovo

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.