|
|
|
|
|
|
IP ANIME CHINA MENYALAKAN DAYA BERTENAGA PENGGUNAAN KEBUDAYAAN DAN PELANCONGAN DI QIANHAI, SHENZHEN
Thursday 17/10/2024
SHENZHEN, China, 17 Okt., 2024 /Xinhua-AsiaNet/--
Semasa cuti Hari Kebangsaan China baru-baru ini, IP anime China gergasi "Nailong" telah mengubah Qianhai, Shenzhen menjadi sebuah tempat yang terkenal di internet. Hanya dalam tempoh tujuh hari percutian itu, lebih satu ribu siaran yang berkaitan dengan "Qianhai dan Nailong" telah dikongsi di media sosial, sekaligus meningkatkan tontonan topik sebanyak lebih 3 juta. "Qianhai dan Nailong" adalah hanya satu daripada banyak sorotan perniagaan dan pelancongan kebudayaan yang rancak di Qianhai. Pada 30 Julai, selepas bulan pertama Pautan Shenzhen–Zhongshan dibuka kepada trafik, Qianhai melihat satu lonjakan di dalam pelawat yang tidak sabar-sabar ingin meneroka tempat baharu yang terkenal di internet ini. Data menunjukkan bahawa Rainbow on the Sea Cruise Ship dari Qianhai ke Pautan Shenzhen–Zhongshan telah menarik lebih 10,000 penumpang pada bulan pertama, dengan empat perlepasan harian telah ditempah sepenuhnya. Sehingga tarikh statistik itu, hasil daripada operasi mereka menyaksikan satu pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 69%, demikian menurut Pihak Berkuasa bagi Zon Kerjasama Industri Perkhidmatan Moden Qianhai Shenzhen-Hong Kong. Qianhai mempunyai garis pinggir pantai keemasan sepanjang 68 kilometer dan sumber pengangkutan dan pelancongan yang banyak. Pada 30 September, jambatan landskap pejalan kaki di muara Sungai Shuangjie dan laluan berbasikal dari Teluk OH sehingga ke Sungai Shuangjie kedua-duanya telah siap, yang menandakan kesalinghubungan lengkap bagi Ruang Awam Trafik Perlahan Teluk Qianhai. Ini meningkatkan lagi potensi penggunaan kebudayaan dan pelancongan Qianhai. Sejak awal tahun ini, Qianhai telah menambah baik perkhidmatan dan kemudahan mereka untuk terus memanfaatkan potensi penggunaan kebudayaannya. Pada awal tahun ini, Qianhai Uniway, yang diletakkan sebagai sebuah "pusat beli-belah taman pusat bandar", telah dibuka secara rasmi. Pada Mei, Kejiranan Antarabangsa Qianhai, yang meliputi 65,000 meter persegi, telah dilancarkan sebagai kejiranan antarabangsa bertaraf tinggi yang pertama di Shenzhen. Baru-baru ini, Menara Kewangan Qianhai Chow Tai Fook telah mula digunakan, dengan menarik ramai peniaga. K11 ECOAST, projek perdana pertama K11 di Tanah Besar China dengan keluasan hampir 230,000 meter persegi, bakal dibuka pada penghujung 2024. Selepas pembukaannya, ia akan menjadi satu daripada pusat beli-belah terbesar di Shenzhen dan satu penanda aras dan mercu tanda komersil baharu di Kawasan Greater Bay (GBA) Guangdong-Hong Kong-Macau. Selain itu, Dunia Ais dan Salji Qianhai Huafa, yang dijadualkan dibuka pada Oktober 2025, akan membina pusat peranginan ski dalaman terbesar dan peringkat atasan di China dengan penurunan menegak terbesar dan laluan ski tunggal terpanjang. Tambahan pula, Pulau Penguin, hab teras Tencent untuk operasi masa hadapan, akan diselesaikan di Qianhai. Dengan menyepadukan pengangkutan pintar, logistik pintar dan corak perniagaan yang lain, ia akan menjadi sebuah model bandar raya yang berorientasikan masa hadapan di mana manusia dan teknologi berkembang maju bersama-sama dan sebuah pulau ekologi yang sesuai untuk menetap dan bekerja. Apabila malam tiba, penggunaan kebudayaan dan pelancongan di Qianhai kekal meriah. Ketika ekonomi waktu malam muncul sebagai satu penunjuk penting bagi satu ciri serantau dan daya bertenaga pengguna bandar, ia telah juga menjadi satu kemuncak dalam penggunaan kebudayaan dan pelancongan Qianhai. Pada 2022, Blok Jalan Kebudayaan dan Kreatif Pantai Shekou di Qianhai telah dinamakan sebagai satu daripada "Sepuluh Mercu Tanda Ekonomi Waktu Malam Terbaik di Shenzhen untuk Tahun Itu". Projek seperti Shekou Net Valley, Nanhai Yiku, dan Sea World kesemuanya telah mempamerkan kuasa penggunaan dan budaya waktu malam yang unik di Qianhai. Dengan mewujudkan senario penggunaan yang pelbagai dan melepaskan daya bertenaga bagi penggunaan kebudayaan dan pelancongan, Qianhai telah meneroka satu model pembangunan yang boleh ditiru untuk penggunaan kebudayaan dan pelancongan berdasarkan kepada kelebihan lokasinya yang unggul serta sumber kebudayaan dan pelancongan yang kaya. Sumber: Pihak Berkuasa bagi Zon Kerjasama Industri Perkhidmatan Moden Qianhai Shenzhen-Hong Kong
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|