ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 18, 2024 -Jumaat

 
  FOREVERGONE TERBUKTI BERJAYA MENYINGKIR DAN MEMUSNAHKAN SEPENUHNYA PFAS DALAM PENGGUNAAN PERINDUSTRIAN DAN PERBANDARAN.

Friday 18/10/2024



Table

Penyelesaian serba lengkap ForeverGone Gradiant dan data pengujian untuk air buangan perindustrian (Foto: Business Wire)


Gradiant mengumumkan keupayaan pengujian dalaman unik yang menunjukkan penyingkiran PFAS kepada tahap di bawah had kawal selia EPA Amerika Syarikat dan Eropah.


BOSTON, 18 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Gradiant, penyedia penyelesaian global untuk rawatan air dan air buangan lanjutan, pada hari ini mengumumkan pencapaian penting dalam usaha memerangi pencemaran PFAS, bahan kimia selamanya. Bekerja dengan air perindustrian, perbandaran dan tapak pelupusan yang tercemar, ForeverGoneTM telah dibuktikan secara kuantitatif, melalui pelbagai makmal pihak ketiga yang bertauliah, untuk mengurangkan PFAS kepada tahap di bawah had kawal selia dan memusnahkan sepenuhnya kepekatan PFAS yang terhasil.

Pencapaian penting dalam pembangunan ini mengesahkan ForeverGone, yang diperkenalkan awal tahun ini, sebagai satu-satunya penyelesaian serba lengkap yang berupaya menyingkir dan memusnahkan PFAS di tapak lokasi, menghapuskan keperluan untuk pengendalian, pelupusan, atau pembakaran sisa, membezakannya daripada teknologi konvensional, termasuk karbon teraktif berbutir (GAC) dan pertukaran ion.

Penyelesaian berkontena ForeverGone digunakan dengan pantas dan ditauliahkan di tapak lokasi bertujuan mengurangkan PFAS dengan berkesan kepada tahap di bawah tahap pencemar maksimum baharu EPA Amerika Syarikat iaitu 4.0 ppt dan had yang ketat ditetapkan oleh peraturan Eropah dan Australia.

“Pembuat keputusan utama menghargai saranan berbeza ForeverGone untuk menyingkir dan memusnahkan PFAS daripada semua jenis air yang tercemar,” kata Sankar Natarajan, Ketua Jualan Global di Gradiant. "Kami sedang merasai halaju jualan yang belum pernah berlaku sebelum ini daripada keterlibatan pertama kepada penggunaan projek berskala penuh merentasi pelbagai sektor perindustrian, termasuk semikonduktor, makanan & minuman, perlombongan dan utiliti perbandaran utama, kesemuanya berusaha untuk memenuhi keperluan kawal selia dan melindungi komuniti masing-masing."

"Untuk menyokong pembangunan ForeverGone, kami telah membuat pelaburan besar dalam keupayaan Makmal Gradiant untuk mengesan PFAS kepada hanya satu bahagian bagi setiap trilion, yang secara uniknya membolehkan kami menawarkan dengan pantas kepada rakan kongsi pelanggan bukti yang dicari berkenaan keberkesanan teknologi kami pada air yang tercemar," kata Steven Lam, Ketua Teknologi di Gradiant.

Gradiant sedang aktif menggunakan penyelesaian ForeverGone di tapak lokasi rakan kongsi pelanggan di seluruh dunia, menawarkan pelanggan tersebut kelebihan ketara dalam penyingkiran dan pemusnahan PFAS yang serba lengkap. Selamanya.

Adakah anda berminat dengan ForeverGone untuk tapak lokasi anda? Gradiant telah memperkenalkan program pengujian percuma untuk menunjukkan keupayaan ForeverGone merawat pelbagai jenis air yang tercemar. Pihak yang berminat perlu menghubungi Gradiant di http://www.gradiant.com/contact.

Maklumat Tentang Gradiant
Gradiant ialah Syarikat Air yang Berbeza. Bersama rangkaian lengkap penyelesaian menyeluruh untuk rawatan air dan air buangan lanjutan yang berbeza dan proprietari, dikuasakan oleh individu terkemuka dalam bidang air, syarikat itu menjalankan operasi kritikal misi pelanggan dalam industri penting dunia, termasuk semikonduktor, farmaseutikal, makanan & minuman, litium dan mineral kritikal, serta tenaga boleh baharu. Penyelesaian berinovatif Gradiant mengurangkan penggunaan air dan air buangan yang dikeluarkan, mendapatkan semula sumber berharga dan memperbaharui air buangan kepada air tawar. Syarikat yang beribu pejabat di Boston ini diasaskan di MIT dan mempunyai lebih daripada 1000 pekerja di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut di gradiant.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/54132753/en


Individu untuk Dihubungi

Korporat
Felix Wang
Ketua Penjenamaan dan Perhubungan Awam Global
fwang@gradiant.com

Sumber: Gradiant

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.