ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 29, 2024 -Selasa

 
  I SQUARED MENGUMUMKAN PENGAMBILALIHAN TERMINAL PHILIPPINES COASTAL DI TELUK SUBIC, FILIPINA

Friday 25/10/2024



Table

Terminal Philippines Coastal di Teluk Subic. (Foto: Business Wire)


MANILA, Filipina & MIAMI, 25 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- I Squared Capital hari ini mengumumkan bahawa syarikat tersebut telah memeterai perjanjian untuk mengambil alih Philippines Coastal Storage & Pipeline Corporation dan entiti anggota gabungan syarikat.

Berpangkalan di Zon Pelabuhan Bebas Teluk Subic dan memenuhi keperluan Koridor Ekonomi Luzon (LEC), Philippines Coastal ialah terminal import bebas yang terbesar di Filipina. Dengan kapasiti sebanyak 6.3 juta tong, Philippines Coastal merangkumi lebih 20% kapasiti storan import negara.

Philippines Coastal memainkan peranan penting untuk memastikan kemasukan produk bahan api cecair yang boleh dipercayai ke negara ini dengan memenuhi keperluan pembekal komoditi utama dan kepentingan strategik yang lain. Dengan jeti dalam dan lokasi yang strategik, terminal tersebut berada di kedudukan yang baik untuk memenuhi pasaran metro Manila dan Luzon Utara serta menjadi terminal pilihan bagi pemain institusi besar yang mengimport bahan api ke negara ini. Philippines Coastal mendapat manfaat daripada kontrak ambil atau bayar dalam denominasi USD bersama-sama pelanggan yang kukuh dan berdaya kredit, dengan hubungan perniagaan yang telah lama terjalin.

Pada bulan April 2024, Presiden Biden, Perdana Menteri Jepun Kishida, dan Presiden Filipina Ferdinand Marcos, Jr., melancarkan jawatankuasa pengarah untuk mendorong pembangunan infrastruktur di Koridor Ekonomi Luzon, yang menyokong hubungan antara Teluk Subic, Clark, Manila dan Batangas di Filipina. Philippines Coastal, yang berpangkalan di Teluk Subic, akan menjadi pendaya utama bagi pelaburan masa depan di LEC.

Harsh Agrawal, Rakan Kongsi Kanan di I Squared, berkata: “Philippines Coastal merupakan aset infrastruktur yang penting dan memainkan peranan utama dalam menyokong peningkatan keperluan tenaga di Filipina. Dengan proses urbanisasi dan peningkatan penggunaan oleh kelas pertengahan yang semakin berkembang di Filipina, permintaan bahan api terus meningkat secara konsisten. Kami melihat peluang strategik untuk memperluas keupayaan aset ini bagi menyokong peningkatan permintaan domestik dan mempelbagaikan storan biobahan api serta bahan api penerbangan yang lestari.”

Sejak tahun 1993, Philippines Coastal telah mengendalikan kemudahan ini di bawah kontrak sewa selama 50 tahun bersama-sama Subic Bay Metropolitan Authority (SBMA), dengan pilihan bersyarat untuk melanjutkan kontrak sewa selama 15 tahun lagi. Dengan keluasan hampir 160 hektar, Philippines Coastal dilengkapi dengan 91 buah tangki yang boleh menampung pelbagai jenis bahan api. Terminal ini juga mempunyai dua buah jeti – jeti utama mampu mengendalikan kapal Julat Sederhana 1 (hingga 50,000 DWT), manakala jeti sekunder sesuai untuk perkhidmatan pemindahan ke pulau lain dalam negara.

Kawasan tumpuan Philippines Coastal merangkumi sebahagian besar keseluruhan permintaan bahan api di Filipina (lebih daripada 55% bahan api Jet, lebih daripada 35% diesel/gasolin) serta peningkatan keperluan untuk bahan api yang lestari seperti etanol dan biodiesel berasaskan kelapa.

Filipina merupakan peneraju dalam adunan bahan api yang lestari di Asia Tenggara. Pada bulan Oktober, kerajaan Filipina meningkatkan keperluan adunan biodiesel kepada 3%, yang akan meningkat kepada 5% dalam tempoh beberapa tahun yang akan datang. Pada masa ini, adunan 20% etanol dalam petrol adalah secara sukarela dan kerajaan berhasrat untuk menjadikan perkara ini wajib pada masa depan. Philippines Coastal akan memainkan peranan penting untuk menyokong inisiatif peralihan tenaga dengan membangunkan infrastruktur storan bertaraf dunia untuk menyimpan bahan api yang lestari.

I Squared telah menandatangani perjanjian muktamad untuk mengambil alih syarikat tersebut melalui Dana Pasaran Pertumbuhan Global ISQ. I Squared mengambil alih Philippines Coastal daripada Keppel Infrastructure Trust, Singapura dan Metro Pacific Investment Corporation, Filipina. Perjanjian ini dimeterai mengikut beberapa syarat biasa, termasuk kelulusan antipakatan di Filipina. Jika syarat tersebut dipenuhi atau (jika berkenaan) dikecualikan, perjanjian akan dimeterai pada akhir tahun 2024.

Penasihat kewangan I Squared untuk transaksi ini ialah Rippledot Capital Advisers Pte Ltd. Khidmat Peguam antarabangsa telah disediakan oleh Latham & Watkins LLP, Singapura, sementara Khidmat Peguam di Filipina disediakan oleh Romulo.

Perihal I Squared

I Squared ialah pelabur infrastruktur global bebas yang terkemuka dan mempunyai aset lebih daripada $40 bilion di bawah pengurusan syarikat. Kami terkenal dengan pembangunan platform pelaburan dalam projek infrastruktur yang bermula pada skala kecil dan berkembang kepada skala yang besar. Kami menggunakan pemahaman global dan pengetahuan mendalam tentang kawasan setempat untuk menyelesaikan masalah yang kompleks, menggalakkan perniagaan yang lebih pintar, memberikan perkhidmatan kepada komuniti setempat dan melabur bagi masa depan yang lebih lestari untuk menyediakan perkhidmatan penting kepada jutaan orang di seluruh dunia. Kami ialah sebuah pasukan yang terdiri daripada lebih 280 orang, mempunyai ibu pejabat di Miami dan pejabat di Abu Dhabi, London, Munich, New Delhi, São Paulo, Singapura, Sydney dan Taipei. Kami mengendalikan pelbagai jenis portfolio yang terdiri daripada 86 buah syarikat di lebih daripada 70 buah negara dengan lebih 66,000 orang pekerja dalam pelbagai sektor termasuk utiliti, tenaga, infrastruktur digital, pengangkutan, infrastruktur alam sekitar dan infrastruktur sosial. Anda boleh mengetahui lebih lanjut dengan melayari: www.isquaredcapital.com.

Penafian

Dokumen ini bukanlah nasihat, cadangan atau tawaran untuk menjual atau permintaan untuk berurusan dalam mana-mana bahagian keselamatan atau produk kewangan. Dokumen ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja. Pelaburan mungkin melibatkan risiko dan kerugian modal.

Pelaburan tertentu yang diterangkan di sini bukanlah mewakili semua keputusan pelaburan yang dibuat oleh ISQ. Pembaca tidak harus menganggap bahawa keputusan pelaburan yang dibincangkan adalah atau akan membawa keuntungan. Rujukan nasihat pelaburan tertentu yang diberikan di sini adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan tidak semestinya mewakili pelaburan yang akan dibuat pada masa depan.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/54140447/en

Maklumat Hubungan

Media:
Dominic McMullan/Shelly Hagan
info@isquaredcapital.com
 
Sumber: I Squared Capital
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.