ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 28, 2024 -Isnin

 
  FESTIVAL CAHAYA ANTARABANGSA CHAOYANG BEIJING 2024 DIBUKA

Friday 25/10/2024

AsiaNet 0200476

Table
Satu pemandangan udara bagi "Pokok Kehidupan" di Kawasan Pusat Sukan Olimpik di Daerah Chaoyang

BEIJING, 25 Okt., 2024 /Xinhua-AsiaNet/--

Apabila malam menjelang tiba, teater luar di pintu selatan di Olympic Green Beijing mempesonakan dengan warna-warna yang terang benderang, secara senyap menyingkap satu pesta cahaya dan bayangan. Pada malam 18 Oktober, Festival Cahaya Antarabangsa Chaoyang Beijing 2024 secara rasminya bermula, dengan menawarkan kepada penduduk dan pelawat dengan satu pengembaraan yang hebat melalui cahaya dan bayangan dengan satu siri pemasangan cahaya dan hampir 300 aktiviti komersial, kebudayaan, pelancongan dan sukan. Festival itu akan diteruskan sehingga 10 November.

Satu daripada sorotan terbesar bagi festival itu ialah karya seni cahaya yang mengasyikkan "Pokok Kehidupan" yang berpusat di sekitar Kawasan Pusat Sukan Olimpik. Reka bentuk cahaya keseluruhan itu menghubungkan tanda tempat ikonik, termasuk Olympic Green, Menara Olimpik, Sarang Burung, Kiub Air dan Gelanggang Luncur Laju Kebangsaan, yang mencipta satu rentetan visual di sepanjang titik paling utara di Paksi Tengah Beijing. "Banang" itu menghubungkan Paksi Tengah dengan tempat utama, manakala "mahkota" itu ditenun daripada karya seni cahaya yang bertenaga, yang memupuk "buah kehidupan." Karya seni ini bukan sahaja mentafsirkan daya kehidupan yang berkekalan bagi sebuah bandar raya dengan warisan kebudayaan yang kaya tetapi juga secara puitis menyatakan visi bagi sebuah komuniti dengan satu masa depan bersama untuk manusia sejagat. 

Festival tahun ini menampilkan tema "AI di Chaoyang," yang menekankan ciri-ciri antarabangsa, inovasi teknologi dan suasana kebudayaan. Festival itu sangat berteknologi tinggi, dengan banyak karya seni menggabungkan platform dalam talian, avatar digital, pengalaman AR, metasemesta dan robot interaktif, yang menggemakan tema itu dan mempamerkan pencapaian bagi industri digital dan kebudayaan Chaoyang.

Gaya antarabangsa bagi festival itu merupakan satu lagi ciri yang ketara, dengan karya seni yang pelbagai dan unik seperti "Hulahoop," "Nura," dan "Color Cubed" yang dicipta oleh artis-artis dari Perancis dan Australia, antara negara lain, yang didirikan di atas rumput, dan menunjukkan daya tarikan global bagi Chaoyang.

Festival itu adalah lebih daripada satu pertunjukan cahaya, ia merupakan satu pameran seni bagi cahaya dan bayangan di seluruh daerah. Seluruh daerah itu terlibat secara aktif, dengan Kawasan Pusat Sukan Olimpik dan Talian Kebudayaan dan Ekonomi Sungai Liangma sebagai teras berkembar bagi festival itu, sebagai tambahan kepada 10 tempat lain di Daerah Pusat Perniagaan (CBD), Pusat Inovasi Bandar di Jalan Luar Chaoyangmen, Daerah Perniagaan Dawangjing dan daerah perniagaan yang lain. Bandar raya Beijing yang terkenal dan bergaya, tuan rumah bagi kedua-dua Sukan Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk, menantikan tetamu dari semua arah di tengah-tengah cahaya yang mempesonakan itu.

Sumber: Pusat Media Pertemuan bagi Daerah Chaoyang, Beijing

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.