ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 28, 2024 -Isnin

 
  SIDANG KEMUNCAK ANTARABANGSA KETIGA MENGENAI APLIKASI BDS BERMULA DI ZHUZHOU

Monday 28/10/2024

AsiaNet 0200477

Table
 
Sidang Kemuncak Antarabangsa Ketiga mengenai Aplikasi BDS bermula di Zhuzhou.


ZHUZHOU, China, 28 Okt., 2024 /Xinhua-AsiaNet/--

Sidang Kemuncak Antarabangsa ke-3 mengenai Aplikasi BDS (Sistem Satelit Navigasi Beidou) telah diadakan di Zhuzhou dari 24-25 Oktober. Dengan bertemakan "Berkongsi Dunia, Berkongsi BDS," Sidang Kemuncak itu bertujuan untuk mewujudkan sebuah platform bagi kepimpinan industri dan pengumuman dasar, sebuah platform untuk tujuan promosi dan kerjasama antarabangsa, sebuah platform untuk pertukaran dan pengumuman mengenai teknologi termaju, dan sebuah platform bagi penyepaduan industri dan demonstrasi bagi pencapaian aplikasi.

Hunan, sebagai sebuah kuasa penting di dalam pembangunan Sistem Satelit Navigasi Beidou (BDS), telah mengambil bahagian di dalam pembinaan sistem Beidou-1, Beidou-2, dan Beidou-3 sepanjang keseluruhan proses itu, dengan menyumbangkan kebijaksanaan dan keupayaan Hunan kepada rangkaian global dan operasi stabil bagi BDS. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Hunan telah mempromosikan sepenuhnya kejayaan teknologi, transformasi pencapaian, kerjasama projek, aplikasi berskala besar, dan pengelompokan industri di dalam bidang teknologi Beidou. Ia telah menyokong semangat bagi era baharu Beidou, dengan berusaha untuk menjadi sebuah peneraju kebangsaan di dalam inovasi teknologi Beidou, satu kawasan demonstrasi bagi aplikasi Beidou yang berskala besar, dan satu kluster pembangunan yang berkualiti tinggi untuk industri Beidou.

Sidang kemuncak ini telah menarik penyertaan 9 ahli akademik dari Akademi Sains China dan Akademi Kejuruteraan China di dalam bidang sistem satelit domestik, roket, kawalan operasi, dan aplikasi data dan 85 delegasi asing dari Kesatuan Afrika, Laos, Korea Selatan, Perancis, dan Côte d'Ivoire. Sidang kemuncak ini juga telah menjemput beberapa buah syarikat untuk mengambil bahagian di dalam aktiviti pemadanan industri, yang menghasilkan di dalam pemeteraian dan pengumuman 142 projek dengan satu jumlah pelaburan sebanyak 58.2 bilion yuan.

Satu buku biru mengenai pembangunan industri Beidou turut dikeluarkan semasa majlis perasmian itu. "Perkhidmatan BDS dan produk yang berkaitan telah dieksport ke lebih 130 buah negara, dengan menyediakan kepada pengguna dengan pelbagai pilihan dan pengalaman aplikasi yang lebih baik serta menggalakkan pembangunan perindustrian," kata buku biru itu. China secara aktif telah mengambil bahagian di dalam penggubalan piawaian antarabangsa, dan beberapa piawaian antarabangsa yang berkaitan dengan BDS telah diterbitkan secara berselang-seli. Piawaian ini telah meletakkan satu asas yang kukuh bagi pembangunan dan aplikasi perindustrian di dalam pelbagai bidang utama seperti penerbangan awam, mencari dan menyelamat dengan bantuan satelit, hal ehwal maritim dan komunikasi mudah alih.

Sumber: Jawatankuasa Penganjur bagi Sidang Kemuncak mengenai Aplikasi BDS

Sidang Kemuncak Antarabangsa Ketiga mengenai Aplikasi BDS bermula di Zhuzhou.

Kapsyen: Sidang Kemuncak Antarabangsa Ketiga mengenai Aplikasi BDS bermula di Zhuzhou.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.