ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 28, 2024 -Isnin

 
  HYTERA AKAN MEREVOLUSIKAN KOMUNIKASI TENAGA KERJA MUDAH ALIH DENGAN MELANCARKAN RADIO POC SIRI P5

Monday 28/10/2024



Table
Radio PoC Siri P5 Hytera yang baharu dilancarkan (Grafik: Business Wire)

SHENZHEN, China, 28 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hytera Communications (SZSE: 002583), peneraju penyedia teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional global, telah melancarkan model radio Tekan untuk Cakap melalui Selular (PoC) Siri P5, termasuk P50 dan P50 Pro, yang memberikan gabungan ketahanan, intuitif dan prestasi yang tiada tandingan, menjadikannya penyelesaian komunikasi yang sempurna untuk komunikasi dan kerjasama pasukan mudah alih dalam sektor seperti keselamatan, logistik dan pengangkutan.

Radio PoC Siri P5, dilengkapi dengan antena ekakutub profesional, memberikan prestasi isyarat yang cemerlang, memastikan panggilan tekan untuk cakap yang andal walaupun dalam persekitaran yang mencabar. Sebagai contoh, dalam Jalur 5, Siri P5 mencapai TRP 18.5 dBm dan TIS -93.5 dBm, membolehkan ketersambungan di kawasan yang mempunyai isyarat lemah. Dengan kuasa ouput 3-watt dan algoritma pembatalan hingar lanjutan, radio tersebut menyediakan audio yang amat jelas, walaupun dalam persekitaran yang hingar. Menggunakan pemprosesan audio jalur lebar dengan kadar pensampelan 16 kHz dan julat frekuensi 20 Hz hingga 8 kHz, Siri P5 menghasilkan semula audio dengan kejelasan yang luar biasa, memastikan panggilan suara disampaikan dengan tepat.

Siri P5 ini direka bentuk untuk operasi mesra pengguna. Tombol profesional, kebiasaannya ditemui pada radio dua hala tradisional, membolehkan penukaran kumpulan dan pemberitahuan audio dilakukan dengan pantas, memastikan pengguna memberikan tumpuan kepada tugas mereka yang sedang dilakukan. Melalui paparan pandangan penuh, pengguna boleh mengakses ciri yang kerap digunakan seperti panggilan suara dan mesej kumpulan dengan pantas. Ciri Kumpulan Pantas membolehkan pengguna mencipta atau menyertai kumpulan serta-merta, meningkatkan kecekapan kerja berpasukan. Siri P50 menyokong ciri pengklonan berasaskan WiFi untuk replikasi konfigurasi pantas merentasi berbilang radio dan memastikan ahli pasukan bersiap sedia untuk bekerjasama dengan segera.

Dibina untuk bertahan dalam persekitaran paling mencabar, radio PoC Siri P5 menawarkan perlindungan kalis habuk dan kalis air bertaraf IP68. Reka bentuk tahan lasak termasuk antara muka yang diuji secara meluas, seperti penyambung audio 9-pin tahan lama dan port Jenis-C kalis air, memastikan keandalan bertahan lama. Radio ini dibina untuk pengguna yang memerlukan alatan yang boleh dipercayai dalam persekitaran yang melampau, dari tapak pembinaan ke kemudahan industri terpencil.

Siri P5 berfungsi dengan lancar bersama platform perisian Hytera HyTalk untuk mencapai lebih banyak ciri, seperti Lone Worker dan Man Down untuk keselamatan di tempat kerja. Alat pengurusan seperti Pengurus PoC dan MDM Pintar bersinergi dengan Siri P5 untuk meningkatkan kecekapan kerjasama dan pengurusan pasukan mudah alih.

Untuk maklumat lanjut tentang Radio PoC Siri P5 Hytera, sila kunjungi: https://www.hytera.com/en/product-new/lte-broadband/poc-radios.html 

Maklumat Tentang Hytera

Hytera Communications Corporation Limited (SZSE: 002583) ialah peneraju penyedia teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional global. Kami menyediakan ketersambungan yang lebih pantas, selamat dan serba boleh untuk pengguna perniagaan dan misi kritikal dengan keupayaan suara, video dan data kami. Kami membuatkan dunia menjadi lebih cekap dan selamat dengan membolehkan pelanggan kami mencapai lebih banyak dalam operasi harian dan tindak balas kecemasan.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54140218/en 

Individu untuk Dihubungi
lele.yao@hytera.com
 
Sumber: Hytera Communications

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.