ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 29, 2024 -Selasa

 
  PROGRAM RHYTHMS OF KINABALU 2024 PROMOSIKAN SENI BUDAYA SABAH

Monday 28/10/2024



Table
 
Kemeriahan Majlis Perasmian Rhythms of Kinabalu 2024 (ROK) yang berlangsung di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu Sabah


KOTA KINABALU, 28 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Sabah dengan kerjasama Pertubuhan Produksi Seni Kreatif Kota Kinabalu telah menganjurkan Program Pelancongan Budaya (Culture-Based Tourism) iaitu Rhythms Of Kinabalu 2024 (ROK 2024) pada 25, 26 dan 27 Oktober 2024, bermula jam 8.30 pagi sehingga 10.30 malam di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu Sabah.
 
Program ini merupakan penganjuran edisi ke 10 yang diadakan sejak tahun 2012 dan pada tahun 2024, penganjuran ROK telah mendapat kerjasama dari pelbagai agensi di negeri Sabah sebagai rakan penganjur bersama. Program ini juga adalah inisiatif MOTAC melalui JKKN dalam usaha menyemarakkan dan memelihara kesenian tradisi tempatan, khususnya di negeri Sabah.
 
Pada tahun ini ROK menonjolkan kelainan dan keunikan dengan  mempersembahkan lagu-lagu karya etnik negeri Sabah yang berkonsepkan “World Music” melibatkan penggiat seni dan kumpulan muzik tradisional sekitar Sabah. ROK kali ini juga telah membawakan persembahan daripada artis-artis tempatan yang hebat seperti Velvet Aduk, Elica Paujin, Tuni Sundatang, Rapot Sanggong, Afiezal Fahmi, Fauziah Gambus, Dyana Baiduri, Marllenney, The Male-Efficient dan artis jemputan antarabangsa dari Korea Selatan.
 
Selain persembahan utama, terdapat juga aktiviti kesenian dan kebudayaan lain yang telah disusun untuk para pengunjung yang hadir seperti Bazar Seni ROK, Pameran kraf, Bengkel Muzik ROK, ROK Music Run, Interaktif Seni Budaya dan pelbagai lagi.
 
Kemuncak program ini ialah Majlis Perasmian ROK Gala 2024 yang telah berlangsung pada malam 26 Oktober 2024 yang lalu telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Josie Lai, Setiausaha Tetap, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah mewakili YB Datuk Cristina Liew, Menteri Pelancongan, Budaya Dan Alam Sekitar Sabah. Turut hadir ialah YBrs. Encik Mohd Amran bin Mohd Haris, Ketua Pengarah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) mewakili Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, Datuk Bandar Kota Kinabalu dan Encik Jasmi bin Rasit, Pengarah JKKN Sabah.
 
“Matlamat program ini adalah untuk mempromosikan dan mengetengahkan kesenian pelbagai etnik negeri Sabah sebagai salah satu produk industri pelancongan bagi menarik lebih ramai kedatangan para pelancong ke Negeri Di Bawah Bayu ini. Program ini juga mengangkat keunikan seni budaya setempat bagi tujuan memulihara dan mengekalkan warisan seni budaya negara di samping dapat menjana ekonomi melalui seni dan budaya serta memupuk semangat kerjasama, meningkatkan toleransi, keharmonian dan perpaduan ke arah kesejahteraan rakyat Malaysia” ujar Encik Mohd Amran bin Mohd Haris, Ketua Pengarah JKKN dalam kenyataannya pada malam perasmian.
 
Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari media sosial JKKN iaitu mysenibudaya dengan pautan www.facebook.com/mysenibudaya.
 
Dikeluarkan Oleh:
 
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Tel : 03-2614 8200  Faks : 03-2697 0786
Website: www.jkkn.gov.my  Email: ukk@jkkn.gov.my
Platform Media Sosial Rasmi JKKN:
Facebook: @Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara  dan @mysenibudaya
Instagram, Twitter & YouTube: @mysenibudaya 

Sumber: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Eldawati binti Laung
Penolong Pengarah
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Tel: 012-828 9705 
E-mel: eldawati@jkkn.gov.my

 
Nama: Nurshahrinna binti Syahrial
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sabah
Tel: +60 88-205070 / 013-699 6361 
E-mel: nurshahrinna@jkkn.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.