ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 31, 2024 -Khamis

 
  LALUAN YANG CERAH KE PEMBANGUNAN MAMPAN: APO MELANCARKAN PRODUKTIVITI HIJAU 2.0 DALAM MESYUARAT BENGKEL KETUA PERTUBUHAN PRODUKTIVITI KEBANGSAAN (NPO) KE-65

Tuesday 29/10/2024



Table
 
(Foto: Business Wire)
 

NADI, Fiji, 29 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dari 23 hingga 25 Oktober, Pertubuhan Produktiviti Asia (APO) mengadakan Mesyuarat Bengkel (WSM) Ketua Pertubuhan Produktiviti Kebangsaan (NPO) ke-65 di Nadi, Fiji. Dihoskan oleh Kerajaan Fiji, acara tahunan ini menghimpunkan 51 Ketua Pertubuhan Produktiviti Kebangsaan (NPO) dan penasihat daripada 19 anggota APO untuk merangka masa depan produktiviti mampan di rantau ini, dengan tumpuan kepada Produktiviti Hijau (GP) dan Kecerdasan buatan (AI).

Sesi julung kali yang diadakan itu mendapat penghormatan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Fiji Manoa Seru Nakausabaria Kamikamica, yang menekankan cabaran unik yang dihadapi negara kepulauan dalam mengimbangi pertumbuhan ekonomi dengan tindakan iklim yang amat mustahak. Beliau berkata, "Sebagai penduduk pulau yang cara hidup kami secara langsung terancam oleh impak perubahan iklim yang semakin teruk, penduduk Fiji amat merasakan dua jenis tekanan ini iaitu mengejar pertumbuhan ekonomi sambil mengurangkan impak negatif perubahan iklim.”

Kemuncak bengkel ini ialah pelancaran Produktiviti Hijau 2.0 APO: Laporan Jalan Di Hadapan Profesor Yoichiro Matsumoto, Penasihat Sains dan Teknologi kepada Kementerian Luar Negeri Jepun (MOFA) dan anggota Majlis Penasihat GP (GPA) APO, membentangkan evolusi konsep GP sejak penubuhannya oleh APO pada tahun 1994. Laporan itu menawarkan pelan hala tuju berpandangan jauh ke hadapan untuk kerajaan, perniagaan dan individu untuk bertujuan menerima guna strategi GP 2.0, menggabungkan produktiviti dengan tanggungjawab kepada alam sekitar. Pembentangan daripada pakar, termasuk Dr. Chin-Hsu Lin, Pengerusi, Kumpulan Kerja Teknikal mengenai GP 2.0 dan wakil dari Institut Pembangunan Korea (KDI) dan MOFA Jepun, menekankan sejauh mana penyepaduan GP dan AI boleh memupuk pertumbuhan mampan di rantau ini.

Pada Majlis Makan Malam Selamat Datang yang dihoskan oleh Pengerusi APO 2024–25 dan Pengarah Fiji Jone Maritino Nemani, Presiden Fiji, Tuan Yang Terutama Ratu Wiliame Maivalili Katonivere, menyampaikan ucaptama. Beliau menggesa kerjasama antarabangsa yang lebih besar untuk memerangi perubahan iklim dan menekankan peranan GP dalam memacu pembangunan mampan. "Bersama-sama, mari kita manfaatkan kuasa produktiviti untuk melindungi planet kita," beliau menggesa, memperkukuh dedikasi Fiji terhadap kepimpinan alam sekitar global. Di samping itu, Pengerusi APO Nemani menerima jemputan daripada Pengerusi Majlis GPA Prof. Ryoichi Yamamoto, yang disampaikan bagi pihaknya oleh Prof. Matsumoto, untuk menyertai Majlis GPA APO. Ini menunjukkan komitmen Fiji untuk memajukan inisiatif kelestarian serantau.

WSM juga menampilkan sesi perancangan strategik apabila Ketua Pertubuhan Produktiviti Kebangsaan (NPO) membincangkan rancangan program untuk tahun 2025 dan 2026. Rancangan ini memberikan tumpuan kepada menyokong anggota APO dalam memanfaatkan GP dan AI untuk menangani cabaran produktiviti yang mendesak dan membentuk peralihan strategik oertubuhan pasca Visi 2025.

Ketika rantau ini menghadapi cabaran global yang berterusan, WSM ke-65 memperkukuh kepimpinan APO dalam memacu pertumbuhan sosioekonomi dan mengukuhkan keazaman kolektif ekonomi anggota bagi menerajui pembangunan mampan untuk masa depan yang lebih hijau dan lebih makmur.

Maklumat Tentang Pertubuhan Produktiviti Asia (APO)

Pertubuhan Produktiviti Asia (APO) ialah pertubuhan antara kerajaan serantau yang khusus untuk menambah baik produktiviti di rantau Asia-Pasifik melalui kesepakatan bersama. Pertubuhan ini ialah pertubuhan bukan politik, bukan untung dan tanpa diskriminasi. Ditubuhkan pada tahun 1961 dengan lapan anggota pengasas dan pada masa ini Pertubuhan Produktiviti Asia (APO) mempunyai 21 anggota ekonomi: Bangladesh; Kemboja; Republik China; Fiji; Hong Kong; India; Indonesia; Republik Islam Iran; Jepun; Korea Selatan (Republik Korea - ROK); Republik Demokratik Rakyat Lao (Lao PDR); Malaysia; Mongolia; Nepal; Pakistan; Filipina; Singapura; Sri Lanka; Thailand; Turkiye; dan Vietnam.

Pertubuhan Produktiviti Asia (APO) sedang membentuk masa depan rantau ini dengan memupuk pembangunan sosioekonomi anggota pertubuhan melalui khidmat nasihat dasar negara, bertindak sebagai badan pemikir, inisiatif pembinaan kapasiti institusi dan perkongsian pengetahuan untuk meningkatkan produktiviti.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/54142727/en

Individu untuk Dihubungi
Untuk maklumat terperinci, hubungi:
Unit Maklumat Digital, Pertubuhan Produktiviti Asia (APO): pr@apo-tokyo.org; Laman Web: https://www.apo-tokyo.org.
 
Sumber: Pertubuhan Produktiviti Asia (APO)

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.