ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 02, 2024 -Sabtu

 
  SYARIKAT FRANCAIS MALAYSIA TEROKA PASARAN ARAB SAUDI

Friday 01/11/2024



Table

Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA), Datuk Dr. Radzali Hassan


KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengembangkan pasaran francais Malaysia ke peringkat global, Persatuan Francais Malaysia (MFA) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan mengadakan Misi Perdagangan Francais ke Riyadh, Arab Saudi. Misi khas ini bertujuan untuk memperkenalkan jenama-jenama francais Malaysia kepada pasaran yang semakin berkembang di Timur Tengah.

Program ini berlangsung selama tiga hari bermula 5 hingga 9 November 2024 sempena Program Pameran BIBAN24 di Riyadh Front Exhibition and Conference Center (RFECC). Misi ini melibatkan penyertaan beberapa syarikat francais terkemuka Malaysia dalam pelbagai sektor termasuk Makanan & Minuman (F&B), Pendidikan, dan Perkhidmatan. Misi ini diharap dapat membuka peluang kerjasama strategik, pelaburan, serta pemindahan teknologi antara syarikat Malaysia dan pemain industri di Arab Saudi.

Menurut Pengerusi MFA, Datuk Dr. Radzali Hassan dalam kenyataannya berkata, pasaran Arab Saudi mempunyai potensi yang besar bagi syarikat francais Malaysia. Kerajaan Saudi kini giat menjalankan pembaharuan ekonomi melalui Visi 2030, dan sektor francais dilihat sebagai satu pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara tersebut. Kami percaya jenama-jenama Malaysia mampu menyumbang kepada matlamat ini sambil meningkatkan kehadiran mereka di pasaran antarabangsa.

“Sepanjang misi ini, syarikat-syarikat francais Malaysia akan mengambil bahagian dalam sesi padanan perniagaan (B2B), Perbincangan meja bulat, dan pameran francais. Antara syarikat yang turut serta dalam misi ini termasuk Coolblog, CIC - Where Leaders Are Born, HOME Maths Theraphy, Laundrybar, Little Caliphs, dan US Pizza,” tambahnya.
 
Misi perdagangan yang akan diketuai oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick ini turut disertai oleh agensi-agensi kerajaan seperti Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), SME Corp, SME Bank, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), yang memainkan peranan penting dalam membantu membuka peluang bagi syarikat-syarikat francais Malaysia mengeksport jenama mereka ke pasaran Arab Saudi.

Menurut wakil Laundrybar, misi perdagangan kali ini bertujuan untuk memperkenalkan jenama Laundrybar ke pasaran Timur Tengah, selain membina rangkaian perniagaan yang kukuh dengan bakal pelabur francaisi induk dan memahami keperluan serta permintaan pasaran di sana. Langkah ini akan membantu Laundrybar menyesuaikan perkhidmatan dengan standard kualiti terbaik bagi memenuhi kehendak masyarakat tempatan. Laundrybar juga bercadang untuk membuka 30 cawangan baharu setiap tahun sebagai permulaan, dan sasaran ini ditetapkan selama 5 tahun kehadapan.

Manakala, wakil daripada Little Caliphs pula berkata mereka mensasarkan untuk menarik pelabur strategik melalui misi kali ini, termasuk menawarkan hak francaisi induk bagi menyokong perkembangan pesat pendidikan prasekolah berkualiti di Arab Saudi. Program Misi Khas ini memberikan peluang unik untuk berinteraksi dengan pihak berkepentingan dalam industri dan memperkenalkan pendekatan serta modul pembelajaran Little Caliphs di persada antarabangsa. Ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran global terhadap jenama Little Caliphs, tetapi juga menyediakan platform untuk mempamerkan keunikan serta nilai pendidikan Islamik yang ditawarkan, di samping memperoleh maklumat mengenai trend dan inovasi terkini dalam sektor pendidikan prasekolah.

Dengan kejayaan misi ini, MFA berharap lebih banyak syarikat francais Malaysia akan berani mengambil langkah ke hadapan untuk menembusi pasaran global, sekaligus menjadikan Malaysia sebagai hab francais di peringkat antarabangsa.

Latar Belakang Misi Perdagangan Francais

• Program kerjasama Persatuan Francais Malaysia (MFA) dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)
• Misi Perdagangan ini adalah aktiviti di bawah Enhanced Francise Development Program (EFDP)
• Program ini bertujuan mempromosikan jenama francais tempatan Malaysia dan seterusnya menembusi pasaran perniagaan di Filipina menerusi pematerai padanan perniagaan dan mesyuarat perniagaan antara syarikat-syarikat Malaysia bersama pelabur antarabangsa

SUMBER: Persatuan Francais Malaysia (MFA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Nurul Ain
Bahagian Komunikasi Korporat
Tel: 603-6241 4141  
Faks: 603-6241 1551  
E-mel: ain.mohamad@mfa.org.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.