|
|
November 05, 2024 -Selasa |
|
|
|
|
|
|
ZON TENGAH DESTINASI KETIGA JELAJAH HAWANA 2024 BERSAMA SISWA
Monday 04/11/2024
BANGI, 4 Nov (Bernama) -- Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa menyampaikan sumbangan berupa satu set komputer berkeupayaan tinggi dan sebuah televisyen pintar kepada tujuh buah universiti awam di zon tengah sempena program Jelajah HAWANA 2024 Bersama Siswa hari ini.
Seramai lebih 250 pelajar dan pensyarah hadir dalam program anjuran Sekretariat HAWANA yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) merangkumi enam zon iaitu Sarawak, Sabah, tengah, utara, timur dan selatan.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi tuan rumah bagi penyampaian sumbangan kali ini. Turut diadakan, siri ceramah merangkumi topik semakan fakta, liputan secara mobile journalism (MoJo) dan kesedaran umum berkaitan keselamatan dalam talian.
Hadir sama, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi, Encik Mazlan Abd Mutalib; Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja HAWANA 2024, Puan Nur-ul Afida Kamaludin; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) UKM, YBhg. Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor dan Ketua Pengarang BERNAMA merangkap Pengarah Projek HAWANA 2024, Encik Arul Rajoo Durar Raj.
Dikeluarkan oleh: Urus setia Jelajah HAWANA 2024 Bersama Siswa
SUMBER : Urus setia Program Jelajah HAWANA 2024 Bersama Siswa
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: Nama : Puan Zaria Sekretariat HAWANA Tel : +60 19-255 0841
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|