|
|
November 05, 2024 -Selasa |
|
|
|
|
|
|
XSOLLA DAN LONG TALE GAMES MELANCARKAN KEMPEN AMAL BERSAMA LIFE IS FEUDAL UNTUK MENYOKONG GAMES FOR CHANGE
Monday 04/11/2024
(Grafik: Xsolla)
50% daripada hasil langganan akan disalurkan untuk menyokong Games For Change
LOS ANGELES, 4 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Xsolla, sebuah syarikat perdagangan permainan video global, telah bekerjasama dengan Long Tale Games untuk melancarkan kempen amal. Sebanyak 50% daripada hasil pakej langganan 3 bulan untuk Life is Feudal akan didermakan kepada Games For Change. Inisiatif ini, yang berlangsung hingga 31 Disember, mencerminkan komitmen Xsolla untuk memanfaatkan kuasa permainan dalam mendorong perubahan positif.
Kempen ini membawa pemain menyelami pengembaraan yang mendebarkan dalam Life is Feudal: MMO, sambil memberi mereka peluang untuk menyumbang secara nyata. Separuh daripada hasil setiap langganan 3 bulan disalurkan kepada program pendidikan, inisiatif penglibatan masyarakat dan projek impak sosial, menunjukkan cara permainan boleh menyokong masa depan yang lebih baik melalui kuasa bermain. Pemain diberi peluang untuk menyokong tujuan yang bermakna, membuktikan bahawa permainan bukan sekadar hiburan tetapi juga cara untuk menyumbang kepada perkara yang penting.
“Permainan bukan sekadar hiburan; tetapi juga membina komuniti dan memberi peluang untuk mencipta perubahan bermakna,” kata Chris Hewish, Ketua Pegawai Strategi di Xsolla. “Menyokong Games For Change seiring dengan misi kami untuk menangani isu-isu utama dalam pendidikan, penglibatan masyarakat dan impak sosial melalui platform permainan. Kempen ini membentuk komuniti permainan yang inklusif sambil menginspirasi perubahan melalui permainan.”
"Games For Change berbesar hati menjadi sebahagian daripada inisiatif ini, menunjukkan bagaimana pemain, pembangun dan pencipta bersatu untuk menghasilkan impak sosial yang positif," kata Susanna Pollack, Presiden Games For Change. "Melalui kerjasama dengan Xsolla dan Long Tale Games ini, kami berhasrat untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai pencipta untuk membangunkan pengalaman yang menarik, mendidik dan memberi inspirasi di luar hiburan semata-mata. Dana yang dikumpulkan akan terus menyokong misi kami untuk memanfaatkan kuasa permainan dan media imersif demi kebaikan sosial, mendorong perubahan bermakna dalam komuniti di seluruh dunia."
Untuk maklumat lanjut, sila lihat Kempen Long Tale Games dan Games For Change di sini: https://x.la/gamesforchange-lif
Kempen-kempen ini menegaskan dedikasi Xsolla terhadap tanggungjawab sosial dan komitmen komuniti permainan untuk memanfaatkan platform mereka demi kebaikan bersama.
Perihal Xsolla
Xsolla ialah sebuah syarikat perdagangan permainan video global yang menawarkan pelbagai alat dan perkhidmatan yang kuat dan lengkap, direka khusus untuk industri ini. Sejak ditubuhkan pada tahun 2005, Xsolla telah membantu ribuan pemaju dan penerbit permainan dari pelbagai saiz dalam membiayai, memasarkan, melancarkan, dan menjana pendapatan permainan mereka di seluruh dunia dan di pelbagai platform. Sebagai pemimpin inovatif dalam perdagangan permainan, misi Xsolla adalah untuk menyelesaikan kerumitan yang wujud dalam pengedaran, pemasaran, dan pengewangan global bagi membantu rakan kongsi kami mencapai lebih banyak pasaran, menjana lebih banyak pendapatan, dan membina hubungan dengan pemain di seluruh dunia. Beribu pejabat dan berdaftar di Los Angeles, California, dengan pejabat di Montreal, London, Berlin, Beijing, Guangzhou, Seoul, Tokyo, Kuala Lumpur, Raleigh, dan bandar-bandar lain di seluruh dunia, Xsolla menyokong judul permainan utama seperti Valve, Take-Two, KRAFTON, Nexters, NetEase, Playstudios, Playrix, miHoYo, dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut dan untuk belajar lebih banyak, sila layari xsolla.com
Twitter (X): @Xsolla | Facebook: Xsolla | Instagram: @xsolla | LinkedIn: Xsolla
Perihal Long Tale Games
Long Tale Games (LTG) ialah penerbit multiverse yang berhasrat untuk menghidupkan kembali permainan-permainan legenda dengan tenaga baru serta menerapkan teknik pengewangan dan pengambilan pengguna yang inovatif. Dengan portfolio yang pelbagai, merangkumi segala-galanya dari permainan klasik hingga permainan web3, LTG memanfaatkan kepakaran industri untuk mengalihkan, mengembangkan dan menyokong pemasaran permainan-permainan yang kurang dikenali dan klasik, memastikan setiap projek mendapat pendekatan yang khusus. Di sebalik semua ini, LTG dikuasakan oleh veteran industri yang berdedikasi, yang percaya pada strategi yang dipacu oleh komuniti, dengan melibatkan pemain dalam proses pembangunan untuk memberikan nafas baru kepada setiap permainan, membuktikan komitmen mereka untuk menghidupkan kembali tajuk-tajuk yang dicintai dan menyokong pertumbuhan usaha baharu dalam dunia permainan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari longtalegames.com
Twitter (X): @LifeisFeudal | Facebook: Life is Feudal
Perihal Games For Change
Sejak tahun 2004, Games For Change (G4C) telah memberi inspirasi kepada pencipta dan inovator permainan untuk mendorong perubahan positif di dunia nyata, menggunakan permainan dan media imersif untuk membantu orang belajar, memperbaiki komuniti mereka, dan menjadikan dunia tempat yang lebih baik. G4C bekerjasama dengan syarikat teknologi dan permainan, organisasi bukan untung, yayasan, serta agensi kerajaan untuk menganjurkan acara bertaraf dunia, arked awam, cabaran reka bentuk, dan program belia. G4C menyokong komuniti global pembangun permainan yang berdedikasi untuk menggunakan permainan bagi menangani cabaran dunia nyata, daripada konflik kemanusiaan hingga perubahan iklim dan pendidikan.
LinkedIn: Games For Change | Twitter (X): @G4C | Facebook: Games For Change
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54145256/en
Butiran Hubungan
Hubungan Media Derrick Stembridge Pengarah Perhubungan Awam Global, Xsolla d.stembridge@xsolla.com Sumber: Xsolla
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|