|
|
November 22, 2024 -Jumaat |
|
|
|
|
|
|
PERSIDANGAN PEMBANGUNAN KEBUDAYAAN DAN PELANCONGAN GUANGXI 2024 BAKAL BERLANGSUNG TIDAK LAMA LAGI
Friday 08/11/2024
WUZHOU, China, 8 Nov., 2024 /Xinhua-AsiaNet/--
Persidangan Pembangunan Kebudayaan dan Pelancongan Guangxi 2024 akan dianjurkan oleh Biro Perbandaran Wuzhou bagi Kebudayaan dan Pelancongan di Wuzhou dari 12 hingga 14 November. Persidangan itu, yang bertemakan "Mempromosikan Wuzhou sebagai sebuah Bandar Raya Kebudayaan Lingnan Bersejarah dan Mempercepatkan Pembangunan Guangxi sebagai sebuah Hab Kebudayaan dan Pelancongan Terkemuka," akan menampilkan satu siri "1+6+5": satu persidangan utama, enam aktiviti persidangan sokongan dan lima acara kebudayaan, pelancongan dan sukan yang sedang berlangsung di Wuzhou. Persidangan itu akan mengumpulkan lebih 150 syarikat domestik dan antarabangsa, yang bertujuan untuk menarik lebih banyak projek kebudayaan dan pelancongan yang berkualiti tinggi ke Guangxi. Wuzhou, sebagai bandar raya tuan rumah bagi persidangan itu, terletak berhampiran dengan Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macau, yang merupakan sebuah tempat kelahiran bagi kedua-dua budaya Lingnan dan Kantonis. Wuzhou sedang giat memajukan tiga rangkaian ekonomi pelancongan, dengan meletakkan dirinya sebagai sebuah hab untuk mengembangkan inisiatif ini di seluruh Guangxi. Wuzhou, dengan sejarahnya yang panjang, adalah sebuah bandar raya yang sudah berakar umbi dalam budaya teh. Teh Liubao yang dihasilkan di sini adalah satu daripada teh hitam yang terkenal di China. Pelancongan budaya teh Liubao telah menjadi satu titik tumpuan, dengan menarik sejumlah besar pelawat yang datang ke Pekan Liubao di Daerah Cangwu, asal-usul bagi teh Liubao, untuk meneroka laluan perdagangan teh purba itu dan menjejaki sejarah pembangunan bagi teh Liubao. Ia telah melonjakkan industri kebudayaan dan pelancongan Wuzhou ke satu tahap yang baharu. Sumber: Biro Perbandaran Wuzhou bagi Kebudayaan dan Pelancongan
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|