ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 22, 2024 -Jumaat

 
  PAHANG MEMPERKUKUH KEPIMPINAN DENGAN INOVASI DAN TRANSFORMASI DIGITAL

Monday 11/11/2024



Table
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang bersama Ketua Jabatan yang hadir

GENTING HIGHLANDS, 11 Nov (Bernama) -- Pahang kini memperkukuh barisan kepimpinannya dalam sektor awam dengan pendekatan inovatif melalui Program Kepimpinan Inovatif & Transformasi Digital yang dilancarkan 6 November 2024. Program ini, hasil kolaborasi antara Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pahang di bawah inisiatif GovX Pahang 1st, memberi tumpuan kepada penerapan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) sebagai usaha meningkatkan produktiviti dan daya saing negeri.

Berlandaskan tema "Mengemudi Kepimpinan Masa Depan: Inovasi, Kecemerlangan Perkhidmatan, dan Transformasi Digital," program ini menyasarkan integrasi teknologi dalam kepimpinan untuk mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatan. Seramai 35 peserta yang terdiri daripada ketua jabatan dan pegawai kanan telah hadir, termasuk wakil-wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang, dan beberapa agensi lain yang memainkan peranan penting dalam pentadbiran negeri.

Dato' Sri Haji Zulkifli Bin Haji Yaacob, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, dalam ucapan perasmiannya, menekankan bahawa “Inovasi dalam kepimpinan bukan sekadar menerima teknologi baharu, tetapi juga mencipta pendekatan yang lebih efisien dalam sektor perkhidmatan awam untuk mencapai pertumbuhan ekonomi mampan”. Beliau turut menggariskan kepentingan produktiviti dalam memudahkan urusan perniagaan serta penyampaian perkhidmatan yang cekap sebagai asas kemajuan negeri.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pengurusan), YH Dato' Dr. Mohd Zakaria Bin Ibrahim, dalam ucapan aluannya, menyatakan bahawa “Transformasi digital bukan hanya tentang teknologi, tetapi tentang perubahan dalam cara berfikir dan bekerja untuk meningkatkan kecekapan dan mutu perkhidmatan kepada rakyat”.
 
Ketua Pengarah MPC, Zahid Ismail, menambah bahawa transformasi dalam kepimpinan perkhidmatan awam Pahang dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan pentadbiran.

”Elemen fasilitasi dilihat amat menyokong urusan perniagaan dan mampu menjadikan Pahang lebih berdaya saing dan berpotensi untuk menarik pelabur dalam ekonomi digital”. Inisiatif GovX Pahang 1st ini diharapkan dapat mewujudkan persekitaran kerja yang lebih cekap dan dinamik, memberi kesejahteraan kepada rakyat, dan merancakkan ekonomi negeri.

Mengenai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) adalah badan berkanun di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). MPC memacu produktiviti negara secara holistik di peringkat nasional, sektoral dan enterpris dengan berpandukan tiga teras utama iaitu menghasilkan bakat masa hadapan, memacu pendigitalan dan inovasi, dan membentuk ekosistem yang teguh. MPC berkolaborasi secara strategik dengan sektor swasta dan awam dengan menjadikan produktiviti sebagai agenda utama bagi melonjakkan pertumbuhan produktiviti dan daya saing negara ke arah kesejahteraan dan kemakmuran bersama.   

SUMBER: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Roslinda Abdul Hamid
Tel: 019-2296199 
Emel: lynda@mpc.gov.my

Nama: Nik Haneez Amizan Nik Rosdi
Tel: 019-7181804
Emel: nikhaneez@mpc.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.