|
|
November 26, 2024 -Selasa |
|
|
|
|
|
|
BLACK & VEATCH MEMPROMOSIKAN AMALAN PENGURUSAN AIR LESTARI DI PERSIDANGAN PERLOMBONGAN DAN SUMBER ANTARABANGSA (IMARC) 2024
Tuesday 12/11/2024
SYDNEY, 12 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Industri perlombongan Asia Pasifik boleh mempercepatkan penggunaan amalan pengurusan air yang lebih lestari bagi melindungi sumber air tawar untuk komuniti setempat sambil memastikan masa depan air yang lebih berdaya tahab dab dipercayai, kata Black & Veatch, peneraju global dalam penyelesaian infrastruktur manusia yang kritikal.
Sebagai contoh di Australia, agensi sains kebangsaan, CSIRO menganggarkan bahawa perlombongan dan industri lain menggunakan kira-kira 20 peratus daripada semua air yang digunakan di Australia.
“Penyelesaian air yang terbukti dan sedia ada, seperti penyahgaraman dan kitar semula air, boleh direka bentuk untuk mencapai kecekapan tenaga yang lebih tinggi,mengurangkan kos operasi dan pelepasan karbon untuk sektor perlombongan Asia Pasifik, mengimbangi risiko strategik yang ketara,” kata Mick Scrivens, Naib Presiden, Pengarah, Australia Pasifik, Black & Veatch. “Kerjasama untuk melaksanakan penyelesaian ini akan memanfaatkan alam sekitar, komuniti setempat, syarikat perlombongan dan industri secara keseluruhan.”
Semasa Persidangan Perlombongan dan Sumber Antarabangsa (IMARC) 2024, Black & Veatch akan mengadakan sesi khusus mengenai pengurusan air dalam industri perlombongan pada 30 Oktober.
Dihoskan oleh Scrivens dan menampilkan peneraju industri serta pakar dari Black & Veatch, sesi ini akan meneroka bagaimana hasil kelestarian yang lebih berdaya tahan dapat dicapai dengan mengintegrasikan perancangan air di semua peringkat kitaran hayat lombong. Sesi ini juga akan meneroka pelaburan yang lebih disasarkan dan mampu milik dalam teknologi dan penyelesaian yang sesuai, serta penyertaan bermakna pihak berkepentingan kritikal dalam fasa perancangan dan reka bentuk projek.
Sesi yang akan disertai oleh pemimpin Black & Veatch di IMARC 2024 termasuk:
• “Dari Mana Datangnya Air ? Kepentingan Perancangan dan Penyampaian Infrastruktur” - Brady Hays, Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan Eksekutif, Bahan Bakar dan Sumber Asli akan ditemu bual oleh Corinne Cheeseman, Ketua Pegawai Eksekutif, Persatuan Air Australia (Australian Water Association)
• “Bagaimana Mengurus Air Secara Lestari dalam Perlombongan di Australia” - Garrick Field, Pengarah penyelesaian, Air Industri dan Perlombongan akan mengadakan panel yang menampilkan pemimpin air dari BHP, Legacie, ICMM dan Kerajaan Australia Barat.
• “Mendapatkan Projek dari Tanah dan Memulakannya dengan Lebih Cepat” - Jonathan Dunham, Naib Presiden dan Pengarah Urusan Bersekutu, Perlombongan dan Logam, akan menyertai perbincangan panel.
IMARC 2024 akan berlangsung dari 29-31 Oktober di Sydney.
Keupayaan berbilang disiplin Black & Veatch untuk menyampaikan penyelesaian air dan tenaga bersepadu keseluruhan rantaian penyampaian projek dan terbukti dengan rekod prestasi pelbagai projek yang disampaikan kepada utiliti, kerajaan dan industri. Di Australia, Black & Veatch mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam bekerjasama dengan pelanggan dan komuniti bagi menyampaikan perkhidmatan berkualiti kepada utiliti air, termasuk projek yang memenangi anugerah seperti Projek Rawatan Air Lanjutan Bundamba yang menyokong tindak balas negara terhadap kemarau milenium.
Hubungi Black & Veatch untuk maklumat lanjut.
Maklumat Tentang Black & Veatch
Black & Veatch ialah syarikat kejuruteraan, perolehan, perundingan dan pembinaan global 100 peratus milik pekerja dengan rekod prestasi lebih daripada 100 tahun dalam inovasi infrastruktur mampan. Sejak tahun 1915, kami telah membantu pelanggan kami meningkatkan kehidupan orang ramai di seluruh dunia dengan menangani kebingkasan dan keandalan aset infrastruktur kami yang paling penting. Ikuti kami di www.bv.com dan di LinkedIn, Facebook, X (Twitter) dan Instagram.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Individu untuk Dihubungi
Maklumat Hubungan Media: EMILY CHIA | +65 6335 6623 | Chialp@bv.com E-MEL MEDIA 24 JAM | Media@bv.com Sumber: Black & Veatch
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|