LONDON, Nov 13 (Bernama-BUSINESS WIRE) -- OAG, platform data terkemuka dunia bagi industri perjalanan global, amat berbesar hati untuk mengumumkan Filip Filipov sebagai Ketua Pegawai Operasi baharu syarikat itu.
Filipov, bekas Naib Presiden Produk dan Strategi di Skyscanner, memainkan peranan utama dalam mempercepat pertumbuhan di syarikat pelancongan digital itu dan mengetuai pelbagai pasukan sepanjang tempoh perkhidmatannya. Beliau membawa banyak wawasan dari sektor perjalanan dan teknologi di samping pengalaman luas dalam mengubah syarikat permulaan kepada perniagaan lebih matang yang cukup berharga.
Sebagai Ketua Pegawai Operasi OAG, Filipov akan memberikan tumpuan kepada mengoptimumkan operasi perniagaan, meningkatkan prestasi sambil membangunkan visi strategik jangka panjang syarikat. Pelantikan ini sejajar dengan strategi pertumbuhan dipercepat OAG, diperkukuh oleh
pengambilalihan Infare pada bulan Julai 2023. Pengambilalihan itu menambahkan data tambang penerbangan ke platform risikan OAG, membolehkan syarikat itu menawarkan penyelesaian data yang menyeluruh merentasi rantaian nilai bekalan, permintaan dan harga.
Filip telah memegang jawatan pengurusan kanan merentasi syarikat modal usaha niaga dan perundingan strategi termasuk Opera Solutions di New York dan London.
Ketua Pegawai Eksekutif OAG, Phil Callow, berkata: “Filip membawa pemahaman mendalam sektor perjalanan dan teknologi. Memandangkan OAG terus berkembang, kepakaran beliau amat berharga dalam membimbing kami melalui fasa pertumbuhan yang cukup hebat ini. Minat beliau terhadap data dan industri penerbangan menjadikannya amat sesuai dengan budaya berteraskan pelanggan dan dipacu kualiti kami.”
Mengulas mengenai pelantikan baharunya, Filip berkata:
“Saya gembira kerana menyertai OAG. Saya amat terpesona dengan kelainan bakat dan cita-cita di seluruh organisasi. Kini dengan keupayaan unik menggabungkan data bekalan, permintaan dan harga, saya gembira untuk menyambung usaha yang telah dicapai dan menggunakan pengalaman saya dalam mengubah syarikat kepada perniagaan lebih matang merentasi semua operasi bagi manfaat pelanggan kami.”
Pelantikan ini berikutan penambahan
Shane Corstorphine, bekas Ketua Pegawai Kewangan Skyscanner, sebagai Pengarah Bukan Eksekutif (NED) pada bulan Julai.
Maklumat Tentang OAGOAG ialah platform data terkemuka bagi industri perjalanan global, memperkasa pertumbuhan dan inovasi ekosistem perjalanan udara. Platform ini mempunyai rangkaian maklumat penerbangan terbesar di dunia.
Untuk maklumat lanjut mengenai OAG, sila kunjungi
www.oag.com.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Individu untuk Dihubungi
pressoffice@oag.comSumber: OAG
--BERNAMA