ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 22, 2024 -Jumaat

 
  PERJALANAN DI LALUAN YANG JARANG DIDATANGI MANUSIA SEMAKIN MENINGKAT DI KALANGAN PENCARI KESERONOKAN CHINA

Wednesday 13/11/2024



NANNING, China, 13 Nov., 2024 /Xinhua-AsiaNet/ --

Daripada melancong ke Guilin, sebuah bandar raya pelancongan yang terkenal di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang di selatan China, Ma Xinyu yang berusia 30 tahun dan rakan-rakan beliau memutuskan untuk meneroka lebih jauh ke kawasan yang berbatu untuk meraih ganjaran kerana melencong daripada mengikuti laluan tradisional yang dilalui oleh pelancong.
 
Ma, seorang warga tempatan Beijing, telah menyertai barisan pengembara China yang semakin meningkat yang memilih tempat dan sudut terpencil yang masih belum dipaparkan di setiap panduan pelancongan dalam usaha untuk mendapatkan pengalaman yang lebih istimewa dan bersifat peribadi.
 
"Memandangkan ia adalah merupakan kemuncak musim perjalanan, kami berhasrat untuk mengelak daripada mengambil jalan yang sedia ada dan melalui satu jalan yang mempunyai pemandangan yang indah," kata Ma. "Kami mengambil masa dua minggu untuk mengumpulkan maklumat daripada media sosial sebelum memulakan satu perjalanan yang mesra bajet."
 
Di penghujung perjalanan itu, Ma dan rakan-rakan beliau berasa benar-benar bertuah kerana telah memilih laluan yang jarang ditempohi oleh manusia kerana bilangan orang yang lebih kecil adalah lebih menyenangkan, dan destinasi seperti gua Karst, tanah mendap dalam air dan perkampungan etnik di Bandar Raya Hechi adalah kemuncak bagi perjalanan itu.
 
"Hechi adalah tempat kepada satu kluster permata tersembunyi bagi alam semula jadi," kata Wei Hongzhen, ketua bagi Biro Kebudayaan, Radio, Televisyen, Sukan dan Pelancongan Hechi. "Memandangkan usaha untuk mencari ketulenan dan meneroka identiti tempatan kini menjadi satu pemacu utama bagi ramai orang untuk mengharungi jalan raya, bandar raya kami, dengan kelimpahan sungai yang tidak terjejas, gua, lubang benam dan kawasan yang berbeza dari segi etnik, berada pada kedudukan yang baik untuk menjadi lebih ke hadapan dan tengah di dalam landskap pelancongan negara."
 
Sentimen Ma digemakan oleh Xu Yamei, seorang peguam korporat dari Beijing yang terbang ke Nanning, ibu kota Guangxi, sehari sebelum bermulanya cuti Hari Kebangsaan dan memulakan satu perjalanan melalui jalan raya selama lima hari ke arah selatan.
 
"Berbanding dengan tempat-tempat popular yang dikomersialkan dengan harga tiket kemasukan yang terlalu mahal, saya lebih suka untuk memilih tempat yang tidak diketahui yang sebahagian besarnya tidak terganggu oleh pembangunan berlebihan dan trafik pejalan kaki yang sangat sibuk," kata Xu.
 
Yao Hua, seorang ahli sosiologi di Akademi Sains Sosial Guangxi, menyatakan bahawa daya tarikan bagi satu perjalanan yang belum diterokai terletak kepada potensi untuk memukau, dan orang ramai semakin berhati-hati terhadap hab daerah komersial yang sibuk dan kawasan tumpuan pelancong yang sesak, seperti  Guilin di Guangxi dan bandar raya pantai Beihai.
  
"Selain daripada bersiar-siar seperti biasa, satu lagi tarikan utama ialah saya telah belajar untuk menerima perkara-perkara yang tidak lazim," kata Xu. "Saya mempunyai waktu yang menyeronokkan di Hechi, tempat saya mula-mula menimba pengalaman di dalam spelunking atau penerokaan gua, dan perjalanan dua jam dengan menaiki kereta di sepanjang lebuh raya pesisir pantai Qinzhou merangkumi segala-gala yang saya harapkan daripada satu perjalanan jalan raya yang sepatutnya."
 
Dipuji sebagai lebuh raya pantai yang paling indah di Guangxi oleh sebahagian peminat perjalanan jalan raya, Lebuhraya Sandun di Qinzhou, dengan pemandangan yang tidak terhalang yang meliputi gabungan langit biru dan lautan yang berkilauan, telah menjadi sebuah tempat tumpuan yang layak untuk Instagram, memikat hati ramai pengembara dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
  
"Semasa perjalanan lebih 1,000 kilometer itu, saya berasa seperti satu pengembaraan ke tempat yang tidak diketahui," kata Xu. "Saya terjumpa seni seramik tempatan yang wujud sekian lama di Qinzhou dan menghabiskan masa sehari di sebuah daerah etnik yang terkenal kerana mempunyai jumlah ramai penduduknya yang telah mencecah usia lebih seratus tahun."
 
Bagi mereka yang ingin meneroka, perjalanan individu dan peribadi itu menawarkan satu peluang untuk menyelami pengalaman tempatan yang asli dari pelbagai budaya dan meresapi keindahan alam semula jadi yang belum tercemar.
 
"Terdapat satu senarai panjang destinasi di China yang muncul sebagai 'alternatif' yang menarik untuk satu peningkatan jumlah pelancong yang berpotensi yang sering terhalang oleh bilangan orang yang ramai, harga tiket yang melambung tinggi dan pengkomersilan," kata Profesor Li Yanqin dari Universiti Minzu di China. "Dan kebanyakan tempat yang kurang dikenali ini menawarkan satu janji dalam pemandangan yang menawan, aktiviti penerokaan dan hubungan yang lebih mendalam dengan gaya hidup dan tradisi tempatan."
 
Sumber: Biro Perbandaran Wuzhou bagi Kebudayaan dan Pelancongan 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.