ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 22, 2024 -Jumaat

 
  MYCEB DAN HOSPITAL REGEN REHAB BEKERJASAMA MENGANJURKAN PROGRAM SATU PEMIMPIN, SATU KAMPUNG (SANTUNI MADANI)

Wednesday 13/11/2024



SELANGOR, 13 Nov (Bernama) -- Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) dengan kerjasama Hospital ReGen Rehab telah berjaya menganjurkan "Program Satu Pemimpin, Satu Kampung (Santuni MADANI)" di Pusat Aktiviti Warga Emas, Sabak Bernam, Selangor. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan warga emas dalam memupuk semangat komuniti melalui pelbagai aktiviti yang memberi impak serta legasi terhadap warga emas serta komuniti setempat.
 
Program ini dimulakan dengan pemeriksaan kesihatan yang menyasarkan sekitar 40 warga emas berusia 60 tahun ke atas. Aktiviti ini melibatkan saringan kesihatan dan rawatan perubatan untuk mengenal pasti masalah kesihatan seperti dementia dan lemah fizikal. Melalui inisiatif ini, warga emas diberi peluang untuk mendapatkan rawatan dan mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk kelestarian kesihatan mereka.
 
Tan Mei Phing, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, menyatakan; “Program ini merupakan usaha penting dalam menyokong kesejahteraan warga emas, sejajar dengan inisiatif Santuni MADANI. MyCEB telah memastikan bahawa objektif bagi kelangsungan program ini tercapai dengan memberi peluang kepada warga emas untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan yang diperlukan, serta membantu meningkatkan kualiti hidup mereka.”
 
Selain daripada pemeriksaan kesihatan, sesi penglibatan komuniti diadakan di mana pemimpin dan warga tempatan berpeluang untuk berbincang tentang keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat. Ini adalah langkah penting untuk memperkukuhkan kerjasama antara pemimpin dan penduduk, membolehkan mereka bersama-sama mencari penyelesaian kepada isu-isu yang timbul dalam komuniti mereka.
 
Profesor Datin Dr. Lydia Abdul Latif, Pakar Perubatan Rehablitasi dan Ketua Pegawai Perubatan di Hospital ReGen Rehab, turut memberikan pandangannya mengenai program ini. Beliau berkata; “Program ini bukan sahaja menyediakan saringan kesihatan kepada warga emas, tetapi juga menyedarkan mereka tentang kepentingan menjaga kesihatan. Dalam kalangan warga emas, risiko masalah kesihatan seperti dementia dan lemah fizikal adalah tinggi, dan pemeriksaan awal adalah kunci untuk menguruskan isu ini dengan berkesan. Selain itu, perbincangan yang diadakan hari ini memberi peluang kepada masyarakat dan pemimpin untuk mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan taraf kesihatan mereka.”
 
Program Santuni MADANI ini juga menyokong beberapa Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs), khususnya SDG 3: Kesihatan dan Kesejahteraan, SDG 10: Pengurangan Ketidaksamaan, dan SDG 17: Perkongsian untuk Matlamat. Usaha ini menunjukkan komitmen kedua-dua organisasi untuk memastikan masyarakat yang lebih inklusif dan berdaya tahan dapat dibina.

Pautan gambar: https://drive.google.com/drive/folders/1Trd2zNalyL7eXv4WvctMOutAeuIE_gdS?usp=sharing

Mengenai MyCEB
Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia bertujuan untuk membida dan membawa masuk acara-acara perniagaan antarabangsa (business events) yang dahulunya dikenali sebagai M.I.C.E (Corporate Meeting, Incentive, Convention and Trade Exhibition) ke Malaysia.
 
Antara matlamat utama MyCEB adalah untuk mengukuhkan kedudukan (ranking) Malaysia sebagai destinasi persidangan antarabangsa dan sekaligus meningkatkan jumlah pelaksanaan acara-acara perniagaan antarabangsa di Malaysia. MyCEB juga bertindak sebagai pemangkin kepada pembangunan produk dan industri kebangsaan.
 
Pada April 2021, MyCEB telah melancarkan pelan Malaysia Business Events Strategic Marketing Plan 2021 - 2030. Dalam usaha untuk menyokong pembangunan pengetahuan di dalam knowledge economy, pelan ini telah dirangka untuk menetapkan hala tuju industri acara perniagaan antarabangsa serta melaksanakan, merancang, dan memantau semua inisiatif secara kolaboratif dengan industri.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.myceb.com.my dan ikuti kami di www.facebook.com/MyCEB, Twitter (@MyCEB) dan Instagram/MyCEB. 

SUMBER: Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Rusmawati Ab’llah
Perhubungan Awam, Komunikasi & Media
Tel: +603 8893 4524
Emel: rusmawati@myceb.com.my
Laman Web: www.myceb.com.my #myceb 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.